.

.
---------------------------------- Ditadbir oleh miorazliatsssabasic.blogspot.com ----------------------------------

Wednesday, December 30, 2015

Nota Program Better.Brighter!

Nota Program Better.Brighter!

Nota Program Better.Brighter ini merupakan ilmu yang telah didokumenkan untuk rujukan selepas menghadiri Program Better.Brighter (Tahap 3 dalam Sistem Better.Brighter). Nota ini diharap dapat menjadi sumber rujukan semasa melaksanakan Sistem Better.Brighter ini dalam tugas.



Kandungan

Pendahuluan    
Apa itu Better.Brighter?
Bab 1: Empat Renungan               
Bab 2: Ke Arah Better.Brighter - Gambaran Besar 1TNB 
Satu Renungan - Building Trust and Relationship               
Bab 3: Kenal Diri               
Bab 4: Bagaimana Diri Beroperasi?           
Bab 5: Cara Pandang      
Bab 6: Perjalanan Malam - Penjagaan Hati (Raja)              
Bab 7: Analisa Profail Diri D.i.S.C.              
Kesimpulan ‘Building Trust and Relationship’      
Satu Renungan - Building Capacity           
Bab 8 : Apa itu Matlamat?           
Bab 9: Building Capacity - Packaging Expertise    
Kesimpulan ‘Building Capacity’  
Satu Renungan – ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
Bab 10: Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence – COE)        
Kesimpulan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’           
Bab 11: Perlaksanaan Packaging Expertise & Center of Excellence            
Bab 12: Pembentukan Passion  
Bab 13: Masa – Satu Renungan 
Bab 14: Susulan 125
Bab 15: Pilihan Di Tangan Saya?



Pendahuluan




Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Transformasi 1TNB bagi memastikan TNB terus relevan di mata pelanggannya serta pihak yang berkepentingan. Untuk itu, TNB telah menetapkan sasaran seperti terkandung dalam Domestic Dominance Regional Champion (DDRC). Manakala kayu ukur bagi menentukan samada DDRC ini tercapai adalah seperti yang terkandung dalam 6 Key Results Area (6KRA).

Kejayaan pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada kesudian para anggota kerja TNB untuk  menyokong dan mendokong hasrat ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar warga kerja TNB kelihatan tidak mampu melakukan semua ini disebabkan wujudnya masalah ‘mind set’ anggota kerja TNB yang mudah berpuas hati dengan apa yang mereka telah perolehi.

Sekiranya keadaan ini berleluasa, sudah pasti segala perancangan TNB untuk mencapai segala hasrat yang ada dalam Transformasi 1TNB ini tidak akan  tercapai. Ini sudahnya membawa ketidakupayaan TNB bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan lalu membuatkan TNB tidak relevan lagi di mata mereka seperti yang dinyatakan di atas.

Berdasarkan kepada keperluan ini, Pusat Pembangunan Kepimpinan TNB telah menwujudkan satu program perubahan ‘mindset’ bertajuk Better.Brighter. Program Better.Brighter akan menekankan soal-soal berikut;

‘Gambaran Besar’ mengenai perkara yang perlu diberi penekanan dalam TNB di waktu ini.

Kaedah bagaimana untuk melaksana pencapaian ‘Gambaran Besar’ ini secara individu atau berpasukan.


Diyakini bilamana semua peringkat anggota kerja TNB itu benar-benar memahami dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua soal ini, ianya akan mempengaruhi ‘mindset’ mereka untuk lebih positif lalu memudahkan mereka menyokong dan mendokong Transformasi 1TNB ini.


Apa itu Better.Brighter? 

Ianya merupakan satu slogan yang sedang digunapakai dalam TNB ketika ini. Slogan Better.Brighter ini merupakan janji TNB kepada pelanggan dan anggota kerjanya.




Sudahnya, apa makna Better.Brighter itu sendiri? Ianya ialah seperti apa yang tertulis dalam rajah di bawah;




Dari keterangan dalam rajah di atas, ianya ingin menjadi kehidupan semua (pelanggan dan anggota kerja TNB) Better.Brighter dengan …

1) Memberi sinar kepada semua impian
2) Memberi harapan baru untuk hari esok
3) Dengan membekalkan tenaga
4) Kepada setiap orang, setiap hari.

Contoh kepada ‘memberi sinar kepada semua impian’ ialah dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai anak-anak yang sedang belajar dapat belajar dengan selesa bagi mencapai impian dalam pelajaran masing-masing.

Contoh kepada ‘memberi harapan baru untuk hari esok’ ialah dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai pesakit-pesakit yang sedang menjalani pembedahan di hospital mempunyai harapan untuk terus hidup.

Berdasarkan dua contoh di atas tentang impian dan harapan, saya yakin anda dapat memikirkan contoh-contoh lain. Sudahnya, bukankah tugas kita bersama TNB merupakan satu tugas yang sangat murni dan kija betul niatnya kerana Tuhan , kita bakal mendapat keredahaanNya.

Sebenarnya makna Better.Brighter ini sangat rapat dengan senikata lagu Sinar Menyinari yang selalu diputarkan di serata TNB ini. Perhatikan apa maksud saya ini berdasarkan kepada rajah di bawah;




Berdasarkan kepada rajah di atas, bukankah setiap perenggan dalam lagu ‘Sinar Menyinari’ ini menerangkan secara tersurat mahupun secara tersirat makna kepada setiap ayat-ayat yang digariskan di dalam makna Better.Brighter itu?

Jadi diharapkan, selepas ini, bilamana kita menyanyikan lagu ‘Sinar Menyinari’ ini sebenarnya kita sedang mengulangkaji makna Better.Brighter itu sendiri. Moga-moga dengan kita sentiasa menyanyikan lagu ini, kita akan mendapat tenaga baru bagi merealisasi makna Better.Brighter ini.


Baru-baru ini, kita lihat perkataan Better.Brighter itu telah di tambah dengan perkataan Better.Brighter Together. Apa beza antara dua slogan ini?




Sebenarnya, slogan Better.Brighter dipakai di luar TNB iaitu semasa kita warga kerja TNB berhadapan dengan pelanggan TNB bagi mengingatkan kita warga kerja agar menyampaikan makna Better.Brighter kepada pelanggan TNB. Manakala slogan Better.Brighter Together dipakai di dalam TNB iaitu sesama anggota kerja TNB bagi mengingatkan sesama kita betapa pentingnya kita menuju kepada makna Better.Brighter itu bersama-sama.

Kandungan Program Better.Brighter ini ialah seperti berikut;






Bab 1: Empat Renungan

Better.Brighter menuntut perubahan dari semua anggota kerja bagi membantu TNB mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan anggota kerja TNB melalui satu perubahan, perkara asas yang perlu ada di kalangan anggota kerja TNB ialah satu mindset atau cara pandang yang bersesuaian.

Mindset ini sangat penting.

Mindset Positif, Hasil Positif.
Mindset Negatif, Hasil Negatif.

Satu perkara yang perlu kita fahami tentang mindset ini ialah bilamana kita melihat satu perkara itu, lain orang, lain fahamnya. Sudahnya apa yang difaham itu membentuk mindset seseorang itu.

Bagi mempengaruhi mindset ini agar ia mahu kepada perubahan, ianya perlu bermula dengan seseorang itu sedar tentang maksud hidup beliau dalam hidup ini. Maksud hidup ini bolehlah diterangkan berdasarkan rajah di bawah;




Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa hidup seorang manusia di atas dunia ini adalah umpama seorang pengembara. Memandangkan hidup beliau di atas mukabumi ini akan tamat satu masa nanti, maka semestinya hidup beliau di atas muka bumi perlu bermatlamatkan untuk mencari Keredhaan Tuhannya sebagai ‘passport’ untuk beliau hidup aman di alam-alam akan datang. (Sila faham erti matlamat ini berdasarkan kefahaman agama masing-masing).

Bertolak dari kesedaran di atas, seseorang yang jelas maksud hidupnya akan sentiasa ingin melakukan perubahan agar hidupnya tidak sia-sia. Secara asasnya, mereka yang tergolong dalam golongan ini mempunyai beberapa mindset yang disimpulkan dalam empat renungan di bawah;




1) Tanda Orang Bijak
2) Niat
3) Hukum Memberi dan Menerima
4) Perubahan

Mari sama-sama kita menghayati empat renungan ini. Moga-moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk menjadikan empat renungan kita ini sebagai mindset kita.


1.1    Renungan Pertama: Tanda Orang Bijak




Bila di tanya tentang apakah tanda orang bijak itu, pasti lain orang lain jawabnya. Perbezaan jawaban ini terletak kepada pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya. Soalnya adakah sesiapa yang salah atau betul? Tidak! Kerana siapa kita untuk mempersoalkan jawaban masing-masing kerana itu adalah pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya!

Namun melalui program Better.Brighter ini, dibawa satu sudut pandang tentang apakah tanda-tanda orang bijak itu. Ada tiga tanda orang bijak iaitu;


1.1.1   Bolehkah saya melayani diri sendiri?

Maksud tanda pertama orang bijak ini ialah sekiranya kita gagal, mampukah kita ketawa dan pujuk diri sendiri sambil berkata ini semua pelajaran bagi kita. Sudahnya kita mampu bangun dan belajar dari kegagalan itu. Sebaliknya, jika kita berjaya mencapai satu kejayaan, mampukah kita untuk menangis sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan?


1.1.2   Bolehkah saya melayani orang lain?

Kita akan mampu melayani orang lain jika pada mulanya kita mampu layani diri sendiri! Fikirkan. Amalan yang dianjurkan oleh program Better.Brighter bagi mengamalkan tanda kedua orang bijak ini ialah dengan mengamalkan ‘Salam Semut’.

Ahli Sains yang mengkaji kelompok semut ini telah merumuskan bahawa amalan ‘salam’ yang dilakukan di kalangan semut ini adalah pencetus kerjasama yang hebat di kalangan kelompok semut. Salahkah kita belajar dari kelompok semut ini?


1.1.3   Bolehkah saya melayani idea baru?

Selalunya kita memilih untuk melayani sebarang idea. Pilihan kita sangat kuat dipengauhi oleh siapa yang menyampaikan idea tersebut. Lagi tinggi status orang tersebut, lagi sudi kita melayani idea yang disampaikan. Fikirkan. Soalnya, perlukah begitu? Semestinya tidak!

Apa kata selepas ini, mari kita beri peluang kepada diri sendiri agar cuba memahami apa yang disampaikan oleh orang yang menyampaikan idea itu walaupun siapa juga beliau. Selepas kita memahaminya barulah kita membuat keputusan samada untuk menerima atau menolaknya.

Jangan Terima, Jangan Tolak tetapi fikirkan samada idea ini mampu membawa saya mencapai apa yang dihajati.

Pilihan Di Tangan Saya! 



1.2   Renungan Kedua: Niat




Telah lama kita hidup. Apa yang kita faham tentang niat? Saya yakin lain orang lain erti mereka tentang niat. Tetapi dalam BB, niat diertikan sebagai;


NIAT + TINDAKAN = HASIL


Persamaan di atas bermaksud apa juga yang kita lakukan atas dunia ini semuanya bermula dengan niat. Sedar atau tidak sedar, faham atau tidak faham, semuanya bermula dengan niat. Niat menentukan corak tindakan kita. Mana mungkin tindakan kita berlawanan dengan niat kita! Fikirkan …

Sudahnya, dengan izin Tuhan, tindakan kita akan menghasilkan hasil yhang kita terima dalam hidup ini.

Seperkara lagi, berdasarkan persamaan di atas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa kita mampu melihat niat kita di masa lepas dengan hanya melihat hasil yang kita terima sekarang. Siapa anda sekarang adalah sebenarnya niat anda di masa lalu!

Rumusannya, jika kita ingin hasil yang lebih baik di masa depan, perbetulkan niat kita!

Bila bercakap tentang niat, biasa kita dengar orang berkata, “Aku niat kerana Tuhan”. Apa yang anda faham tentang maksud ini. Sekali lagi, saya yakin, lain orang lain fahamnya. Soalnya adakah apa yang orang lain faham itu salah? Bagi BB semua jawaban itu betul kerana ianya melambangkan latarbelakang mereka sendiri.

Begitu juga BB, BB punya pandangannya tentang maksud niat kerana Tuhan ini. Bagi BB, ianya bermaksud;

Niat kerana Tuhan bermaksud kita berniat akan laksanakan segala aktiviti yang positif dengan terbaik tanda syukur kita kepada Tuhan yang telah dan akan memberi banyak nikmat yang tidak mampu kita balas.

Seperkara lagi, sebarang niat yang kita buat itu perlu dipastikan agar tindakan atau hasil kita itu nanti tidak melanggar perintah Tuhan dan tidak mengambil kepentingan orang lain. Jika ini kita perhatikan, dengan izin Tuhan, kita sentiasa dalam keredhaanNya.

Sekiranya, soal hubungan dengan Tuhan dan Manusia ini tidak diperhatikan, maka jadilah kita seperti golongan-golongan yang kita lihat dalam rajah di bawah;




Apa pun, jika kita benar-benar kita perhatikan dua perkara ini, maka mudahlah kita menjadi seorang yang berintegriti (cakap serupa bikin. bikin serupa cakap!) dan produktif atau berkat dalam hidup kita.



1.3   Renungan Ketiga: Hukum Memberi dan Menerima




Sudah lama kita hidup di atas mukabumi ini. Adakah kita memahami Hukum Memberi dan Menerima ini? Jika kita memahaminya, adakah ini telah menjadi amalan hidup kita?

Hukum ini secara asasnya menyatakan bahawa untuk menerima sesuatu kita perlu memberi dahulu. Tidak mungkin kita boleh menerima sesuatu sebelum kita memberi dahulu. Sebagai contoh, jika kita mahukan aman damai, kita perlu beri sangka baik dahulu. Jika kita mahukan pengalaman dalam tugas, kita perlu beri masa dan tenaga dalam tugas tersebut. Jika kita mahukan keredhaan Tuhan, kita perlu menuruti perintah Tuhan dahulu.

Jika kita mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita, dengan izin Tuhan, memang banyak kejayaan yang kita raih dalam hidup ini tidak kira apa juga cabang hidup itu, baik dalam kerjaya, famili atau masyarakat. Cuba semak diri sendiri, adakah sebelum ini kita berjaya mencapai apa yang kita hajati? Jika ianya benar, sememangnya kita banyak memberi untuk mencapai apa yang kita hajati baik dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Hukum ini, kita sedar atau tidak, kita faham atau tidak, tetap berlaku kepada diri kita. Itu sebab penting sangat kita memahaminya agar kita tidak dimakan ‘sumpah’ hukum ini. Sudah ramai manusia kecundang dalam hidup ini kerana cuai dengan hukum ini.

