Satu Renungan - Building Capacity'
Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Capacity’, kita
perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar iaitu mengenalpasti apakah
ilmu, kemahiran atau pengalaman yang mahu kita bina dalam diri sendiri dengan
tujuan untuk meningkatkan nilai diri dalam pasaran.
Dengan mengenalpasti berusaha membina segala ilmu, kemahiran
atau pengalaman ini, bukankah sudahnya ianya juga menguntungkan TNB?
Seperkara lagi, bayangkan, bilamana setiap anggota kerja TNB
itu berusaha ke arah ini, bukankah ini semua akan membantu ‘Building Capacity’?
Bukankah juga usaha ini sebenarnya di dalam kawalan kita? Fikirkan …
Bagi tujuan ‘Building Capacity’, penumpuan akan diberikan di
dalam mengenalpasti matlamat dan seterusnya mengenalpasti kaedah terbaik untuk
mencapai matlamat yang telah dikenlpasti itu.
Bab 8 : Apa itu
Matlamat?
8.1 Bagaimana Mengoptima Penggunaan Diri?
Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person
dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;
1) Diri kita
mempunyai binaan yang sama (semua manusia mempunyai intelektual, emosional,
spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita kehebatan yang sama (keupayaan
intelektual, emosional, spiritual dan fizikal). – digambarkan dalam Konsep
Stick Person.
2) Namun
kita semua juga adalah unik kerana kita punya tingkah laku yang berbeza.
Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan faktor genetik dan pendedahan
kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. – Dinyatakan
dalam Profail Diri D.I.S.C.
Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting
perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah
bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang
hebat ini.
Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan
sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini
(intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat itu.
Fikirkan …
8.2 Matlamat membantu mengoptima Penggunaan Diri
Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara
yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diri dalam keadaan
terurus kerana kesemua sumber diri difokuskan kepada satu perkara yang sama
(matlamat).
Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan bekerjasama
bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran sumber’!
Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai
matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka
tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau
bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu
sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!
8.3 Roda Kehidupan
Di dalam program Better.Brighter dinyatakan bahawa seseorang
manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;
Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan
pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili - Soal hubungan
dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.
Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima
penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang
hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini,
program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati
atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak
kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’
untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut. Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula
dengan menetapkan matlamat.
Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari di
dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setiap jari itu pula di
beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.
Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada
pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan diri di dalam setiap cabang hidup
itu. (Silaq rujuk rajah di atas).
Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu,
sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita
sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan diri itu bersegi-segi, sudah
semestinya diri tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.
Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar
menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan
titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan
semuanya bermula dengan diri jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk
setiap cabang kehidupan ini.
Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di
dalam tugas bersama TNB.
8.4 Matlamat bersama TNB
Agar benar-benar mengoptima diri dalam tugas, semestinya kita
perlu mempunyai matlamat dalam tugas bersama TNB ini. Program Better.Brighter
menekankan agar kita mempunyai matlamat dalam tugas baik secara individu
mahupun secara berpasukan.
Rajah di atas menunjukkan bahawa matlamat secara individu di
dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’.
Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ ini, kita juga sebenarnya
telah membantu mencapai Building Capacity.
Rajah di atas juga menunjukkan bahawa matlamat secara
berpasukan di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Center of
Excellence’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Center of Excellence’ ini, kita
juga sebenarnya telah membantu mencapai Building Performance dan Building
Growth.
Selepas menetapkan matlamat secara peribadi mahupun secara
berpasukan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’ dan ‘Center of Excellence’
ini, kita juga sebenarnya telah jelas soal ‘Why’ apa yang kita mahukan di dalam
tugas kita. Bagi menjelaskan pula soal ‘How’ untuk mencapai matlamat-matlamat
ini, kaedah perlaksanaan ‘PDCA’ digunapakai.
Tegasnya, bila soal ‘Why’ dan ‘How’ matlamat kita di dalam
tugas sudah jelas, ini bakal memudahkan kita melaksana perubahan dan seterusnya
mencapai apa yang terkandung di dalam Transformasi 1TNB iaitu, Saya Untung, TNB
Untung!, TNB Untung Saya Untung’!