Satu perkara yang perlu kita jelas tentang hukum ini ialah hukum ini tidak pernah lupa. Hukum ini tetap akan kita terima padahnya walaupun masa telah berlalu. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan kita akan terima padahnya. Mungkin juga keturunan kita yang akan menerima balasannya atau mungkin kita akan terima di alam akhirat nanti. Apa pun kita tetap akan menerima balasan akibat apa yang kita beri sebelumnya!

Sebagai contoh, dalam program Better.Brighter, kita telah dipertontonkan video cerita Dr. Prajak Arunthong. Cerita ini mengesahkan bagaimana seorang peniaga makanan telah membantu seorang budak untuk membeli ubat untuk ibu budak tersebut yang sedang sakit. Budi peniaga makanan itu telah dibalas Tuhan 30 tahun kemudiannya apabila peniaga itu sendiri sakit dan kita dapat saksikan bahawa orang tua itu telah dibantu sendiri oleh seorang doktor yang mana doktor itu merupakan budak yang ditolong oleh peniaga tersebut untuk membeli ubat untuk ibunya satu ketika dahulu.

Ini membuktikan bahawa hukum ini ‘tidak lupa’ untuk bertindak di dalam kehidupan kita walaupun ianya mengambil masa yang lama. Moga-moga cerita peniaga dan doktor ini menjadi pedoman bagi kita untuk menitikberat hukum ini di dalam kehidupan kita sendiri.




Dalam usaha kita di TNB untuk mentransformasi TNB ini agar mencapai hajat bersama kita iaitu DDRC, sangat penting kita memerhatikan hukum ini dalam segenap tindak tanduk kita semasa bertugas. Jika kita benar-benar mahu mencapai DDRC tersebut, inilah satu mindset yang perlu kita pegang dan dengan izin Tuhan, ini bakal membawa kita laju mencapai DDRC itu.

Moga-moga selepas ini kita diberi kesedaran dan kekuatan untuk mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita.  



1.4   Renungan Keempat: Perubahan




Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud hadis yang berbunyi;


“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada ganjarannya (bagi kamu).” 
(Hadis dilapurkan oleh Bukhari dan Muslim).


Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!

Sebut mengenai perubahan, saya suka menyentuh tentang satu konsep yang di beri nama Garisan Hidup seperti yang tertera di bawah ini;




Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak berubah.

Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di bawah ini;


“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka  tidak nampak keperluan mengapa perlu  berubah dan tidak tahu bagaimana berubah.”


Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah kita perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya berubah. Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka susah untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan kepada dua persoalan di atas. Fikirkan …

Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini. Sudahnya itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakukan perubahan, ada yang lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam melaksanakan perubahan!

Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih peka dengan soal ini bilamana kita mengingati cerita ‘katak rebus’. Cerita katak rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu air yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut walau air itu bakal membunuhnya.
Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?

Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan disebabkan keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan tersebut, kita sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada kehancuran kita. Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin menyeronokkan.

Lawan Zon Selesa ialah Zon Tempur! Perbezaan antara dua zon ini ialah seperti rajah di bawah;




Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita renungkan. Semua orang merasakan           perubahan itu payah! Dalam kata lain … Bukan anda seorang sahaja yang merasakan perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga terlaksana perubahan itu!

Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada diri. Adakah Aku ingin Berubah?

Hidup adalah satu permainan tentang perubahan. Tidak wujud berdiam diri dalam dunia ini. Tidak wujud berdiam diri dalam hidup ini. Aku tidak boleh berdiam diri selamanya! Aku samada bergerak ke depan atau ke belakang. Jika aku tidak berminat untuk bergerak ke depan, Aku semestinya sedang bergerak ke belakang! Aku akan berubah kerana itu tanggungjawab aku. Bukan tanggungjawab orang lain mengubah aku!

Itulah dia empat renungan yang perlu kita benar-benar hayati yang bakal memudahkan kita berdepan dan melaksana perubahan. Empat Renungan ini bilamana menjadi mindset kita, ianya bakal menghindarkan diri kita terkena ‘Penyakit Bangau’.

‘Penyakit Bangau’ ini sebenarnya merupakan satu mindset yang sangat merbahaya. Seseorang yang terkena ‘Penyakit Bangau’ ini sentiasa suka memberi alasan mengapa beliau tidak melaksanakan sesuatu perkara yang patut beliau laksanakan.




Saya rasa, anda masih ingat cerita Bangau Oh Bangau yang selalu kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu. Kalau diperhatikan kata-kata dalam cerita itu, bangau suka sangat memberi alasan. Bila ditanya mengapa engkau kurus, jawab bangau, macam mana dia tak kurus sebab ikan tak mahu timbul. Bukankah ini alasan namanya?

Sudahnya jika dilihat dalam cerita selanjutnya, semua terkena ‘Penyakit Bangau’. Semua suka memberi alasan! Tetapi tidak kepada ular. Bila di tanya kepada ular, mengapa engkau makan katak? Dijawab ular, itu makanan aku!
Ular dalam cerita ini tidak memberi alasan tetapi sebaliknya berterus terang memberitahu apa yang perlu dilakukan agar dirinya tidak lapar! Ular merupakan contoh terbaik dalam hidup ini bagi mereka yang sentiasa bertanggungjawab (responsible) dan mampu dipertanggungjawabkan (accountable) di dalam kehidupan ini tanpa asyik suka menyalahkan orang lain!


Hindarkan diri menjadi Bangau!


Satu syor, berikut apa kata kita halakan mindset baru ini (berdasarkan empat renungan) bagi mencapai apa yang telah ditetapkan di dalam TNB ini. Namun ini mesti bermula dengan memahami dahulu apa yang penting di dalam TNB ini seperti yang terkandung di dalam 'Gambaran Besar 1TNB'.




Bab 2: Ke Arah Better.Brighter - Gambaran Besar 1TNB

Berikut mari kita sama-sama fahami maksud ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini dalam bahasa yang mudah. Bila kita bercakap dalam bahasa yang mudah, maka mudah kita fahami dan sudahnya mudah wujud niat untuk menyokong dan mendokong cerita yang terkandung dalam ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini.




2.1   Perkara 1: Anggota Kerja TNB

Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …

Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu. Soalnya apa matlamat TNB itu?


2.2   Perkara 2: Domestic Dominance Regional Champion (DDRC)

DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?

Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB. Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya TNB harus mempunyai mindset bisnes.

Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti kedudukan TNB tergugat.

Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan. Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini  ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Afrika.

Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB terus relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan anggota kerja TNB khususnya.  Atas sebab itu, anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran DDRC ini.
  

Kesan Penjualan aset EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.

Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan calang-calang kemampuannya.

Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam Negara jika kita di dalam TNB ini terus alpa.


Reimagining TNB

Dunia berubah. Antara trend yang sangat mengugat bisnes TNB pada ketika ini ialah seperti yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;




Atas sebab itu, TNB perlu segera menjadi ‘BIG, FAST, SMART’ agar mampu bersaing dengan para pesaingnya!




Itulah sebabnya mengapa segala inisiatif TNB masakini seperti inisitaitf ‘Value Unlocking Program’ (VUP), Pencarian Future CEO, ‘Merger and Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat di beri perhatian dan disokong dalam usaha menjadikan TNB ‘BIG, FAST, SMART’ secepat mungkin!

Untuk mencapai DDRC, ianya adalah umpama satu peperangan. Ini adalah kerana bukan TNB sahaja ingin mencapai apa yang terkandung dalam DDRC malah banyak lagi syarikat yang mahu mencapainya. Sudahnya TNB mesti ‘berperang’ dengan syarikat lain bagi mencapainya.

Untuk pergi ‘berperang’, anggota kerja TNB perlukan kepada ‘senjata’. ‘Senjata’ anggota kerja TNB itu adalah seperti yang terkandung dalam ‘Vibrant Workforce Productivity Revolution’.


2.3   Perkara 3: Vibrant Workforce Productivity Revolution (VWPR)

Apakah yang terkandung di dalam VWPR itu?

Terdapat dua komponen utama di dalam VWPR ini.

Pertama ialah Vibrant Workforce. Tanda anggota kerja TNB ‘vibrant’ ialah anggota kerja TNB perlu mempunyai dua kualiti utama.

Kualiti Pertama, hubungan sesama anggota kerja TNB serta pelanggan dan pihak yang berkepentingan perlu berada pada tahap yang terbaik lalu menimbulkan saling mempercayai antara mereka. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Building Trust and Relationship’

Kualiti Kedua, sebagai tanda anggota kerja TNB itu vibrant ialah ilmu, kemahiran, pengalaman dan kompetensi setiap mereka baik secara individu maupun secara berpasukan adalah pada tahap terbaik. Itulah maksudnya ‘Building Capacity’

Bilamana ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’ ada di kalangan anggota kerja TNB, ianya juga bakal memudahkan mereka membina prestasi tugas yang lebih baik (‘Buiding Performance’) dan menwujudkan pertumbuhan di dalam usaha mereka (‘Building Growth’)

Apabila anggota kerja TNB mampu ‘Buiding Performance’ dan ‘Building Growth’, ini menandakan pencapaian ‘Productivity Revolution’. ‘Productivity Revolution’ ini pula merupakan komponen kedua di dalam VWPR.

Rajah di bawah adalah ringkasan kepada penerangan VWPR di atas.


Itulah dia ‘senjata’ anggota kerja TNB untuk pergi ‘berperang’ bagi mencapai DDRC. Disamping ‘senjata’, anggota kerja TNB juga memerlukan satu slogan perang bagi memastikan semangat mereka pada tahap yang tinggi. Seruan perang TNB ialah ‘Transformasi 1TNB’.


2.4   Perkara 4: Transformasi 1TNB

Dalam bahasa mudah, Transformasi 1TNB bermakna ‘Satu TNB mahu berubah!’. Selagi seseorang anggota kerja TNB itu ‘dibayar gaji’ oleh TNB, maka beliau termasuk dalam golongan yang mahu berubah ini. Maksud akhir kepada Transformasi 1TNB ialah seperti rajah di bawah.




Maksud gambaran rajah di atas ialah;

TNB Untung, Anggota Kerja TNB Untung
Anggota Kerja TNB Untung, TNB Untung


2.5   Perkara 5: 5 + 1 KRA

Apa itu KRA? KRA ialah Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama). 5 + 1 KRA telah dikenalpasti  sebagai kayu ukur untuk menentukan samada TNB telah menghampiri atau mencapai  Domestic Dominance, Regional Champion.

Asalnya 5 KRA dikenalpasti kemudian 1 lagi KRA mengenai SEBS ditambah. Untuk itu terdapat 5+1 KRA untuk program Transformasi 1TNB.

KRA1 Enhance Regulatory Management (Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia)
KRA2    Exceed Customer Expectation (Melangkaui Kehendak Pelanggan)
KRA3    Drive Operational Cost Efficiency (Menggurus Kos Dan Operasi Secara Efisien)
KRA4    Grow Profitable New Business (Meluas Bisnes Baru)
KRA5    Oragnization Transformation (Transformasi Organisasi)
KRA6    SESB Turnaround (Memperkukuh SESB)


2.5.1   KRA1 - Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak Kawalselia

KRA ini diwujudkan untuk mengambil kira pihak2 berkepentingan yang menentukan kewujudan (keputusan tentang hidup mati) operasi Regulated Business TNB. Regulated Business TNB adalah Generation Transmission Distribution (GTD) yg mempunyai tanggungjawab untuk pembekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Pihak berkepentingan ini adalah Suruhanjaya Tenaga, KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Ahli-ahli Politik/Wakil Rakyat.

Sasaran untuk KRA1 ini adalah …

1. Mengekalkan TNB sebagai VIU (Vertical Integrated Unit). TNB kekal menjadi satu entiti GTD dan tidak dipecah-pecahkan.

2. Kapasiti penjanaan oleh TNB >60%. Contohnya kapasiti pasaran penjanaan sekarang adalah 16,900MW (Stesen Janakuasa TNB + IPP). TNB ingin menguasai 10,140MW (60%) atau lebih.

3. FCPT - Fuel Cost Pass Through (Perlepas Kos Bahan Api). Kos operasi TNB tidak terkesan dengan naik turun harga bahan api.


2.5.2   KRA2 - Melangkaui Kehendak Pelanggan

Terdapat 8.6 juta pelanggan TNB - domestik dan komersial. Jika pelanggan TNB puashati dan suka pada TNB, mereka akan menyokong TNB untuk mencapai aspirasinya.

Sasaran untuk KRA2 ini adalah …

1. Menambahbaik ‘customer touchpoint’ (titik hubungan) supaya lebih cekap dan mesra.  Adalah disasarkan:

a. Supply Connection Period dalam tempoh 7hari atau kurang.

b. Menambahbaik Pusat Khidmat Pelanggan dan Customer Channel (saluran untuk pelanggan berhubung)

c. Projek SMART Meter.

2. CSI (Customer Satisfaction Index) disasarkan 8.0


2.5.3   KRA3 - Mengurus Kos Dan Operasi Secara Berkesan

TNB mempunyai 110 Billion nilai aset. Aset TNB ini perlu diuruskan dengan baik terutamanya dengan kos yang efisien agar produktiviti anggota kerja TNB meningkat dan keuntungan TNB bertambah.

Sasaran untuk KRA3 ini adalah …

1. Mengoptimumkan Pengurusan Aset. Memfokuskan pada C-P-R (Cost-Performance-Risk)

2. Mengoptimumkan CAPEX (projek) & Mengurangkan OPEX (Kos Operasi)

3. Kearah Sistem Perolehan (Procurement) yang terbaik


2.5.4   KRA4 - Meluaskan Bisnes Baru

Memfokus kepada ‘Non Regulated Business’ (bukan GTD) contohnya bisnes anak-anak syarikat sedia ada seperti REMACO, MTM, TSG, TCI. Juga meningkatkan pertumbuhan bisnes antarabangsa dengan memfokus di Asia Tenggara, Timur Tengah juga Afrika.

Sasaran untuk KRA4 ini adalah 15%-30% dari pendapatan Kumpulan TNB adalah dari bisnes-bisnes tidak dikawal selia dan bisnes luar negara menjelang tahun 2025.


2.5.5   KRA5 - Transformasi Organisasi

Terdapat 36 ribu anggota kerja TNB. Anggota kerja adalah kunci kepada Program Transformasi 1TNB. TNB perlu menghasilkan pemimpin untuk menjadi agen perubahan untuk mencapai aspirasi DDRC.