Rajah keseluruhan ‘Why’ dan ‘How’ matlamat diri dan
berpasukan ini ialah seperti rajah di bawah;
Berikut kita akan melihat satu persatu dengan terperinci apa
itu;
Perancangan Matlamat
Diri – Packaging Expertise
Perancangan Matlamat Pasukan – Center of Excellence
Perancangan Perlaksanaan Matlamat – PDCA
9.1 Pendahuluan
Apakah yang kita perolehi dari kerja kita bersama TNB? Jika
kita katakan kita semata-mata mahu untuk mendapat gaji, itu sebenarnya tidak
perlu dipertikaikan kerana jika kita tidak diberi gaji, sudah pasti kita tidak datang
bertugas di TNB ini.
Jadi selain dari gaji, apa kah yang kita boleh perolehi
melalui tugas kita?
Jika difikirkan dalam-dalam, sebenarnya kita boleh membina
ilmu, skill dan pengalaman melalui tugas kita. Terlalu banyak peluang yang
dihidangkan oleh tugas kita bagi meningkatkan nilai diri kita ini (ilmu, skill
dan pengalaman).
Hidup kita sementara dan singkat, rugi sangat jika kita
tidak bina ini semua dalam hidup kita. Kita perlu bersemuka dengan kenyataan
bahawa sebenarnya kita punya tiga pilihan seperti rajah berikut;
Pilihan pertama ialah mengenalpasti apa ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang bersama TNB.
Pilihan kedua ialah jika tidak nampak apa ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang, kita boleh
membina ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang kerja lain dalam TNB ini.
Lambat laun bila pengurusan nampak ilmu,
skill dan pengalaman dalam bidang itu, maka mereka akan menawarkan kerja itu
kepada kita.
Pilihan ketiga, jika kita tidak nampak ada sebarang ilmu, kemahiran
dan pengalaman yang boleh kita bina untuk diri sendiri dalam TNB ini, disyorkan
binalah ilmu, skill dan pengalaman dalam satu bidang di luar TNB. Bila sampai
masanya ada merasakan anda sudah punya ilmu, skill dan pengalaman tersebut,
tinggalkanlah TNB ini!
Jangan buang masa anda!
9.2 Rangkakerja ‘Packaging Expertise’
Selepas menentukan apa yang anda mahu capai, maka mulakan
usaha anda untuk mencapai matlamat tersebut. Yakinlah, bila anda mulakan usaha
ini, anda bakal memperolehi apa yang dinyatakan di dalam ‘Rangkakerja
‘Packaging Expertise’ di bawah;
Dari rajah di atas, selepas mengenalpasti apa yang mahu
dicapai, mulakan usaha untuk mengumpul segala ilmu, kemahiran dan rangkaian
kenalan dalam apa yang mahu dicapai itu. Rangkaian kenalan ini sebenarnya akan
memudahkan dan mempercepatkan kita memperolehi ilmu, kemahiran dan pengalaman.
Setelah anda mengumpul ilmu, kemahiran dan pengalaman ini,
maka langkah seterusnya ialah kita perlu bentuk ilmu, kemahiran dan pengalaman
ini kepada salah satu bentuk berikut;
1.
Pengiktirafan
(Sijil)
2.
Produk
3.
Perkhidmatan
4.
Perunding
5.
Seminar
Pembentukan ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada 5 jenis
bentuk inilah yang dinamakan sebagai ‘Packaging Expertise’. Maksud mudahnya
ialah bagaimana kita ‘bungkus’ segala ilmu, kemahiran dan pengalaman kita ke
dalam salah satu 5 bentuk yang memudahkan orang lain nampak nilai ilmu,
kemahiran dan pengalaman yang ada di tangan kita. Lagi tinggi nilai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dibentuk
ini, lagi tinggi nilai diri kita di dalam pasaran!.
‘Packaging Expertise’ ini sudahnya memudahkan kita untuk mendapat
pangkat yang lebih tinggi atau wang yang lebih banyak. Pangkat dan wang ini digunakan
untuk menyelesaikan hutang dan tanggunjawab di dalam hidup ini. Sekiranya ada
lebih, apa kata kita gunakan untuk ‘memberi’ agar kita akan ‘menerima’ lebih
banyak lagi kebaikan di dalam hidup ini. (Hukum Memberi dan Menerima).
Sekiranya ini yang dilakukan di dalam kerja iaitu dengan
memasang niat dari mula lagi untuk memberi yang terbaik bagi mencapai tujuan
ini tetapi kerana Tuhan tanda syukur anda kepada Tuhan di atas nikmat yang
diberiNya, bukankah ini membawa kita sentiasa di dalam keredhaanNya?
9.3 Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat
S.W.O.T.
(Nota: Kaedah penetapan matlamat ini akan menumpukan
penetapan matlamat di dalam cabang hidup kerjaya. Namun dengan kaedah yang sama
juga, kaedah ini boleh digunakan untuk menentukan matlamat dalam cabang hidup
yang lain.)