Sasaran untuk KRA5 ini adalah …

1. Setiap anggota kerja memahami, menyokong, fokus dan mengambil tindakan untuk mencapai aspirasi DDRC - Program Transformasi Wave1, Wave2 dan Program Better.Brighter ini sendiri.

2. Menghasilkan Pemimpin di setiap lapisan. Program 7Habits & TNB Future CEO.

3. Perlaksanaan Value Unlocking Program (VUP)

VUP terdiri daripada tiga inisiatif utama iaitu;




Unlocking Financial Value
Unlocking Customer Value
Unlocking People Value

Berdasarkan kepada tiga inisiatif di atas, selain mengemaskini pengurusan kewangan TNB, ‘Unlocking Financial Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan pelanggan. Selanjutnya, selain mengemaskini pengurusan pelanggan, ‘Unlocking Customer Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan sumber manusia.

Dibawah inisiatif ‘Unlocking People Value’, terdapat tiga perkara utama perlu dilaksanakan iaitu,

Penyusunan Semula Struktur Organisasi
Penyusunan Semula Sistem Pembinaan Kompetensi
Penyusunan Semula Proses Kerja

Diharapkan, bila ketiga-ketiga inisiatif dibawah VUP ini terlaksana, ianya bakal meningkatkan nilai TNB  itu sendiri.


2.5.6   KRA6 Memperkukuh SESB

Memfokus untuk menambahbaik Kawal Selia, Keselamatan Bekalan, Perkhidmatan Pelanggan, Aliran Tunai dan Transformasi Organisasi.

Pencapaian 5 + 1 KRA bakal menyaksikan pencapaian DDRC. Bilamana DDRC tercapai, anggota kerja TNB boleh berdiri dan melaungkan seruan ‘Unlock the Talent, Unleash the Potential’ yang merupakan perkara ke 6 dalam Gambaran Besar TNB ini.


2.6   Perkara 6: ‘Unlock the Talent, Unleash the Potential’

Seruan ini sebenarnya berkait rapat dengan empat thrust yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu ‘Unlock the Talent’ berkait rapat dengan dengan ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’. Manakala ‘Unleash the Potential’ berkait rapat dengan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’

Untuk memudahkan mengingati seruan ini, disyorkan untuk mengkaitkan seruan ini dengan video ‘Red Bull’ yang telah ditayangkan di dalam program BB. Video ini mengesahkan cerita seorang penunggang motosikal yang berjaya ‘melompat’ dan terjun dari satu bangunan dengan menunggang motosikalnya.

Kemahiran penunggang motosikal ini adalah gambaran ‘Unlock the Talent’ manakala kehebatan penunggang motosikal ini untuk ‘melompat’ dan ‘terjun’ dari bangunan itu pula adalah gambaran ‘Unleash the Potential’


2.7   Perkara 7 : Hasrat Better.Brighter

Selepas anggota kerja TNB melaksanakan perkara 1 hingga 6, sedar atau tidak sedar, anggota kerja TNB sebenarnya telah mencapai segala 8 + 2  hasrat (8 hasrat asal ditambah 2 hasrat yang dimaklumkan pada awal tahun 2015) yang terkandung dalam slogan Better.Brighter ini. Rujuk gambarajah dibawah …





2.8   Perkara 8: Konsep C.E.O.

Sebenarnya, 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini merupakan juga ‘corak hubungan’ yang mahu dibina oleh ‘Owner’ (tuanpunya) TNB ini dengan ‘Customer’ (Pelanggan) nya dan ‘Employee’ (Anggota Kerja) nya. Inilah sebenarnya matlamat utama dalam konsep C.E.O. ini.


2.9   Perkara 9: Semangat Baru (Revitalizing)

Pencapaian 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini juga bakal membawa Semangat Baru (Revitalizing) kepada TNB dan anggota kerja TNB sendiri.


2.10   Perkara 10: Jenama (Brand) TNB

Kita perlu faham dan sedar bagaimana seseorang pelanggan itu mula yakin dengan jenama TNB. Ianya boleh dijelaskan dengan mudah seperti persamaan di bawah;

Pengalaman = Perasaan = Keyakinan Pelanggan kepada Jenama TNB

Dari persamaan di atas, semuanya bermula dengan usaha bagi meninggalkan pengalaman yang baik dalam diri pelanggan. Itulah sebabnya penting anggota kerja TNB melaksanakan perkara 1 hingga 9 kerana ianya bakal meninggalkan pengalaman yang baik di dalam diri pelanggan.

Bila wujud pengalaman ini, berikutnya akan wujud perasaan yang baik dalam diri pelanggan kepada Jenama TNB. Perasaan ini sangat penting kerana perasaan lebih kuat berbanding fikiran/logik dalam mempengaruhi diri pelanggan dalam membuat keputusan untuk mengguna sesuatu produk atau servis yang ditawar oleh jenama TNB.

Bila pelanggan sudi menggunakan produk atau servis yang ditawarkan oelh jenama TNB, ini tanda mereka mempunyai keyakinan kepada jenama TNB.


2.11   Perkara 11: Make a Difference

Jika anggota kerja TNB laksanakan perkara-perkara 1 hingga 10 ini, itulah cara anggota kerja TNB ‘Make a Difference’ dalam tugas mereka.


2.12   Perkara 12: Better.Brighter Together

Ini sudahnya bakal menjadikan anggota kerja TNB semua Better.Brighter Together!

Nota: Perbezaan antara slogan Better.Brighter! dan Better.Brighter Together! ialah slogan Better.Brighter! digunakan di luar TNB manakala slogan Better.Brighter Together! digunakan sesama anggota kerja TNB (dalam TNB).


2.13   Perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB

Selepas kita memahami Gambaran Besar 1TNB ini, persoalan berikut yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana anggota kerja TNB harus membuat perlaksanaan bagi merealisasi segala hajat yang terkandung di dalam Gambaran Besar 1TNB ini?

Berdasarkan program BB ini, pintu masuk perlaksanaan bagi merealisasi Gambaran Besar 1TNB ini ialah seperti yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;




Jelas sekali dari rajah di atas, bahawa pintu masuk perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB ini ialah dengan mengambil tindakan bagi menwujudkan ‘Four Thrust’ (Building Trust & Relationship, Building Capacity, Building Performance dan Building Growth) di dalam tugas anggota kerja TNB. Dengan melaksana ‘Four Thrust’ ini, dengan sendirinya ianya juga bakal membawa tercapainya perkara-perkara lain di dalam Gambaran Besar 1 TNB itu.

Bila menyebut untuk mengambil tindakan terhadap ‘Four Thrust’ ini, semestinya anggota kerja TNB memerlukan satu kaedah dan alat bagi melaksana setiap ‘Four Thrust’ ini. BB telah mengutarakan satu kaedah dan alat yang khusus bagi menangani setiap ‘Thrust’ ini.

Secara ringkasnya, alat yang digunakan ialah seperti yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;




Tulisan di dalam nota ini akan membicarakan secara terperinci kaedah dan penggunaan alat-alat ini bagi merealisasi setiap ‘thrust’ ini. Diyakini, bila sesesorang anggota kerja TNB atau sekumpulan anggota kerja TNB itu mampu melaksana kaedah dan alat ini, maka dengan sendirinya Gambaran Besar 1TNB ini bakal tercapai.

Jom kita susuri cerita kaedah dan alat ini dengan niat untuk memahami dan mengamalkannya dalam tugas!  




Satu Renungan - Building Trust and Relationship




Bila menyebut tentang ‘Building Trust and Relationship’, ramai di kalangan kita mampu memberi cadangan dan pandangan untuk bagaimana membinanya. Namun, hasil yang kita perolehi berdasarkan cadangan dan pandangan untuk membinanya itu tidak begitu memberangsangkan. Apakah perkara yang perlu kita laksanakan?

Menurut pandangan program BB ini pula, untuk ‘Building Trust and Relationship’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar iaitu ‘Kenal Diri’ atau ‘Kenal Siapa Manusia’ itu dahulu.

Tanpa mengenali siapakah manusia itu terlebih dahulu, mana mungkin kita mampu ‘Building Trust and Relationship’ kerana ‘Building Trust and Relationship’ adalah soal menambahbaik interaksi antara anggota kerja. Penambahbaikan ini tidak mungkin wujud jika tiada pengetahuan tentang siapakah manusia dan bagaimana seseorang manusia itu beroperasi.

Bilamana pengetahuan ini diperolehi, barulah kesedaran akan wujud bahawa manusia itu mempunyai persamaan dan perbezaan. Ini bakal membuka mata kita untuk melihat manusia lain dari sudut pandang yang lebih positif. Bila cara pandang terhadap manusia itu lebih positif, bukankah ini tanda ‘Building Trust and Relationship’ terbentuk? Fikirkan sejenak …




Bab 3: Kenal Diri


3.1   Pendahuluan

Bila menyebut mengenali manusia itu, program BB bermula dengan bertanyakan satu soalan pokok iaitu, bagaimana kita melihat manusia itu? Kita melihat manusia itu sebagai ‘barang’ atau ‘orang’?

Menuruti kajian yang dilakukan oleh satu institut di Amerika Syarikat bernama ‘Arbinger Institute’, kita melihat manusia sebagai ‘barang’ bilamana kita melihat manusia itu sebagai;
1) Batu Loncatan
2) Batu Penghalang
3) Tidak Relevan
Sedar tidak sedar, pada ketika-ketika inilah kita melihat manusia sebagai ‘barang’. Persoalan yang lebih penting, adakah kita melihat orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita sebegini? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia sebagai ‘barang’, memang sukar untuk kita ‘Building Trust and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …

Sebaliknya, kita melihat manusia sebagai ‘orang’ ketika kita mampu hormati (respect) …

1) Fikiran mereka
2) Perasaan mereka
3) Pilihan mereka
4) Tindakan mereka

… walaupun ianya berbeza dengan kita kerana mana mungkin ianya sama kerana  kita sedar latarbelakang kita berbeza. Persoalan yang lebih penting, adakah kita mampu hormati (respect) fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia sebagai ‘orang’, memang mudah untuk kita ‘Building Trust and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …
  
Berikut, mari kita dalami kefahaman kita untuk melihat manusia sebagai ‘orang’.




Semua kita sedar bahawa setiap manusia itu memang telah dilahirkan berjaya. Buktinya, dari beratus juta sperma ayah kita yang cuba bercantum dengan ovum ibu kita, hanya satu sperma sahaja yang berjaya bercantum dan itulah kita.

Tetapi mengapa bila kita mula membesar dan dewasa di atas mukabumi ini, kita mulai memandang rendah keupayaan diri sendiri? Ini berlaku kerana kita tidak punya ilmu dan kesedaran tentang siapa kita.


3.2   Siapakah Manusia?

Manusia itu terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu;

Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)
  
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;

Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan

Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;

Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat Tindakan

Dalam mengenal diri,  kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian diri ini dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam hidup kita ini.

Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).

Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …

Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.


3.3   Gambaran Seorang Manusia

Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;




Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan KEMAMPUAN bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bahagian diri yang fizikal.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;

Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran) – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan) – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian) – Umpama ‘Raja’

Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini, kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Sedar.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula ialah dimana letaknya tubug badan kita.

Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti berikut;

Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)

Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini, perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;

Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’

Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.

Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri, Genie dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’. Manakala gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk cerita dalam satu negeri.

Ringkasnya diri seorang manusia itu adalah umpama sebuah negeri. Dan ini membuktikan bahawa semua manusia itu adalah pemimpin kerana jika seorang manusia tidak mempunyai walau seorang pun untuk dipimpinnya namun sekurang-kurang beliau punya ‘negeri’ (dirinya sendiri) untuk dipimpin!




Bab 4: Bagaimana Diri Beroperasi?


4.1   Pendahuluan

Selepas kita mengenali bahagian diri seorang manusia itu, berikut mari kita lihat bagaimana ke empat-empat bahgian diri ini bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem untuk menghasilkan hasil dalam hidup seseorang manusia itu baik untuk satu hasil yang positif atau negatif.

Penting untuk kita mengetahui bagaimana bahagian diri ini bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem kerana ianya akan mampu membantu kita untuk mengetahui dimanakah di dalam diri kita yang bermasalah lalu menghalang kita mendapat hasil yang positif dalam hidup.


4.2   Operasi Diri Manusia




Berdasarkan rajah di atas, anda dapat lihat bahawa sebarang idea yang masuk berjumpa dengan Menteri melalui deria-deria itu tidak positif maupun negatif keadaannya.

Namun bila idea itu hadir bersama Menteri, Menteri anda akan mula memikirkan (menganalisa atau merancang) idea tersebut. Analisa atau perancangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Raja untuk dibuat pilihan/keputusan.

Menteri anda dikatakan berfungsi dengan baik sekiranya bagi sebarang idea yang hadir pada Menteri, Menteri anda sentiasa bertanyakan soalan berikut:  “Adakah idea ini boleh bawa capai hajat saya?”.  Analisa atau Perancangan yang dilaksanakan oleh Menteri anda bergantung kepada cara pandang anda terhadap idea tersebut.

Bercakap mengenai cara pandang ini, adakah kita menyedari cara pandang kita tentang kehidupan ini? Hakikatnya, jika betul cara pandang kita tentang sesuatu perkara itu, maka sudahnya akan betulah analisa atau perancangan kita. Atas sebab itu, prihatinlah dengan cara pandang anda!

Sebelum Raja membuat keputusan sama ada menerima atau menolak idea tersebut, Raja memerlukan bukti-bukti bagi menyokong keputusannya. (Bayangkan operasi dalam satu mesyuarat)

Bukti-bukti ini datang dari 4 sumber utama seperti berikut;

   - Sumber dari idea logik (Menteri)
   - Sumber dari Ilham atau Bisikan Malaikat
   - Sumber dari nafsu atau perasaan (Genie)
   - Sumber dari Bisikan Syaitan

Setiap masa, keempat-empat sumber ini berlumba-lumba untuk mempengaruhi Raja. Sudahnya sumber yang paling kuat akan berjaya mempengaruhi Raja. Selepas Raja membuat keputusan, Menteri akan melaksanakan dua kerja utama seperti berikut;

Merancang dan memaklumkan segala arahan Raja kepada Rakyat untuk mengambil tindakan lalu mengeluarkan Hasil. Rakyat akan hanya mengambil tindakan sesuai dengan keputusan Raja.

Memaklumkan kepada Genie segala arahan Raja. Jika ini dilaksanakan berkali-kali, arahan Raja ini akan diterima oleh Genie.

Satu idea yang disampaikan kepada Genie secara berkali-kali ini akhirnya akan tinggal tetap di dalam Genie. Idea ini dipanggil TABIAT.

Tabiat adalah perkara yang kita lakukan tanpa memerlukan campurtangan Menteri. Contoh tabiat ialah hisap rokok lepas makan, datang lewat, berbelanja besar, tidak tinggal sembahyang, kuat membaca, membawa kereta dan sebagainya.

Dari penerangan ini, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua kumpulan utama yang cuba mempengaruhi Raja.  Satu kumpulan cuba membawa kepada kehancuran manakala satu kumpulan lagi cuba membawa kepada kebaikan.

Itu sebab mengapa penting sangat untuk menjaga Raja ini agar tidak dikotori. Jika ianya kotor, sudah pasti ianya tidak mampu memimpin diri ke arah kebaikan dan Raja mudah sangat dipengaruhi oleh kuasa-kuasa yang mahu membawa negeri (diri) kepada kehancuran.

Bagaimanakah caranya untuk memelihara Raja agar tidak dikotori? Mudah sahaja. Turuti Perintah Tuhan dan cara yang ditunjukkan oleh pesuruhNya 24/7! Fikirkan …

Ringkasan dari rajah di atas ialah …

Fikiran + Perasaan + Pilihan/Keputusan + Tindakan menghasilkan Hasil dalam kehidupan. Manakala William James, seorang pemikir barat telah mendefinasikan sikap sebagai gabungan fikiran, perasaan, pilihan/keputusan dan tindakan.

Sebagai contoh, apakah sikap anda terhadap kerja anda sebenarnya bermakna apakah fikir anda terhadap kerja anda, apakah rasa anda terhadap kerja anda, apakah keputusan anda terhadap kerja anda dan apakah tindakan anda terhadap kerja anda.

Dari kenyataan di atas membuktikan Hasil bersamaan dengan Sikap. Dalam kata lain, jika anda mahu Hasil yang baik maka Sikap anda terlebih dulu perlu baik.

Cerita mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya!

Sekiranya dalam hidup ini, anda menerima hasil yang negatif, tanyakan pada diri anda hasil negatif ini berpunca dari mana?




Berdasarkan dari rajah di atas, jelas kelihatan ianya berpunca dari tindakan yang negatif. Tindakan yang negatif ini pula berpunca dari keputusan negatif yang anda buat. Keputusan negatif ini banyak dipengaruhi oleh rasa negatif dan fikir yang negatif.




Jadi jika anda mahu mengubah hasil yang negatif kepada positif, jelas kelihatan dari rajah di atas, anda perlu mulakan dengan melayan satu idea yang positif dan kemudiannya idea ini disalurkan melalui sistem ‘stick person’ ini. Satu masa ianya akan keluar sebagai satu hasil yang positif di atas tapak tangan anda.


4.3   Penggunaan Konsep Stick Person

Sebenarnya ada banyak penggunaan konsep Stick Person ini. Antara penggunaannya ialah seperti berikut;

1)   Memahami dengan mudah apa maknanya Kesedaran Diri.

Berdasarkan konsep Stick Person ini, kesedaran diri boleh ditakrifkan seperti rajah dibawah;




Sekiranya seseorang itu memahami apa yang dimaksudkan dengan kesedaran diri seperti yang dinyatakan di dalam rajah di atas, maka mudah beliau bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dalam hidupnya. Sebaliknya, dalam hidup ini beliau sentiasa akan menjadi mangsa keadaan dan selalu suka menyalahkan orang lain (Budaya Bangau).


2)   Membantu melihat Manusia sebagai ‘Orang’

Berdasarkan konsep Stick Person ini, mudah bagi seseorang itu ‘nampak’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang lain. Bila kita mudah ‘nampak’ maka mudah kita menghargai mereka walaupun fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan mereka berbeza dengan diri kita sendiri kerana kita sedar kita punya latarbelakang yang berbeza. Ini sudahya memudahkan kita melihat manusia sebagai ‘orang’ dan bukan ‘barang’. Ini akhirnya bakal memudahkan kita membina hubungan baik dan menwujudkan saling mempercayai di kalangan kita. (Building Trust and Relationship)


3)   Menganalisa Hasil yang diterima atau Merancang Hasil yang mahu dicapai

Melalui konsep Stick Person ini juga mudah kita menganalisa sebarang hasil yang telah diterima atau merancang sebarang hasil yang mahu dicapai kerana melalui ilmu bagaimana operasi diri, kita mudah ‘nampak’ apa yang terbina mahupun perlu dibina dalam diri sendiri. Bila kita ‘nampak’, ini memudahkan memperbaiki diri untuk mendapat hasil yang diingini.




Bab 5: Cara Pandang



Cara pandang amat mempengaruhi hasil yang kita terima di dalam hidup ini!

Ini adaah kerana cara pandang akan mempengaruhi niat kita. Niat kita pula akan mempengaruhi tindakan kita. Dengan izin Tuhan, tindakan kita inilah yang bakal menentukan hasil yang kita terima. (Rujuk rajah di bawah)




Sepertinya cerita orang 6 orang buta dengan seekor gajah di dalam rajah di bawah ini, bukankah cara pandang setiap orang buta akhirnya mempengaruhi hasil yang diterima oleh setiap daripada mereka? 




Dalam hidup ini, kita perlu semak cara pandang kita terhadap sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Silap cara pandang, dua negara pun boleh berperang!

Ingatlah, perubahan pertama yang memungkinkan kita untuk terbang tinggi adalah perubahan  cara pandang.

Akhir sekali. Apakah cara pandang anda terhadap …




Pilihan Di Tangan Saya!




Bab 6: Perjalanan Malam - Penjagaan Hati (Raja)


6.1   Pendahuluan

Hati yang di anggap sebagai Raja di dalam diri (negeri) seorang manusia ini perlu diberi perhatian istimewa agar ianya tidak dikotori. Sebelum ini, kita sudah pun sedia maklum bahawa jika raja ini dikotori, maka raja ini akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang cuba menghancur diri (negeri) baik dari dalam atau luar diri.




6.2   Tujuan Kehidupan

Permulaan untuk memperbaiki hati kita ialah dengan mengenalpasti dahulu apakah tujuan Tuhan lahirkan kita di atas mukabumi.




Berdasarkan rajah di bawah dapat dilihat dengan jelas bahawa hidup kita di atas mukabumi memang umpama satu pengembaraan dan tujuan utama seorang manusia itu dilahirkan adalah untuk mencapai keredhaan Tuhan agar hidup kita di alam-alam akan datang sejahtera, bahagia dan kaya.




Jika dilihat hidup ini dengan lebih luas, (rujuk rajah di atas), jelas hidup kita diatas dunia ini merupakan penentu untuk kita hidup sejahtera, bahagia dan kaya di alam-alam akan datang.

Manusia yang bijak jelas bahawa sebagai pelaburan untuk alam yang akan datang beliau perlu perbanyakkan Tiga Perkara iaitu;

Manusia yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.
Harta yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.
Ilmu yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.

Soalnya, adakah kita perbanyakkan tiga perkara ini di dalam hidup kita sendiri?

Manusia yang bijak juga sedar bahawa segala apa yang dipunyai olehnya di atas dunia ini merupakan pinjaman dari Tuhannya. Disebabkan ianya memahami hakikat ini, itulah didalam kehidupan ini;
Pertama, Setiap masa didalam hidupnya beliau akan membuat sesuatu aktiviti yang diredhai Tuhannya sesempurna mungkin. Contoh aktiviti ini ialah dalam berkeluarga, menuntut ilmu dan bekerja.

Kedua, bila bertemu susah seperti kesusahan di dalam tugasnya, beliau akan menyerah dan memohon kepada Tuhannya kerana beliau sedar susah itu memang datang dari Tuhannya dan semestinya jalan penyelesaiannya ada bersama Tuhannya.

Ketiga, bila bertemu senang seperti menerima kesihatan yang baik, hubungan yang baik sesama anggota kerja dalam tugasnya atau menerima bonus dari tugasnya, beliau akan mengucapkan syukur dan memuji Tuhannya kerana beliau sedar bahawa kesenangan itu semuanya milik Tuhannya.

Akibat seorang manusia itu melakukan tiga perkara di atas di sepanjang kehidupannya, maka hatinya akan kian aman. Jika hati kita selalu tidak aman, apa kata kita amalkan tiga perkara ini di dalam hidup kita?


6.3   Kenapa perlu Solat?

Cara paling asas untuk menjaga hati (raja) ini ialah dengan melaksanakan solat (bagi yang beragama Islam) atau meditasi (bagi yang beragama lain). Bilamana nilai solat/meditasi kita bertambah baik, maka bertambah baiklah keadaan hati (raja) kita.

Hidup kita sentiasa terdedah kepada masalah dan cabaran. Dalam banyak perkara, kita selalu mengharapkan kepada orang lain untuk membantu kita. Dan dalam banyak perkara, orang lain tiada masa untuk membantu kerana kesebokan mereka sendiri. Disamping itu, kita sedar hidup seorang manusia itu sentiasa dibawah godaan bisikan syaitan menyebabkan hidupnya sentiasa hura hara.

Jika perkara ini tidak ditadbir, maka hati kita akan pilih untuk melakukan perkara yang bakal merosakkan diri sendiri. Namun, Tuhan sangat sayang kepada manusia. Itulah di dalam satu-satu hari itu, Tuhan telah menyediakan masa untuk kita mengadu hal dan memohon pertolonganNnya.

Masa-masa tersebut ialah ketika solat wajib maupun solat sunat. (Bagi yang bukan muslim, mohon pandang penerangan ini berdasarkan kepercayaan masing-masing). Sudah lama kita mengetahui keutamaan solat itu, namun adakah kita sedar bahawa …

Inilah amalan pertama yang akan di hisab Tuhan di Mahsyar kelak. Baik Solat kita di dunia ini, selamat kita di Mahsyar kelak. Tidak baik Solat kita di dunia ini, mudarat kita di Mahsyar kelak.

Tingginya nilai Solat ini hinggakan ini merupakan satu-satunya ibadah yang mana Rasulullah s.a.w. pergi naik ke langit untuk terima terus dari Allah s.w.t.

Solat Tiang Agama! Tiada Solat, runtuhlah agama dalam diri kita!


Solat Berjemaah merupakan satu ubat yang paling mujarab untuk membina Semangat Kerja Berpasukan!  

Usaha menambahbaik Solat ini bukannya boleh dibuat dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan satu kesedaran dan usaha yang berterusan di sepanjang kehidupan ini. Solat yang dilaksanakan dengan baik mampu membina berkat (produktiviti) dalam hidup!

Moga selepas ini kita perbanyakan doa kepada Tuhan agar diberi kekuatan untuk memelihara solat/meditasi kita dengan lebih baik.


6.4   Ibadah

Moga selepas ini keadaan hati kita makin jernih dan kita lebih positif dalam cara fikir dan tindakan kita terutamanya semasa kita bersama Tenaga Nasional Berhad dalam melaksanakan Gambaran Besar 1TNB itu (rujuk rajah dibawah). 




Sedarlah Jika Niat, Perlaksanaan dan Natijah Gambaran Besar 1TNB ini menuruti Hukum Tuhan, bukankah ini juga merupakan satu ibadah? Fikirkan …

Sebenarnya semua aktiviti yang baik itu adalah merupakan satu ibadah sekiranya aktiviti yang baik itu menuruti kriteria-kriteria berikut;

·         Niat Betul (untuk amal perintah Allah S.W.T.)
·         Perkara Sah (menuruti peraturan yang ditetapkan)
·         Perlaksanaan Betul (menuruti tertib yang ditetapkan)
·         Laksana Penuh Optimum
·         Tidak Meninggalkan Ibadah Wajib
·         Natijah Betul – syukur, bayar hutang, zakat, sedekah

Atas sebab itu, mari kita niatkan mulai sekarang, bagi apa sahaja perkara baik yang bakal kita laksanakan di atas dunia ini, mari kita buat dengan terbaik untuk perkara baik itu tetapi kerana Dia tanda syukur kita pada Dia!

Ingatlah! Sebenarnya tiada istilah ‘Rehat’ di atas mukabumi ini kerana ‘Rehat’ hanya dicapai bila keseluruhan pengembaraan kita di atas dunia ini mendapat Keredhaan Tuhan.

Akhir kata sebagai satu renungan, apa makna kehidupan di dunia ini kepada kita? Teliti kata-kata dalam puisi di muka surat berikut dan moga-moga kita mendapat menafaat darinya dalam menyedari tujuan hidup ini…


Akhirnya semua hanyalah sebuah cerita
Dicipta cukup sempurna
Bagi melengkapi putaran
Menjadi ujian bagi sebahagian

Namun banyak hati tercedera
Banyak jiwa yang terseksa
Kerana buta mata hatinya
Melihat agenda Sang Maha Kuasa

Akhirnya menjadi sekutu syaitan durjana
Merosak hubungan sesama
Sudahlah jatuh ditimpa tangga
Hati sempit jiwa merana

Amatilah hati sedalamnya
Adakah cahaya Tuhan menyuluh petunjukNya
Membuat hati gementar bila menyebut namaNya
Membuahkan akhlak mulia

Apabila waktu memanggil pulang
Segalanya akan menjadi sesalan
Gara-gara kau gagal melihatkan
Itu semua hanyalah sebuah cerita Tuhan




Bab 7: Analisa Profail Diri D.i.S.C.


7.1   Pendahuluan

Selepas kita mengenali diri melalui konsep stick person, dapat kita rumuskan bahawa seorang manusia itu memang hebat dan binaan diri semua manusia itu asasnya sama. Namun, apakah yang membuatkan setiap manusia itu unik atau berbeza antara satu sama lain?

Keunikan setiap manusia itu terletak pada ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehinya dalam hidup lalu membentuk tingkah-laku diri masing-masing. Tingkah-laku inilah yang memberi keunikan atau perbezaaan antara setiap manusia itu. Fikirkan …

Jika dilihat dari segi pembangunan seorang manusia, beliau akan mengalami tiga fasa utama dalam kehidupannya sebelum beliau dewasa. Ketiga-tiga fasa itu ialah seperti rajah di bawah;




Berdasarkan kepada rajah di atas, juga disyorkan bagaimana harus kita melayani setiap manusia pada setiap fasa agar manusia itu mampu menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman yang baik agar membentuk tingkah-laku yang baik dalam diri manusia itu.