Berdasarkan rajah di atas, berikut diterangkan langkah demi
langkah kaedah penetapan matlamat di tempat kerja yang dilaksanakan oleh
‘Azam’;
1. Azam menyenaraikan
segala kekuatan dan kelebihan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Strength’.
2. Azam
menyenaraikan segala kelemahan dan kekurangan beliau dalam kerja di dalam
kuadran ‘Weaknesess’
Bagi Azam menyenaraikan perkara 1 dan 2 di atas, Azam perlu mengambilkira 2 perkara berikut. Pertama, berdasarkan pengalaman masa lalu, Azam perlu beri masa antara 2 hingga 4 minggu bagi menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau. Ini adalah agar tidak ada ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang terlepas pandang. Kedua, Azam perlu meminta tolong sahabat beliau dalam menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau kerana sahabat beliau lebih nampak ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang ada pada beliau.
Selepas Azam berjaya menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau ini, buat pertama kali di dalam hidupnya, Azam jelas dengan baik buruk beliau di dalam tugas. Ini sudah tentu menimbulkan keinginan dan gambaran jelas perkara apa yang perlu ditambahbaik di dalam tugas beliau.
3. Senaraikan segala ‘Threat’ yang dialami oleh Azam didalam kuadran ‘Threat’.
Berdasarkan kepada senarai ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ ini, (dua perkara ini berada di dalam diri Azam), maka datang ‘Threat’ atau ancaman dari luar diri Azam disebabkan kewujudan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ di dalam diri Azam. Perlu diingatkan disini, setiap ‘Threat’ yang disenaraikan oleh Azam di dalam kuadran ‘Threat’ mestilah mampu ditunjukkan kaitannya dengan salah satu atau gabungan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang disenaraikan terdahulu.
Selepas mengisi ke tiga-tiga kuadran terdahulu (kuadran Strength, Weaknesess dan Threat), pada ketika ini, Azam sudah mendapat gambaran latarbelakang beliau di dalam kerjanya sendiri. Berpandukan latarbelakang ini, Azam perlu …
4. Menyenaraikan segala matlamat yang mahu dicapai di kuadran ‘Opportunities’ berpandukan senarai yang terkandung di dalam kuadran Strength, Weaknesess dan Threat.
Sebagai contoh, disebabkan Azam tidak mahir menggunakan perisian ‘powerpoint’ (maklumat dari kuadran ‘weaknesess’, maka Azam memasang matlamat untuk memahirkan diri di dalam menggunakan perisian ‘powerpoint (disenaraikan di dalam kuadran ‘opportunities’
Namun matlamat seumpama ini (memahirkan diri di dalam powerpoint) tidak jelas. Tidak jelas disini bermakna matlamat ini tidak mempunyai tanda pencapaian dan tarikh pencapaian yang nyata. Maka matlamat yang jelas mempunyai dua kriteria iaitu;
a. Tanda pencapaian. Ianya bermaksud matlamat itu perlu dinyatakan di dalam salah satu 5 bentuk yang dinyatakan iaitu pengiktirafan (sijil), produk, servis, perundingan atau modul seminar. Tanda pencapaian ini tidak boleh dibuat dalam pencapaian pangkat atau anugerah kerana walaubagaimana bagus kita sekali pun, belum tentu TNB mahu berikan kepada kita. (Perhatian: Tanda pencapaian di dalam salah satu 5 bentuk ini adalah didalam kawalan kita).
b. Tarikh pencapaian. Tanpa menyatakan tarikh pencapaian yang nyata, maka fikiran kita akan mudah terjebak ke dalam tarikan zon selesa. Tarikh yang nyata menyediakan satu tekanan positif bagi kita serius untuk mencapai matlamat tersebut.
Sudahnya satu contoh matlamat yang jelas (seperti di dalam rajah SWOT di atas) ialah ‘Menyiapkan modul asas dan cara guna 5S (Tanda Pencapaian: Modul siap) pada 29 hb Jun 2016 (Tarikh pencapaian).