Berdasarkan kepada gambarajah stick person di atas, tingkah-laku itu letaknya di dalam Fikiran Separuh Sedar (Genie). Hebatnya manusia pada ketika ini ialah manusia mampu mengetahui apakah tingkah laku yang disimpan di dalam Fikiran Separuh Sedar (Genie) ini.


7.2   Analisa Profail Diri D.I.S.C.

Manusia telah menwujudkan satu kaedah yang diberi nama Analisa Profail Diri (Self Profiling Analysis). Sebenarnya terdapat berbagai jenis Analisa Profail Diri dengan setiap analisa ini mempunyai tujuan khusus dalam melihat tingkah laku manusia.

Bagi program Better.Brighter, telah dipilih satu Analisa Profail Diri bernama D.i.S.C. bermaksud Dominance-Influence-Compliance-Steadiness. Analisa ini telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi bernama Dr William Marston. Doktor ini mempunyai berbagai kelebihan. Antaranya ialah beliau juga merupakan pereka ‘Lie Detector Machine’ dan pereka watak ‘Wonder Woman’.

Analisa Profai Diri D.i.S.C. ini telah dibangunkan berdasarkan kepada kajian keberangkalian ke atas satu kelompok manusia yang besar mengenai tingkah-laku seseorang manusia itu bila berdepan dengan sesuatu situasi atau pengalaman.

Bagi mengetahui tingkah laku seseorang manusia itu, ianya bermula dengan menjawab beberapa soalan. Dalam program Better.Brighter para peserta perlu menjawab sebanyak 24 set soalan. Analisa akan dibuat terhadap jawapan seseorang itu kepada soalan-soalan ini dan satu lapuran D.i.S.C. untuk diri beliau akan dikeluarkan. 




Lapuran ini menerangkan latarbelakang tingkah laku beliau. (Contoh lapuran ialah seperti rajah di atas). Barang diingat, lapuran ini dikeluarkan berdasarkan kepada input yang telah diberi oleh beliau sendiri dan bukan merupakan satu tekaan semata-mata. Darjah ketepatan analisa D.i.S.C. ini adalah sekitar 87% dan dalam darjah ketepatan ini, ianya sudah cukup baik untuk memberi gambaran tingkah-laku seseorang itu. 

Berdasarkan dari lapuran ini, kemudiannya dapat ditentukan apakah tingkahlaku seseorang itu. Berdasarkan Analisa Profail Diri D.I.S.C. ini, manusia itu diklasifikasi kepada empat kumpulan tingkahlaku yang nyata iaitu Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness.

Berdasarkan lapuran di atas juga, seseorang itu dikatakan mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang tinggi jika ‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di atas ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran D.i.S.C.nya. Sebaliknya beliau dikatakan mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang rendah jika ‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di bawah ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran D.i.S.C.nya.


7.3   Ciri-ciri Tingkahlaku berdasarkan D.I.S.C.

Perbezaan antara tingkahlaku D.i.S.C. ini dinyatakan di dalam rajah di bawah;




Ciri-ciri bagi setiap tingkahlaku ini ialah seperti rajah-rajah yang tertera di bawah;







Seterusnya bila kita selidiki empat jenis tingkahlaku ini dengan lebih mendalam, dapat kita lihat satu kesamaan antara jenis-jenis tingkah laku ini seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah ini,




Sebagai contoh, dari rajah di atas, seseorang yang mempunyai tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi di dapati mempunyai tingkah laku yang sama dengan seseorang yang mempunyai tingkah laku ‘Steadiness’ yang rendah.


7.4   Penentuan Tingkahlaku tanpa lapuran D.I.S.C.

Kadangkala, usaha untuk mengetahui tingkah laku seseorang itu tidak dapat dilaksanakan kerana kita tdak mempunyai lapuran ‘D.i.S..C. beliau. Untuk itu, kita juga sebenarnya boleh mengagak tingkah lakunya berdasarkan pemerhatian kita kepada tingkahlakunya. Dibawah disenaraikan pula, tingkahlaku yang boleh kita perhatikan pada setiap jenis tingkah laku;






7.5   Cara Penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C.

Sebenarnya Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini boleh digunakan untuk banyak tujuan bagi memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, Analisa Profail Diri D.i.S.C. boleh menjadi ‘pisau dengan dua mata’ jika salah digunakan.

Adalah merupakan satu kesilapan besar bilamana kita menganggap lapuran D.i.S.C. diri ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah lagi lantas menyebabkan kita mahu berubah. Sebaliknya, Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini perlu dijadikan ‘guide’ untuk menambahbaik kehidupan amnya dan menambahbahbaik prestasi diri dalam melaksanakan tugas dalam TNB. Antara penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C. ialah seperti berikut;

1.      Sebagai ‘guide’ untuk mencapai matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk mencapai matlamat kita perlu punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ dalam menjalani kehidupan.

2.      Sebagai ‘guide untuk memimpin pasukan

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk memimpin pasukan kita perlu punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ semasa memimpin pasukan.

3.      Sebagai ‘guide’ untuk melaksanakan tugas.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya tingkah laku ‘Influence’ yang rendah tetapi untuk melayani pelanggan, kita perlu punya tingkah laku ‘Influence’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Influence’ semasa melayani pelanggan.


7.6   Analisa Profail Kumpulan D.i.S.C.

Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini juga boleh digunakan untuk mengenalpasti profail kumpulan. Caranya ialan seperti berikut;

Langkah 1: Jumlahkan D,I,S dan C yang tinggi sahaja dalam satu kumpulan seperti rajah di bawah;




Langkah 2: Bentuk carta seperti di bawah untuk mengetahui profail kumpulan




Langkah 3: Plot graf profail kumpulan bagi membantu melaksanakan analisa profail kumpulan seperti dibawah;




Hasil daripada graf profail kumpulan ini, dapat kita gunakan untuk melihat samada profail kumpulan sedia ada itu bersesuaian dengan profail tugas kumpulan yang perlu dilaksanakan. Jika berlaku ketidaksesuaian, maka akan timbul kesedaran dalam kumpulan tersebut untuk ‘calibrate’ tingkahlaku dalam kumpulan agar tugas kumpulan itu dapat dilaksanakan dengan baik.




Kesimpulan 'Building Trust and Relationship’

Untuk ‘Building Trust and Relationship’, program Better.Brighter telah mengesyorkan ianya perlu bermula dengan kenal diri. Dan bagi tujuan untuk kenal diri, dua alat utama telah digunakan iaitu Stick Person dan  Analisa Profail Diri D.i.S.C. Melalui kedua-dua alat ini, dapat kita lihat bahawa setiap manusia itu mempunyai binaan yang sama, mempunyai potensi yang besar dan unik dari segi tingkahlakunya.

Berteraskan kepada kefahaman ini, maka mudah untuk kita mulai hormati (respect) setiap manusia itu tidak kira apa juga latarbelakangnya. Ini semestinya langkah pertama untuk membina hubungan yang baik antara satu sama lain dan seterusnya menwujudkan saling mempercayai antara satu sama lain. (Building Trust and Relationship)

Kesimpulan kepada  ‘Building Trust and Relationship’ ialah seperti rajah dibawah;




Berdasarkan rajah di atas, satu amalan yang sangat dianjurkan agar hasrat dalam rajah di atas terbina ialah salam semut. Mari mulai sekarang, semasa kita ber ‘salam semut’ dengan seseorang itu, mari kita hormati fikirannya, perasaannya, pilihannya dan tindakannya walaupun ianya berbeza dengan kita kerana kita sedar latarbelakang kita berbeza.

Dengan izin Tuhan, ini bakal menimbulkan semangat ‘Building Trust and Relationship’!




Satu Renungan - Building Capacity'



Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Capacity’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar iaitu mengenalpasti apakah ilmu, kemahiran atau pengalaman yang mahu kita bina dalam diri sendiri dengan tujuan untuk meningkatkan nilai diri dalam pasaran.

Dengan mengenalpasti berusaha membina segala ilmu, kemahiran atau pengalaman ini, bukankah sudahnya ianya juga menguntungkan TNB?

Seperkara lagi, bayangkan, bilamana setiap anggota kerja TNB itu berusaha ke arah ini, bukankah ini semua akan membantu ‘Building Capacity’? Bukankah juga usaha ini sebenarnya di dalam kawalan kita? Fikirkan …

Bagi tujuan ‘Building Capacity’, penumpuan akan diberikan di dalam mengenalpasti matlamat dan seterusnya mengenalpasti kaedah terbaik untuk mencapai matlamat yang telah dikenlpasti itu.





Bab 8 : Apa itu Matlamat?


8.1   Bagaimana Mengoptima Penggunaan Diri?

Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;

1)  Diri kita mempunyai binaan yang sama (semua manusia mempunyai intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita kehebatan yang sama (keupayaan intelektual, emosional, spiritual dan fizikal). – digambarkan dalam Konsep Stick Person.

2)   Namun kita semua juga adalah unik kerana kita punya tingkah laku yang berbeza. Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan faktor genetik dan pendedahan kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. – Dinyatakan dalam Profail Diri D.I.S.C.

Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang hebat ini.

Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini (intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat itu. Fikirkan …


8.2   Matlamat membantu mengoptima Penggunaan Diri




Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diri dalam keadaan terurus kerana kesemua sumber diri difokuskan kepada satu perkara yang sama (matlamat).

Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan bekerjasama bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran sumber’!

Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!

  
8.3   Roda Kehidupan

Di dalam program Better.Brighter dinyatakan bahawa seseorang manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;

Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili  - Soal hubungan dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.


Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini, program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’ untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut.  Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula dengan menetapkan matlamat.




Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari di dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setiap jari itu pula di beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.  Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan diri di dalam setiap cabang hidup itu. (Silaq rujuk rajah di atas).

Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu, sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan diri itu bersegi-segi, sudah semestinya diri tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.

Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan semuanya bermula dengan diri jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk setiap cabang kehidupan ini.

Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di dalam tugas bersama TNB.


8.4   Matlamat bersama TNB

Agar benar-benar mengoptima diri dalam tugas, semestinya kita perlu mempunyai matlamat dalam tugas bersama TNB ini. Program Better.Brighter menekankan agar kita mempunyai matlamat dalam tugas baik secara individu mahupun secara berpasukan. 




Rajah di atas menunjukkan bahawa matlamat secara individu di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ ini, kita juga sebenarnya telah membantu mencapai Building Capacity.

Rajah di atas juga menunjukkan bahawa matlamat secara berpasukan di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Center of Excellence’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Center of Excellence’ ini, kita juga sebenarnya telah membantu mencapai Building Performance dan Building Growth.

Selepas menetapkan matlamat secara peribadi mahupun secara berpasukan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’ dan ‘Center of Excellence’ ini, kita juga sebenarnya telah jelas soal ‘Why’ apa yang kita mahukan di dalam tugas kita. Bagi menjelaskan pula soal ‘How’ untuk mencapai matlamat-matlamat ini, kaedah perlaksanaan ‘PDCA’ digunapakai.

Tegasnya, bila soal ‘Why’ dan ‘How’ matlamat kita di dalam tugas sudah jelas, ini bakal memudahkan kita melaksana perubahan dan seterusnya mencapai apa yang terkandung di dalam Transformasi 1TNB iaitu, Saya Untung, TNB Untung!, TNB Untung Saya Untung’!

Rajah keseluruhan ‘Why’ dan ‘How’ matlamat diri dan berpasukan ini ialah seperti rajah di bawah;




Berikut kita akan melihat satu persatu dengan terperinci apa itu;

Perancangan  Matlamat Diri – Packaging Expertise
Perancangan Matlamat Pasukan – Center of Excellence
Perancangan Perlaksanaan Matlamat – PDCA



Bab 9: Building Capacity - Packaging Expertise


9.1   Pendahuluan

Apakah yang kita perolehi dari kerja kita bersama TNB? Jika kita katakan kita semata-mata mahu untuk mendapat gaji, itu sebenarnya tidak perlu dipertikaikan kerana jika kita tidak diberi gaji, sudah pasti kita tidak datang bertugas di TNB ini.

Jadi selain dari gaji, apa kah yang kita boleh perolehi melalui tugas kita?

Jika difikirkan dalam-dalam, sebenarnya kita boleh membina ilmu, skill dan pengalaman melalui tugas kita. Terlalu banyak peluang yang dihidangkan oleh tugas kita bagi meningkatkan nilai diri kita ini (ilmu, skill dan pengalaman).

Hidup kita sementara dan singkat, rugi sangat jika kita tidak bina ini semua dalam hidup kita. Kita perlu bersemuka dengan kenyataan bahawa sebenarnya kita punya tiga pilihan seperti rajah berikut;




Pilihan pertama ialah mengenalpasti apa ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang bersama TNB.

Pilihan kedua ialah jika tidak nampak apa ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang, kita boleh membina ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang kerja lain dalam TNB ini. Lambat laun bila pengurusan nampak  ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang itu, maka mereka akan menawarkan kerja itu kepada kita.

Pilihan ketiga, jika kita tidak nampak ada sebarang ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh kita bina untuk diri sendiri dalam TNB ini, disyorkan binalah ilmu, skill dan pengalaman dalam satu bidang di luar TNB. Bila sampai masanya ada merasakan anda sudah punya ilmu, skill dan pengalaman tersebut, tinggalkanlah TNB ini!

Jangan buang masa anda!


9.2   Rangkakerja ‘Packaging Expertise’

Selepas menentukan apa yang anda mahu capai, maka mulakan usaha anda untuk mencapai matlamat tersebut. Yakinlah, bila anda mulakan usaha ini, anda bakal memperolehi apa yang dinyatakan di dalam ‘Rangkakerja ‘Packaging Expertise’ di bawah;




Dari rajah di atas, selepas mengenalpasti apa yang mahu dicapai, mulakan usaha untuk mengumpul segala ilmu, kemahiran dan rangkaian kenalan dalam apa yang mahu dicapai itu. Rangkaian kenalan ini sebenarnya akan memudahkan dan mempercepatkan kita memperolehi ilmu, kemahiran dan pengalaman.

Setelah anda mengumpul ilmu, kemahiran dan pengalaman ini, maka langkah seterusnya ialah kita perlu bentuk ilmu, kemahiran dan pengalaman ini kepada salah satu bentuk berikut;

1.      Pengiktirafan (Sijil)
2.      Produk
3.      Perkhidmatan
4.      Perunding
5.      Seminar

Pembentukan ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada 5 jenis bentuk inilah yang dinamakan sebagai ‘Packaging Expertise’. Maksud mudahnya ialah bagaimana kita ‘bungkus’ segala ilmu, kemahiran dan pengalaman kita ke dalam salah satu 5 bentuk yang memudahkan orang lain nampak nilai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada di tangan kita. Lagi tinggi nilai  ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dibentuk ini, lagi tinggi nilai diri kita di dalam pasaran!.