Bagi menguji samada matlamat ini benar-benar dimahukan Azam, maka Azam harus mengajukan soalan-soalan berikut terhadap matlamat yang telah dikenalpasti;
i. Adakah matlamat ini bakal mengurangkan atau menghapuskan antara ancaman yang tersenarai dalam kuadran ‘threat’? (Ujian untuk logik-menteri)
ii. Adakah matlamat ini tidak melanggar perintah Tuhan dan mengambil hak orang lain? (Ujian untuk spiritual- raja)
iii. Adakah matlamat ini membuatkan anda benar-benar bahagia atau gembira jika mencapainya? (Ujian untuk emosi-genie)
iv. Adakah anda mempunyai kesihatan dan wang ringgit untuk mencapai matlamat ini? (Ujian untuk fizikal-rakyat)
Sekiranya Azam mengiyakan kepada keempat-empat soalan ini, maka ini menandakan matlamat ini baik untuk Azam dan dengan izin Tuhan, Azam akan mampu menghadapi sebarang cabaran di dalam usaha untuk mencapainya kerana memang jelas Azam mahukan matlamat ini!
Bilamana logik, emosi, spiritual dan fizikal Azam seiya
sekata atau berpadu mahukan matlamat ini, keadaan ini dikatakan sebagai Azam sedang
meraikan kehidupannya!
Kesimpulan 'Building Capacity'
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
bilamana kita semua di dalam TNB ini melaksanakan Packaging Expertise untuk
diri kita sendiri, maka dengan sendirinya makna ‘Building Capacity’ ini akan
tercapai.
Apapun, penting sangat sebaik sahaja pulang daripada program
Better.Brighter ini, kita semua mesti laksanakan apa yang disarankan di dalam
rajah di atas agar kita tidak ‘sejuk’. Rugi besar jika ini tidak di ambil
tindakan bagi meningkatkan nilai diri dalam pasaran.
Apapun, satu perkara perlu sangat diambil perhatian. Apakah SEBAB kita sendiri (hal logik -
Menteri) yang MENYEBABKAN kita mahu
laksana Packaging Expertise? Perlu difahami, lain orang lain SEBAB nya. Ianya tidak mungkin sama!
Juga, SEBAB ini
mesti cukup kuat hingga mampu menyentuh emosi (Genie) dan spiritual (Raja) diri
kita sendiri. Jika SEBAB ini tidak
cukup kuat, memang kita tidak punya kekuatan yang diperlukan untuk capai
Packaging Expertise kita akibat tarikan zon selesa! Fikirkan ...
Sebenarnya kepentingan melaksanakan ‘packaging expertise’
untuk diri sendiri pernah disuarakan oleh Steve Jobs seperti kata-katanya
dibawah ini.
Sedarilah! Dalam kerjaya, kita punya dua pilihan. Pertama
melihat kerja semata-mata hanya mahu mengejar pangkat. Kedua melihat kerja
sebagai peluang untuk meningkat ilmu, kemahiran dan pengalaman.
Dari rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa dengan peredaran
masa, peluang naik pangkat itu sebenarnya kian kecil. Sekiranya kita menumpu
semata-mata kepada mengejar pangkat, sudah pasti kita senang terkena penyakit
‘Scarcity Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kekurangan diri)
Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada soal mempertingkatkan
ilmu, kemahiran dan pengalaman, jelas dari rajah di atas bahawa peluang ini
sebenarnya bertambah besar dengan peredaran masa. Ini sudahnya memudahkan untuk
mengamalkan ‘Abundant Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kelebihan
diri)
Sedarilah! Usaha untuk melaksana ‘packaging expertise’ ini
umpama satu larian marathon iaitu usaha ini perlu dibuat secara berterusan
dengan ‘steady’ iaitu bukan laju atau perlahan. Usaha ini tidak boleh dilakukan
dengan tergesa-gesa seperti larian 100 meter kerana ianya bakal memudahkan kita
tersungkur (cepat patah semangat) dalam melaksanakannya. Rujuk rajah di bawah.
Akhir sekali, renungi kata-kata di bawah ini. Jika kita harus
gantungkan kata-kata ini di dinding, lakukan! Kerana kata-kata ini sangat
penting untuk mengingatkan kita agar berusaha membina ‘Packaging Expertise’
dalam diri!
Satu Renungan - Building Performance dan Building Growth
Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Performance’
dan ‘Building Growth’, kita perlu memastikan aktiviti-aktiviti bagi pembinaan
dua ‘thrust’ ini mestilah di dalam kawalan anggota kerja TNB itu sendiri dan
perlu melibatkan semua anggota kerja itu.