‘Packaging Expertise’ ini sudahnya memudahkan kita untuk mendapat pangkat yang lebih tinggi atau wang yang lebih banyak. Pangkat dan wang ini digunakan untuk menyelesaikan hutang dan tanggunjawab di dalam hidup ini. Sekiranya ada lebih, apa kata kita gunakan untuk ‘memberi’ agar kita akan ‘menerima’ lebih banyak lagi kebaikan di dalam hidup ini. (Hukum Memberi dan Menerima).

Sekiranya ini yang dilakukan di dalam kerja iaitu dengan memasang niat dari mula lagi untuk memberi yang terbaik bagi mencapai tujuan ini tetapi kerana Tuhan tanda syukur anda kepada Tuhan di atas nikmat yang diberiNya, bukankah ini membawa kita sentiasa di dalam keredhaanNya?


9.3   Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat S.W.O.T.

(Nota: Kaedah penetapan matlamat ini akan menumpukan penetapan matlamat di dalam cabang hidup kerjaya. Namun dengan kaedah yang sama juga, kaedah ini boleh digunakan untuk menentukan matlamat dalam cabang hidup yang lain.)





Berdasarkan rajah di atas, berikut diterangkan langkah demi langkah kaedah penetapan matlamat di tempat kerja yang dilaksanakan oleh ‘Azam’;

1. Azam menyenaraikan segala kekuatan dan kelebihan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Strength’.


2. Azam menyenaraikan segala kelemahan dan kekurangan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Weaknesess’

Bagi Azam menyenaraikan perkara 1 dan 2 di atas, Azam perlu mengambilkira 2 perkara berikut. Pertama, berdasarkan pengalaman masa lalu, Azam perlu beri masa antara 2 hingga 4 minggu bagi menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau. Ini adalah agar tidak ada ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang terlepas pandang. Kedua, Azam perlu meminta tolong sahabat beliau dalam menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau kerana sahabat beliau lebih nampak  ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang ada pada beliau.

Selepas Azam berjaya menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau ini, buat pertama kali di dalam hidupnya, Azam jelas dengan baik buruk beliau di dalam tugas. Ini sudah tentu menimbulkan keinginan dan gambaran jelas perkara apa yang perlu ditambahbaik di dalam tugas beliau.

3. Senaraikan segala ‘Threat’ yang dialami oleh Azam didalam kuadran ‘Threat’.

Berdasarkan kepada senarai ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ ini, (dua perkara ini berada di dalam diri Azam), maka datang ‘Threat’ atau ancaman dari luar diri Azam disebabkan kewujudan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ di dalam diri Azam. Perlu diingatkan disini, setiap ‘Threat’ yang disenaraikan oleh Azam di dalam kuadran ‘Threat’ mestilah mampu ditunjukkan kaitannya dengan salah satu atau gabungan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang disenaraikan terdahulu.

Selepas mengisi ke tiga-tiga kuadran terdahulu (kuadran Strength, Weaknesess dan Threat), pada ketika ini, Azam sudah mendapat gambaran latarbelakang beliau di dalam kerjanya sendiri. Berpandukan latarbelakang ini, Azam perlu …

4. Menyenaraikan segala matlamat yang mahu dicapai di kuadran ‘Opportunities’ berpandukan senarai yang terkandung di dalam kuadran Strength, Weaknesess dan Threat.

Sebagai contoh, disebabkan Azam tidak mahir menggunakan perisian ‘powerpoint’ (maklumat dari kuadran ‘weaknesess’, maka Azam memasang matlamat untuk memahirkan diri di dalam menggunakan perisian ‘powerpoint (disenaraikan di dalam kuadran ‘opportunities’

Namun matlamat seumpama ini (memahirkan diri di dalam powerpoint) tidak jelas. Tidak jelas disini bermakna matlamat ini tidak mempunyai tanda pencapaian dan tarikh pencapaian yang nyata. Maka matlamat yang jelas mempunyai dua kriteria iaitu;

a. Tanda pencapaian. Ianya bermaksud matlamat itu perlu dinyatakan di dalam salah satu 5 bentuk yang dinyatakan iaitu pengiktirafan (sijil), produk, servis, perundingan atau modul seminar. Tanda pencapaian ini tidak boleh dibuat dalam pencapaian pangkat atau anugerah kerana walaubagaimana bagus kita sekali pun, belum tentu TNB mahu berikan kepada kita. (Perhatian: Tanda pencapaian di dalam salah satu 5 bentuk ini adalah didalam kawalan kita).

b. Tarikh pencapaian. Tanpa menyatakan tarikh pencapaian yang nyata, maka fikiran kita akan mudah terjebak ke dalam tarikan zon selesa. Tarikh yang nyata menyediakan satu tekanan positif bagi kita serius untuk mencapai matlamat tersebut.

Sudahnya satu contoh matlamat yang jelas (seperti di dalam rajah SWOT di atas) ialah ‘Menyiapkan modul asas dan cara guna 5S (Tanda Pencapaian: Modul siap) pada 29 hb Jun 2016 (Tarikh pencapaian).

Bagi menguji samada matlamat ini benar-benar dimahukan Azam, maka Azam harus mengajukan soalan-soalan berikut terhadap matlamat yang telah dikenalpasti;

i. Adakah matlamat ini bakal mengurangkan atau menghapuskan antara ancaman yang tersenarai dalam kuadran ‘threat’? (Ujian untuk logik-menteri)

ii. Adakah matlamat ini tidak melanggar perintah Tuhan dan mengambil hak orang lain? (Ujian untuk spiritual- raja)

iii.  Adakah matlamat ini membuatkan anda benar-benar bahagia atau gembira jika mencapainya? (Ujian untuk emosi-genie)

iv. Adakah anda mempunyai kesihatan dan wang ringgit untuk mencapai matlamat ini? (Ujian untuk fizikal-rakyat)

Sekiranya Azam mengiyakan kepada keempat-empat soalan ini, maka ini menandakan matlamat ini baik untuk Azam dan dengan izin Tuhan, Azam akan mampu menghadapi sebarang cabaran di dalam usaha untuk mencapainya kerana memang jelas Azam mahukan matlamat ini!



Bilamana logik, emosi, spiritual dan fizikal Azam seiya sekata atau berpadu mahukan matlamat ini, keadaan ini dikatakan sebagai Azam sedang meraikan kehidupannya!  




Kesimpulan 'Building Capacity'




Berdasarkan rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa bilamana kita semua di dalam TNB ini melaksanakan Packaging Expertise untuk diri kita sendiri, maka dengan sendirinya makna ‘Building Capacity’ ini akan tercapai.

Apapun, penting sangat sebaik sahaja pulang daripada program Better.Brighter ini, kita semua mesti laksanakan apa yang disarankan di dalam rajah di atas agar kita tidak ‘sejuk’. Rugi besar jika ini tidak di ambil tindakan bagi meningkatkan nilai diri dalam pasaran.

Apapun, satu perkara perlu sangat diambil perhatian. Apakah SEBAB kita sendiri (hal logik - Menteri) yang MENYEBABKAN kita mahu laksana Packaging Expertise? Perlu difahami, lain orang lain SEBAB nya. Ianya tidak mungkin sama!

Juga, SEBAB ini mesti cukup kuat hingga mampu menyentuh emosi (Genie) dan spiritual (Raja) diri kita sendiri. Jika SEBAB ini tidak cukup kuat, memang kita tidak punya kekuatan yang diperlukan untuk capai Packaging Expertise kita akibat tarikan zon selesa! Fikirkan ...

Sebenarnya kepentingan melaksanakan ‘packaging expertise’ untuk diri sendiri pernah disuarakan oleh Steve Jobs seperti kata-katanya dibawah ini.




Sedarilah! Dalam kerjaya, kita punya dua pilihan. Pertama melihat kerja semata-mata hanya mahu mengejar pangkat. Kedua melihat kerja sebagai peluang untuk meningkat ilmu, kemahiran dan pengalaman. 




Dari rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa dengan peredaran masa, peluang naik pangkat itu sebenarnya kian kecil. Sekiranya kita menumpu semata-mata kepada mengejar pangkat, sudah pasti kita senang terkena penyakit ‘Scarcity Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kekurangan diri)

Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada soal mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman, jelas dari rajah di atas bahawa peluang ini sebenarnya bertambah besar dengan peredaran masa. Ini sudahnya memudahkan untuk mengamalkan ‘Abundant Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kelebihan diri)

Sedarilah! Usaha untuk melaksana ‘packaging expertise’ ini umpama satu larian marathon iaitu usaha ini perlu dibuat secara berterusan dengan ‘steady’ iaitu bukan laju atau perlahan. Usaha ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa seperti larian 100 meter kerana ianya bakal memudahkan kita tersungkur (cepat patah semangat) dalam melaksanakannya. Rujuk rajah di bawah.




Akhir sekali, renungi kata-kata di bawah ini. Jika kita harus gantungkan kata-kata ini di dinding, lakukan! Kerana kata-kata ini sangat penting untuk mengingatkan kita agar berusaha membina ‘Packaging Expertise’ dalam diri!






Satu Renungan - Building Performance dan Building Growth



Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’, kita perlu memastikan aktiviti-aktiviti bagi pembinaan dua ‘thrust’ ini mestilah di dalam kawalan anggota kerja TNB itu sendiri dan perlu melibatkan semua anggota kerja itu.

Untuk itu, disyorkan agar anggota kerja TNB sama-sama merancang dan berusaha untuk menjadikan unit bisnes masing-masing sebagai pusat kecemerlangan atau ‘Center of Excellence’ (COE). Bukankah nanti bila unit bisnes mereka menjadi COE, dengan sendirinya  ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ tercapai? Inilah caranya yang berada di dalam kawalan anggota kerja  bagi membantu TNB mencapai ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’

Aktiviti-aktiviti COE ini sebenarnya makin mudah dilaksanakan jika setiap anggota kerja telah mula mengusahakan ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’ dalam kehidupan mereka. 



Bab 10: Building Performance & Building Growth - Center of Excellence


10.1   Pendahuluan

Kita katakan sebelum ini bahawa untuk menetapkan matlamat peribadi diri dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Packaging Expertise, maka penetapan matlamat secara berpasukan dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Center of Excellence (COE). Sebenarnya juga COE ini juga adalah pendekatan untuk 'Building Performance' dan 'Building Growth'.


10.2   Apa itu Center of Excellence (COE)?

Secara asasnya, COE bermaksud saya dan pasukan saya (pasukan bersamaan dengan unit atau unit bisnes) berusaha untuk menjadikan pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan (COE). Tanda bahawa pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan ialah bilamana SIKAP dan HASIL pasukan kami melebihi dari piawaian yang ditetapkan. Ini sudahnya menjadikan pasukan kami menjadi sumber rujukan kepada orang lain bagi mencapai tahap Pusat Kecemerlangan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bilamana pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan, secara langsung mahupun tidak langsung membuatkan pasukan kami mampu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ di dalam tugas kami.

‘Building Performance’ dalam tugas kami bermaksud kami mampu untuk mengekalkan prestasi kerja berdasarkan piawaian usaha perniagaan yang ditetapkan. Manakala ‘Building Growth’ bermaksud kami mampu mengadakan pertumbuhan di dalam sektor usaha bisnes pasukan kami.


10.3   Bagaimana untuk mencapai tahap COE ini?

Jika diperhalusi amalan COE ini, ianya merupakan apa yang kita lakukan dalam tugas kita sekarang. Inilah sebenarnya kerja harian kita. Namun, dalam banyak perkara kita lihat anggota kerja TNB tidak mampu untuk menwujudkan sikap ‘passionate’ dalam tugas mereka. Tahap terbaik yang mampu dicapai kebanyakan anggota kerja hanyalah tahap ‘compliance’ dalam tugas mereka.

Itulah, bagi menwujudkan tahap ‘passionate’ dalam kerja dan menwujudkan hasil kerja yang bertahap ‘world’ ini, dinyatakan berikut resepi kejayaan COE yang perlu dituruti oleh sesuatu pasukan dalam TNB ini. Resepi kejayaan COE ini ialah seperti dipaparkan dalam rajah di bawah;




Berdasarkan kepada rajah di atas, dapat dilihat bahawa resepi kejayaan COE ini ialah dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh terhadap seseorang anggota kerja itu. Wujud satu kaedah khusus bagi mempengaruhi seseorang anggota kerja itu pada tahap intelektual, emosional dan spiritualnya lalu mengakibatkan beliau bertindak sungguh-sungguh dalam tugasnya yang sudahnya bakal membawa tercapai hasil kerja yang diingini.

Berikut, mari kita fahami setiap kaedah-kaedah khusus bagi mempangaruhi anggota kerja itu di tahap intelektual, emosional dan spiritualnya.


10.4   Perlaksanaan COE pada peringkat Spiritual

Bila bercakap mengenai spiritual, kita bercakap tentang soal apakah pilihan atau niat hati. Pada peringkat ini, disyorkan agar para pemimpin sesuatu pasukan menggalakkan anggota kerjanya memasang niat untuk memberi dan gotong royong dalam melaksanakan tugas mereka.

Kenapa memberi dan gotong royong?

Selalu kita lihat anggota kerja dalam tugasnya hanya sentiasa melaksanakan tugasnya berdasarkan apa yang disuruh oleh ketuanya sahaja. Jarang sekali mereka punya keinginan untuk melakukan kerja melebihi apa yang disuruh. Sudahnya, mentaliti sebegini akan membuatkan anggota kerja itu menjadi bosan dengan kerjanya lalu menghasilkan hasil kerja yang ala kadar sahaja.

Bagi menangani isu ini, bilamana seseorang anggota kerja itu mula  mempunyai niat untuk memberi dalam tugasnya, dengan serta merta dunia pekerjaannya menjadi lebih luas dan rasa bertanggungjawab mula timbul dalam dirinya.

Dengan niat memberi, mereka juga mulai sedar bahawa mereka mahu memberi yang terbaik untuk TNB tetapi kerana Tuhannya tanda syukur atas nikmat yang Tuhan telah berikan kepadanya. Ini sudah tentu membuatkan mereka tidak berkira di dalam tugasnya kerana mereka sedar bilamana mereka memberi, mereka pasti akan menerima kembali dari Tuhannya.

Hanyanya mereka menyerahkan kepada Tuhannya untuk apa yang bakal diterimanya. Mereka sedar apa yang bakal diterima itu mungkin datang melalui TNB atau di luar TNB. Mereka memahami hakikat ini kerana mereka sedar segalanya milik Tuhan dan terpulang kepada Tuhan untuk memberi mereka dalam bentuk yang ditetapkan Tuhannya.
  
Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi, maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong. Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.

Bagi memudahkan anggota kerja mengingati niat memberi dan gotong royong ini, maka disyorkan menampal wajah pelakun tersohor filem Tamil bernama MGR. Bukankah MGR itu singkatan dari perkataan Memberi dan Gotong Royong?




Jika kita mengkaji riwayat hidup MGR ini, kita dapati beliau bukan sahaja merupakan seorang pelakun yang hebat, malah kisah hidupnya diluar filem ialah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri negeri Tamil Nadu iaitu sebuah  negeri di selatan India.

Sesuatu yang menarik tentang MGR ini ialah baik dalam filem mahupun di luar filem,  beliau sangat mengutamakan memberi dan bila memberi, beliau sering kali mengajak orang lain untuk sama-sama bergotong royong untuk menberi.

Jadi bukan semata-mata satu kebetulan kita menggunakan wajah MGR untuk mengingati konsep memberi dan gotong royong ini. Malah kita boleh menjadikan beliau sebagai idola bilamana bercakap tentang konsep memberi dan gotong royong ini. Walaubagaimana nama MGR sebenarnya ialah  Marudur Gopalamenon Ramachandran.


10.5   Perlaksanaan COE pada peringkat Emosional

Bila bercakap mengenai emosional, kita bercakap tentang soal apakah para pemimpin perlu lakukan untuk menyentuh emosi yang dipimpin agar timbul keinginan untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini. Barang diingat, dalam banyak perkara, yang dipimpin akan hanya kisah untuk melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini bilamana mereka mula melihat pemimpin mereka mula kisah dengan diri mereka.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin?

Dalam program ini, ditekankan agar pemimpin melaksanakan apa yang dinamakan sebagai empat AM iaitu, SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM.

SALAM bermaksud pemimpin akan sentiasa mengutamakan memberi ucapan selamat atau salam kepada yang dipimpin. Contoh aktiviti SALAM ialah salam semut, memberi salam atau mengucapkan ‘Selamat Pagi’.

TAAM bermaksud pemimpin sentiasa memberi makan atau belanja makan mereka yang dipimpinnya. Sebut pasal makan, manusia itu tidak kira apa juga bangsanya, akan cepat ‘lembut’ bila dibelanja makan. Perhatikan keadaan sekeliling anda. Pasti anda sedar akan hakikat ini.

IKRAM bermaksud pemimpin memberi layanan kepada yang dipimpin. Contoh layanan ialah sungguh-sungguh mendengar kata-kata yang dipimpin,  melawat pimpinannya yang sakit, mengutamakan yang dipimpin bilamana ada majlis keraian dan sebagainya.

KALAM bermaksud pemimpin berkomunikasi dengan penuh hikmah dan hemah dengan yang dipimpinnya. KALAM disini juga bermaksud pemimpin selalau berdoa untuk kesejahteraan yang dipimpinnya.

Empat perkara ini perlu dilakukan oleh pemimpin bukan dengan nada  terpaksa tetapi lakukanlah bersahaja dengan hati yang rela dan ikhlas.  Apapun memang jelas, senang kita bercakap untuk melaksanakan perkara-perkara ini tetapi ianya sangat memerlukan kita mengenepikan ego diri.

Apapun, bayangkan bagaimana emosional yang dipimpin bila selalu menerima SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM daripada pemimpinnya. Sudah pasti yang dipimpin merasakan pemimpinnya prihatin dengan diri beliau. Bila ini berlaku, sudah pasti yang dipimpin sudi menuruti kata-kata pemimpinnya dengan sungguh-sungguh seperti menuruti pemimpinnya dalam melaksana perancangan Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence).


10.6   Perlaksanaan COE pada peringkat Intelektual

Selepas Spiritual dan Emosional seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’, barulah diri seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’ pula untuk menuruti apa sahaja perancangan menjadi COE yang dikemukakan oleh pemimpinnya.

Secara amnya, perancangan yang terkandung dalam COE itu ialah seperti rajah di bawah;




Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa perancangan COE ini terdiri darpada tiga borang utama iaitu;

Borang Pembahagian Anggota Kerja
Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)

Berikut diterangkan secara terperinci perancangan COE berdasarkan borang-borang di atas;


10.6.1   Borang Pembahagian Anggota Kerja



Borang ini digunakan untuk membahagi anggota kerja sesuatu unit bisnes itu dalam melaksanakan perancangan COE ini nanti. Pembahagian anggota kerja ini boleh dibuat berdasarkan kepada unit-unit yang ada dalam sesuatu unit bisnes itu atau berdasarkan kepada inisiatif-inisiatif utama yang mahu dilakukan di bawah inisiatif COE ini.

Bagi menwujudkan satu suasana ‘fun’ dalam perlaksanaan ini nanti, setiap unit ini digelar sebagai satu ‘kementerian’ dan setiap ‘kementerian’ diterajui oleh ketua unit atau inisiatif tersebut yang digelar sebagai ‘menteri’. 

Setiap ‘kementerian’ pula disarankan untuk merancang dan melaksanakan dua borang COE iaitu Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur dan Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.). Dalam membuat perancangan dan perlaksanaan ini, semua anggota kerja diminta bermindsetkan bisnes dimana setiap ketika dalam perancangan dan perlaksanaan ini mereka harus menitik beratkan memberi impak maksima kepada pelanggan dan pada masa yang sama menekankan penggunaan sumber pada tahap paling optima. Lagi besar jurang antara kepuasan pelanggan dan penggunaan sumber, maka lagi tinggi keuntungan yang diperolehi. Sila rujuk rajah di bawah;





10.6.2   Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur




Berdasarkan kepada borang di atas, langkah pertama ialah menentukan produk/servis unit atau inisiatif utama anda. Kemudian tentukan pelanggan yang menerima produk/servis itu. Kedua-dua penentuan ini merupakan titik mula kepada mindset bisnes kerana apa makna menjadi seorang yang terlibat di dalam bisnes jika kita tidak tahu apa produk/servis dan pelanggan kepada produk/servis kita!

Langkah berikutnya ialah menentukan cadangan nilai yang mahu diberikan kepada pelanggan menerusi produk/servis unit bisnes masing-masing. Tetapi sebelum diterangkan mengenai kaedah penentuan cadangan nilai ini, apakah yang difaham tentang Cadangan Nilai ini?

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bilamana kita melihat di satu tempat itu terdapat 5 gerai menjual goreng pisang, kelihatan hanya satu sahaja gerai tersebut yang menjadi tumpuan pelanggan berbanding gerai goreng pisang yang lain? Walhal kesemua gerai-gerai ini menjual produk/servis yang sama?

Gerai goreng pisang yang menjadi tumpuan pelanggan itu mungkin kerana goreng pisangnya lebih sedap, layanannya lebih mesra atau harganya lebih murah. Faktor-faktor inilah yang dinamakan nilai yang dicadangkan melalui produk/servisnya yang menyebabkan pelanggan tertarik untuk ke gerai goreng pisang ini berbanding gerai-gerai goreng pisang yang lain.

Seorang ahli perniagaan yang bijak sudah pasti cuba mengenalpasti apakah nilai yang wujud dalam produk/servis yang dimahukan oleh pelanggannya. Seterusnya beliau berusaha untuk mengukur pencapaian nilai ini dan berusaha untuk membina nilai ini dalam produk/servisnya.

Bagi mencapai hajat ini, kita boleh menggunakan alat pembinaan cadangan nilai seperti dibawah;




Langkah pertama dalam menggunakan alat ini ialah dengan menentukan ketakutan (fear) yang ada dalam diri pelanggan bila mereka berdepan dengan produk/servis yang ditawarkan oleh kita itu. Sila rujuk rajah di bawah;




Kesemua kenyataan di dalam ruangan ketakutan (fear) ini berunsur negatif. Seterusnya tukar kenyataan negatif ini kepada kenyataan positif dan letakkannya dalam ruangan keperluan (needs). Sila buat penambahan apa keperluan lain yang dinyatakan oleh pelanggan mengenai produk/servis kita itu. Sila rujuk rajah di bawah;




Soalnya mengapa untuk mengetahui keperluan kita harus mulakan dengan mengenalpasti ketakutan? Tidak bolehkah kita terus bertanya kepada pelanggan tentang soal keperluan mereka?

Secara psikologinya, susah untuk kita menentukan keperluan kita tentang sesuatu perkara itu tetapi lebih mudah untuk kita menentukan ketakutan kita tentang sesuatu itu. Sudahnya untuk mengetahui keperluan, lebih mudah sebenarnya kita kenalpasti dahulu ketakutan kita tentang sesuatu perkara itu dan kemudainnya positifkan ketakutan tersebut lalu menghasilkan keperluan kita tentang sesuatu perkara itu.

Selepas menentukan keperluan, langkah berikutnya ialah untuk menentukan apakah kehendak (wants) pelanggan menerusi produk/servis kita itu. 




Apakah perbezaan antara Keperluan (Needs) dan Kehendak (Wants)? Keperluan ialah perkara-perkara yang pelanggan pasti mahukan menerusi produk/servis kita. Kegagalan menyediakan perkara-perkara menyebabkan pelanggan itu tidak menggunakan produk/servis kita. Sebaliknya Kehendak (Wants) ialah perkara-perkara yang tidak semestinya dimahukan oleh pelanggan . Kegagalan meyediakan perkara-perkara ini tidak menyebabkan pelanggan itu tidak menggunakan produk/servis kita.

Seterusnya, tentukan pula substitutes. Subtitutes merupakan semua perkara-perkara yang kita fikir diperlukan atau dikehendaki oleh pelanggan kita tetapi tidak dinyatakan oleh pelanggan. Sila rujuk rajah di bawah;



Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan Substitutes merupakan ‘bahan mentah’ untuk menentukan Cadangan Nilai. Dengan menggunakan kaedah ‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) terhadap Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan Subtitutes ini, kita mampu untuk menentukan Cadangan Nilai produk/servis kita. Sila rujuk rajah di bawah;



Contoh ‘Pembinaan Perhubungan’ : Merujuk kepada rajah di atas, kelihatan segala elemen di dalam Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan Substitutes memerlukan ianya dibuat secara cepat dan tepat. Maka diputuskan satu Cadangan Nilai yang boleh disyorkan ialah ‘Khidmat HR yang Cepat dan Tepat’.

Selepas penentuan Cadangan Nilai, langkah berikutnya ialah mengenalpasti kayu ukur bagi mengukur samada Cadangan Nilai itu telah tercapai atau sebaliknya. Bagi tujuan ini, kita perlu merujuk terlebih dahulu kepada KPI-KPI yang sedia ada dalam tugas kita. Tentukan KPI-KPI yang boleh digunakan untuk mengukur pencapaian Cadangan Nilai tersebut. Sekiranya tidak ada KPI-KPI sedia ada dapat digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai tersebut, semestinya kita perlu mengenalpasti KPI-KPI baru bagi mengukur Cadangan Nilai tersebut.

Nota: Sewajarnyalah KPI-KPI yang dipertanggungjawab kepada diri kita itu mesti digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai. Sekiranya KPI-KPI yang kita dipertanggungjawab kepada diri kita itu tidak dapat digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai, semestinyalah kita tidak patut memilih KPI tersebut kerana tidak membantu mengukur Cadangan Nilai tersebut.

Selepas selesai melaksanakan keperluan dalam Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur ini, langkah berikutnya ialah untuk menentukan apakah perkara yang perlu dilaksanakan di dalam pasukan bagi membina dan menyampaikan Cadangan Nilai kepada pelanggan. Perancangan perlaksanaan perkara ini ialah dengan menggunakan  Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)


10.6.3   Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)

Untuk mengenalpasti perkara atau projek yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan Cadangan Nilai, borang S.W.O.T. digunakan. Sila rujuk rajah di bawah




Langkah pertama untuk menentukan perkara atau projek ini ialah dengan menentukan apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan kita dalam usaha untuk membina cadangan nilai. Bagi membantu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan tersebut, gunakan kriteria seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah;




Selepas mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, tentukan pula apakah ancaman yang dihadapi oleh pasukan disebabkan oleh kekuatan dan kelemahan itu tadi. Perlu dingatkan bahawa kekuatan dan kelemahan itu merupakan SEBAB manakala ancaman itu pula adalah AKIBAT yang diterima. Perlu diingatkan bahawa ancaman ini datang dari pelanggan disebabkan ketidakupayaan kita menyampaikan cadangan nilai itu kepada mereka. Sila rujuk rajah di bawah;




Perlu diingatkan bahawa segala kekuatan, kelemahan dan ancaman ini merupakan ‘bahan mentah’ dalam usaha untuk menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan bagi mencapai cadangan nilai.

Berikutnya, berdasarkan ‘bahan mentah; ini, gunakanlah kaedah ‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) bagi menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, projek ‘semua anggota kerja sumber manusia mendapat Sijil Program Better.Brighter pada 30hb Jun 2016’ berasal dari ‘Budaya Bangau’ (Kelemahan) Sila rujuk rajah di bawah;




Perlu diingatkan disini, semua perkara atau projek ini perlu berada di dalam bidang kuasa kumpulan. Walaubagiamanapun, bagi perkara atau projek yang di luar bidang kuasa pasukan yang mesti diaksanakan kerana tanpanya pasti menggugat tugas pasukan, cukup dengan melaksanakan pengumpulan data yang menunjukkan kegagalan perkara tersebut semasa didalam tugas yang menyebabkan kerja terganggu. Data ini digunakan sebagai bukti kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi agar mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Sekiranya, pihak pengurusan atasan tidak mengambil tindakan terhadap apa yang dibuktikan oleh data tersebut, disyorka agar pasukan terus mengumpul data tersebut kerana data tersebut boleh dijadikan sebagai bukti bilamana berlaku kejanggalan dalam tugas tersebut.

Bagi membantu pasukan menentukan perkara atau projek yang benar-benar mampu membina cadangan nilai tersebut, gunakanlah maklumat seperti di dalam rajah di bawah sebagai pedoman dalam menentukan perkara atau projek tesebut;




Akhir sekali, bagi memastikan setiap perkara atau projek itu meneruti amalan ISO, disyorkan mengkategori setiap perkara dan projek berdasarkan panduan seperti yang dinyatakan dalam rajah dibawah;






Kesimpulan Center of Excellence

Bagi ‘’Building Performance’ dan ‘Building Growth’, program BB mengesyorkan agar sesuatu unit bisnes itu berusaha menjadikan unit bisnes tersebut menjadi ‘Center of Excellence’ (COE).

Secara keseluruhannya, perlaksanaan COE (yang melibatkan spiritual, emosional, intelektual dan fizikal) boleh dirumuskan seperti tertera dalam rakah di bawah;






Satu persoalan, selepas mengenali kaedah COE ini, apakah perbezaan antara pendekatan COE dan kaedah sedia ada yang diamalkan dalam tugas sekarang?

Sekiranya terdapat lebih banyak perkara positif tentang kaedah COE ini berbanding kaedah sedia ada, maka mungkin ini sebab yang diperlukan untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas. Soalan berikut yang perlu kita pertimbangkan ialah bagaimana untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas.

Dari pengalaman, antara kaedah pengamalan COE yang boleh dipertimbangkan dalam tugas ialah seperti berikut; 

Tool Box Talk
Morning Talk
Sessi Teh Tarik
Sessi Friday Sharing
Retreat COE
Jadikan COE kaedah tentukan KPI
Raikan Kejayaan Capai COE
Ceritakan selalu ‘Why’ dan ‘How’ COE
Utamakan ‘Memberi’
Saling Sokong Menyokong!
Ingatkan Kumpulan – Apa yang orang pandang pada kita?
Projek COE - Kadar Segera - Semangat Tinggi
Projek COE – Berterusan - Keyakinan Diri
Projek COE - Mesyuarat Bulanan Unit - Perlaksanaan Sistematik
Kemajuan Projek COE – Dihebahkan - Sokongan Berterusan

Nota: Perhatikan. Lagi kuat ‘WHY’ anda mahukan Projek anda, Lagi mudah ‘How’ laksana Projek anda!






Bab 10: Perlaksanaan Packaging Expertise & COE.


11.1   Pendahuluan

Sehingga ketika ini, kita telah berjaya menetapkan matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) yang perlu dicapai dalam tugas. Berikutnya kita perlu merancang perlaksanaan kedua-dua perkara ini.

Untuk itu, kita akan menggunakan satu alat bernama P.D.C.A. yang bermaksud Plan Do Check Action. Gambaran P.D.C.A. ini ialah seperti rajah di bawah;




Dari rajah di atas, telah dinyatakan dengan jelas tentang apa aktiviti yang perlu dilakukan di dalam setiap kuadran P.D.C.A. ini. Dapat disaksikan dari rajah di atas juga bahawa bagi melaksanakan aktiviti dalam PLAN dan CHECK, kita akan menggunakan satu alat yang sama iaitu borang 5W + 1H (What, Why, Where, When, Who dan How). Manakala dalam kuadran DO dan ACTION, kita akan menggunakan satu jadual masa yang sama juga. Mari kita susuli setiap kuadran P.D.C.A. ini.



11.2   PLAN




Dalam kuadran ini, kita akan menghuraikan matlamat atau projek kita dengan lebih terperinci dengan menyatakan  What, Why, Where, When, Who tentang matlamat atau projek itu. Di dalam kuadran ini juga kita menghuraikan dengan terpeirinci aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan (How) bagi merealisasi matlamat atau projek tersebut.

Perlu diingatkan disini bahawa untuk setiap matllamat atau projek itu diperuntukkan satu borang 5W + 1H. Kekeliruan akan timbul jika menggunakan satu borang untuk lebih dari satu matlamat atau projek.


11.3   DO



Di dalam kuadran ini, kita akan tetapkan masa dengan terperinci bilakah sesuatu aktiviti yang disenaraikan (HOW) dalam borang 5W + 1H itu perlu dilaksanakan.

Perlu diingatkan disini bahawa diperuntukkan satu borang untuk satu bulan sahaja. Pertindanan aktiviti akan berlaku jika digunakan lebih dari satu borang untuk satu bulan itu.


11.4   CHECK




Di dalam kuadran ini pula, penyemakan samada wujud jurang antara aktiviti yang telah dirancang (Kuadran PLAN) dengan aktiviti yang telah dilaksanakan (Kuadran DO). Sekiranya wujud jurang, maka tentukan aktiviti selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi merapat jurang tersebut. Senaraikan aktiviti yang telah dikenalpasti ini ke dalam ruangan HOW, borang 5W + 1H ini.
  


11.5   ACTION




Bagi aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti di dalam borang 5W + 1H (kuadran CHECK), tetapkan masa untuk laksanakan aktiviti ini di dalam jadual waktu kuadran ACTION ini.

Sebenarnya, borang 5W + 1H yang digunakan di dalam kuadran PLAN dan CHECK serta borang Jadual Waktu di dalam kuadran DO dan ACTION itu merupakan borang yang sama.

Apa yang berlaku disini ialah susulan  telah dilaksanakan pada CHECK dan ACTION bagi aktiviti matlamat atau projek yang telah dirancang dan dilaksanakan pada kuadran PLAN dan DO.

Susulan-susulan ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan iaitu samada secara mingguan, bulanan atau sela masa yang bersesuaian.




11.6   Kesimpulan Perancangan dan Perancangan Perlaksanaan Matlamat atau Projek


Perancangan dan perancangan perlaksanaan bagi sebarang matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) itu boleh disimpulkan seperti di bawah; 







Bab 12: Pembentukan Passion


12.1   Apa itu Passion atau ‘Nyala Rasa’?

Orang yang ada passion ini sebenarnya ibarat orang yang sudah jatuh cinta terhadap matlamat atau projek yang beliau perlu capai. Orang yang ada passion ini sebenarnya benar-benar serius, benar-benar penuh emosi dan laksanakan apa yang patut dilaksanakan tanpa bertangguh. Pernahkah kita mengalami saat-saat sebegini di dalam kehidupan kita sebelum ini?

Sekiranya kita pernah mengalami saat-saat sebegini sebelum ini, bukankah mudah untuk kita mencapai apa yang dihajati?

Ramai orang membicarakan soal passion ini dan ramai juga orang mengesyorkan agar punya passion dalam apa yang dilaksanakan. Mudah bercakap agar punya passion di dalam tugas tetapi adakah kita jelas-sejelasnya bagaimana mahu membentuk passion dalam diri?


12.2   Bagaimana ‘Passion’ Terbentuk?

Bagi memahami  bagaimana passion itu terbentuk, sila rujuk rajah dibawah;




Berdasarkan rajah di atas, disyorkan agar mengambil tindakan dengan segera sebaik sahaja kita menetapkan matlamat atau projek itu. Bila ini dilakukan, di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat (merujuk kepada Packaging Expertise) atau projek (merujuk kepada Center of Excellence) itu nanti, kita bakal melihat perkara baru atau cara pandang baru yang positif tentang matlamat atau projek kita itu.

Perkara baru dan cara pandang baru ini tidak mungkin akan perolehi jika tidak memulakan langkah bertindak. Bilamana kita berterusan mengambil tindakan, lama kelamaan perkara baru dan cara pandang yang kita temui di sepanjang perjalanan menuju pencapai matlamat atau projek itu bakal menimbulkan ‘suka’ (bahasa fikiran sedar atau ‘menteri’).

Bilamana ‘suka’ ada dalam diri kita, sudah semestinya kita tidak akan berhenti atau berpatah balik. ‘Suka’ akan membuatkan kita terus mengambil tindakan. Ini bakal membawa kita bertemu dengan lebih banyak lagi perkara baru dan cara pandang baru positif tentang matlamat atau projek kita itu.

Lama kelamaan, ‘suka’ di dalam diri itu bakal bertukar menjadi perasaan ‘cinta’ (bahasa fikiran separuh sedar atau ‘genie’). Perasaan ‘cinta’ inilah yang dinamakan sebagai ‘passion’. Bila ‘passion sudah berada di dalam diri, kita bakal melihat diri kita akan bertindak laju bagi mencapai matlamat atau projek tersebut.

Jadi apakah rahsia untuk membentuk ‘passion’ di dalam diri? Mudah sahaja! Mulakan ambil tindakan! Benarlah kata-kata pujangga barat iaitu, “Don’t worry that you are not strong enough before you begin. It is in the journey that God makes you strong!” atau dalam kata lain, “Jangan khuatir jika anda tidak kuat semasa anda baru bermula. Di dalam perjalanan itu nanti Tuhan akan membuatkan anda kuat!”

Beritahu berkali-kali kepada diri sendiri bahawa kita mampu capai apa sahaja yang kita mahukan! Bersemukalah dengan ketakutan atau ‘FEAR’ yang dihadapi kerana ‘FEAR’ itu bermakna ‘False Evidence Appear Real’!




Bab 13: Masa – Satu Renungan


13.1   Pendahuluan

Bila kita sebut soal masa, sedarilah masa kita di atas dunia ini kian lama kian singkat. Jika kita bertangguh untuk melaksanakan apa yang kita hajati seperti matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence), semestinya kita akan lebih tertekan untuk mencapainya kerana masa kita kian singkat.


13.2   Kaedah Menimbulkan Kesedaran Tentang Masa

Bagi menimbulkan kesedaran tentang soal masa ini, sebaik-baiknya kita muhassabah diri sendiri tentang masa dengan bertanya kan pada diri sendiri terhadap empat soalan berikut.

Katakan, jika anda mesti tinggalkan dunia ini (meninggal dunia) dalam masa 15 minit dari sekarang, apakah jawapan anda kepada soalan-soalan berikut;




Soalan pertama sebenarnya berkaitan dengan soal adakah kita jelas dengan apakah perkara penting di dalam hidup kita ini. Perkara penting ini sudahnya menjadi amalan utama kita dalam kehidupan ini. Semestinya perkara penting di dalam hidup kita itu sahajalah yang menjadi wasiat atau pesanan kita kepada mereka yang kita tinggalkan. Persoalannya jika kita tidak jelas atau tidak tahu apa yang penting di dalam kehidupan ini, kita akan hanya mensia-siakan masa di dalam kehidupan ini.

Soalan kedua pula sebenarnya mahu melihat mutu perhubungan kita dengan orang lain. Semestinya orang yang punya hubungan yang rapat dengan kita sahaja benar-benar rela untuk menghantar kita ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan terakhir mereka kepada kita. Kenapa soal perhubungan dengan orang lain ini penting bila kita bercakap tentang masa? Lagi baik hubungan yang kita jalin dengan orang lain, bukankah lagi singkat masa yang diperlukan untuk melaksana sebarang tugas itu? Sudahnya bukankah perhubungan baik itu amat kritikal bagi melaksanakan kerja dalam masa yang paling optima? Perhubungan Baik – Hasil Baik. Perhubungan Buruk – Hasil Buruk!

Soalan ketiga pula membicarakan adakah di dalam hdup ini kita sentiasa bersedia membuat persediaan untuk meninggalkan dunia ini baik dari soal fikiran, perasaan, spiritual atau fizikal? Bukan itu sahaja adakah kita telah membuat persedaan untuk meninggalkan bekal secukupnya kepada mereka terutamanya orang yang kita sayangi? Orang yang punya fikiran sebegini sudah tentu tidak akan membuang masa untuk berusaha kerana beliau sedar beliau boleh dipanggil Tuhannya bila-bila masa sahaja.

Soalan keempat ini pula membicarakan tentang bagaimanakah corak perasaan diri sendiri di dalam kehidupan ini. Jika kita lihat tentang tiga soalan pertama, bukankah tiga soalan pertama ini adalah cerita keseluruhan kehidupan kita sendiri? Semestinya perasaan yang timbul semasa menjawab tiga soalan pertama itu melambangkan pula perasaan yang dominan di dalam kehidupan kita juga. Perasaan ini pula melambangkan samada kita serius dengan kehidupan atau sebaliknya. Seorang yang serius dengan kehidupan semestinya tidak akan mebuang masa!   

Akhir kata, ingati kata-kata seorang pujangga barat. Kata beliau, “How we spend our days is, of course, how we spend our lives!” Fikirkan …




Bab 14: Susulan


Ringkasan aktiviti susulan kepada idea-idea yang ada dalam program Better.Brighter ini ialah seperti dinyatakan di bawah ini;




Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas sebenarnya merupakan tuntutan kepada kita untuk melaksanakan perubahan.  Bila bercakap tentang perubahan ini pula, kita perlu jelas tentang dua perkara iaitu MENGAPA (WHY) perlu berubah dan BAGAIMANA (HOW) perlu berubah.

Sebelum ini, ada dinyatakan di awal nota Program Better.Brighter ini bahawa …


“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah,
tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu berubah 
dan tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”
                                 


Kenapa begitu?

Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY yang kuat dan ada WHY yang lemah.

Kajian menunjukkan mereka-mereka yang berubah ini punya WHY untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.

Bukan itu sahaja, mereka yang mampu berubah ini selalunya punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa begitu? Sebab WHY mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.

Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa selagi matlamat atau projek itu tidak dicapai.

Tidak keterlaluan dikatakan, dalam melaksana perubahan, terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk melaksana perubahan agar kita tidak buang masa!

Apa pun …

Why yang Kuat + How yang Mantap = Perubahan Terhebat!
 Akhir kata, adakah WHY anda cukup kuat hingga mampu laksana apa sahaja HOW anda?
 Moga kita mampu berubah dan berjaya mencapai apa sahaja matlamat atau projek kita.




Bab 15: Pilihan Di Tangan Saya?


Diakhir nota program Better.Brighter ini, apa kata kita renungi kata-kata di dalam rajah di bawah;




Disamping itu, sedarilah bahawa idea-idea di dalam program Better.Brighter ini tidak boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri sanggup menggunakan idea-idea ini di dalam usaha mencapai matlamat atau projek masing-masing.

Hanya anda saja tahu ‘anak kunci’ kepada mengapa anda terdesak untuk mengambil TINDAKAN.

Lain orang lain ‘anak kunci’nya!

Sebelum nota ini ditamatkan, apa kata kita sama-sama renungi Puisi Better.Brighter di bawah ini. 




Moga-moga kita diberi kekuatan dan kemudahan untuk mengamalkan idea-idea di dalam nota program Better.Brighter ini.

Akhir kata, Ingatilah! Satu hari, kita semua akan tinggal hanya sebagai satu memori untuk orang lain. Maka mari kita beri yang terbaik agar kita semua menjadi satu memori yang terbaik! Janji Program Better.Brighter ini akan tetap setia dengan anda, Alumni Program Better.Brighter ...



video


Better.Brighter Together!


Ikhlas dari

Mior Azli Mior Md Isa
Blog: miorazliatsssabasic.blogspot.com
Facebook: Mior Azli
Email: miorami@tnb.com.my
No Phone: 019-2245-079

No comments:

Post a Comment