Untuk itu, disyorkan agar anggota kerja TNB sama-sama
merancang dan berusaha untuk menjadikan unit bisnes masing-masing sebagai pusat
kecemerlangan atau ‘Center of Excellence’ (COE). Bukankah nanti bila unit
bisnes mereka menjadi COE, dengan sendirinya
‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ tercapai? Inilah caranya
yang berada di dalam kawalan anggota kerja
bagi membantu TNB mencapai ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
Aktiviti-aktiviti COE ini sebenarnya makin mudah dilaksanakan
jika setiap anggota kerja telah mula mengusahakan ‘Building Trust and
Relationship’ dan ‘Building Capacity’ dalam kehidupan mereka.
Bab 10: Building Performance & Building Growth - Center of Excellence
10.1 Pendahuluan
Kita katakan sebelum ini bahawa untuk menetapkan matlamat
peribadi diri dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Packaging Expertise,
maka penetapan matlamat secara berpasukan dalam tugas ialah dengan menggunakan
kaedah Center of Excellence (COE). Sebenarnya juga COE ini juga adalah
pendekatan untuk 'Building Performance' dan 'Building Growth'.
10.2 Apa itu Center of Excellence (COE)?
Secara asasnya, COE bermaksud saya dan pasukan saya (pasukan
bersamaan dengan unit atau unit bisnes) berusaha untuk menjadikan pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan (COE). Tanda bahawa pasukan kami menjadi Pusat
Kecemerlangan ialah bilamana SIKAP dan HASIL pasukan kami melebihi dari
piawaian yang ditetapkan. Ini sudahnya menjadikan pasukan kami menjadi sumber
rujukan kepada orang lain bagi mencapai tahap Pusat Kecemerlangan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bilamana pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan, secara langsung mahupun tidak langsung membuatkan
pasukan kami mampu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ di dalam tugas
kami.
‘Building Performance’ dalam tugas kami bermaksud kami mampu
untuk mengekalkan prestasi kerja berdasarkan piawaian usaha perniagaan yang
ditetapkan. Manakala ‘Building Growth’ bermaksud kami mampu mengadakan pertumbuhan
di dalam sektor usaha bisnes pasukan kami.
10.3 Bagaimana untuk mencapai tahap COE ini?
Jika diperhalusi amalan COE ini, ianya merupakan apa yang
kita lakukan dalam tugas kita sekarang. Inilah sebenarnya kerja harian kita.
Namun, dalam banyak perkara kita lihat anggota kerja TNB tidak mampu untuk
menwujudkan sikap ‘passionate’ dalam tugas mereka. Tahap terbaik yang mampu
dicapai kebanyakan anggota kerja hanyalah tahap ‘compliance’ dalam tugas
mereka.
Itulah, bagi menwujudkan tahap ‘passionate’ dalam kerja dan
menwujudkan hasil kerja yang bertahap ‘world’ ini, dinyatakan berikut resepi
kejayaan COE yang perlu dituruti oleh sesuatu pasukan dalam TNB ini. Resepi
kejayaan COE ini ialah seperti dipaparkan dalam rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, dapat dilihat bahawa resepi
kejayaan COE ini ialah dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh terhadap
seseorang anggota kerja itu. Wujud satu kaedah khusus bagi mempengaruhi
seseorang anggota kerja itu pada tahap intelektual, emosional dan spiritualnya
lalu mengakibatkan beliau bertindak sungguh-sungguh dalam tugasnya yang
sudahnya bakal membawa tercapai hasil kerja yang diingini.
Berikut, mari kita fahami setiap kaedah-kaedah khusus bagi
mempangaruhi anggota kerja itu di tahap intelektual, emosional dan
spiritualnya.
10.4 Perlaksanaan COE pada peringkat Spiritual
Bila bercakap mengenai spiritual, kita bercakap tentang soal
apakah pilihan atau niat hati. Pada peringkat ini, disyorkan agar para pemimpin
sesuatu pasukan menggalakkan anggota kerjanya memasang niat untuk memberi dan
gotong royong dalam melaksanakan tugas mereka.
Kenapa memberi dan gotong royong?
Selalu kita lihat anggota kerja dalam tugasnya hanya sentiasa
melaksanakan tugasnya berdasarkan apa yang disuruh oleh ketuanya sahaja. Jarang
sekali mereka punya keinginan untuk melakukan kerja melebihi apa yang disuruh.
Sudahnya, mentaliti sebegini akan membuatkan anggota kerja itu menjadi bosan
dengan kerjanya lalu menghasilkan hasil kerja yang ala kadar sahaja.
Bagi menangani isu ini, bilamana seseorang anggota kerja itu
mula mempunyai niat untuk memberi dalam
tugasnya, dengan serta merta dunia pekerjaannya menjadi lebih luas dan rasa
bertanggungjawab mula timbul dalam dirinya.
Dengan niat memberi, mereka juga mulai sedar bahawa mereka
mahu memberi yang terbaik untuk TNB tetapi kerana Tuhannya tanda syukur atas
nikmat yang Tuhan telah berikan kepadanya. Ini sudah tentu membuatkan mereka
tidak berkira di dalam tugasnya kerana mereka sedar bilamana mereka memberi,
mereka pasti akan menerima kembali dari Tuhannya.
Hanyanya mereka menyerahkan kepada Tuhannya untuk apa yang
bakal diterimanya. Mereka sedar apa yang bakal diterima itu mungkin datang
melalui TNB atau di luar TNB. Mereka memahami hakikat ini kerana mereka sedar
segalanya milik Tuhan dan terpulang kepada Tuhan untuk memberi mereka dalam
bentuk yang ditetapkan Tuhannya.
Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi,
maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong.
Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk
melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.
Bagi memudahkan anggota kerja mengingati niat memberi dan
gotong royong ini, maka disyorkan menampal wajah pelakun tersohor filem Tamil
bernama MGR. Bukankah MGR itu singkatan dari perkataan Memberi dan Gotong
Royong?
Jika kita mengkaji riwayat hidup MGR ini, kita dapati beliau
bukan sahaja merupakan seorang pelakun yang hebat, malah kisah hidupnya diluar
filem ialah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri negeri Tamil
Nadu iaitu sebuah negeri di selatan
India.
Sesuatu yang menarik tentang MGR ini ialah baik dalam filem
mahupun di luar filem, beliau sangat
mengutamakan memberi dan bila memberi, beliau sering kali mengajak orang lain
untuk sama-sama bergotong royong untuk menberi.
Jadi bukan semata-mata satu kebetulan kita menggunakan wajah
MGR untuk mengingati konsep memberi dan gotong royong ini. Malah kita boleh
menjadikan beliau sebagai idola bilamana bercakap tentang konsep memberi dan
gotong royong ini. Walaubagaimana nama MGR sebenarnya ialah Marudur Gopalamenon Ramachandran.
10.5 Perlaksanaan COE pada peringkat Emosional
Bila bercakap mengenai emosional, kita bercakap tentang soal
apakah para pemimpin perlu lakukan untuk menyentuh emosi yang dipimpin agar
timbul keinginan untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti ‘Center of
Excellence’ ini. Barang diingat, dalam banyak perkara, yang dipimpin akan hanya
kisah untuk melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini bilamana mereka
mula melihat pemimpin mereka mula kisah dengan diri mereka.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin?
Dalam program ini, ditekankan agar pemimpin melaksanakan apa
yang dinamakan sebagai empat AM iaitu, SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM.
SALAM bermaksud pemimpin akan sentiasa mengutamakan memberi
ucapan selamat atau salam kepada yang dipimpin. Contoh aktiviti SALAM ialah
salam semut, memberi salam atau mengucapkan ‘Selamat Pagi’.
TAAM bermaksud pemimpin sentiasa memberi makan atau belanja
makan mereka yang dipimpinnya. Sebut pasal makan, manusia itu tidak kira apa
juga bangsanya, akan cepat ‘lembut’ bila dibelanja makan. Perhatikan keadaan
sekeliling anda. Pasti anda sedar akan hakikat ini.
IKRAM bermaksud pemimpin memberi layanan kepada yang
dipimpin. Contoh layanan ialah sungguh-sungguh mendengar kata-kata yang
dipimpin, melawat pimpinannya yang
sakit, mengutamakan yang dipimpin bilamana ada majlis keraian dan sebagainya.
KALAM bermaksud pemimpin berkomunikasi dengan penuh hikmah
dan hemah dengan yang dipimpinnya. KALAM disini juga bermaksud pemimpin selalau
berdoa untuk kesejahteraan yang dipimpinnya.
Empat perkara ini perlu dilakukan oleh pemimpin bukan dengan
nada terpaksa tetapi lakukanlah
bersahaja dengan hati yang rela dan ikhlas.
Apapun memang jelas, senang kita bercakap untuk melaksanakan
perkara-perkara ini tetapi ianya sangat memerlukan kita mengenepikan ego diri.
Apapun, bayangkan bagaimana emosional yang dipimpin bila
selalu menerima SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM daripada pemimpinnya. Sudah pasti
yang dipimpin merasakan pemimpinnya prihatin dengan diri beliau. Bila ini
berlaku, sudah pasti yang dipimpin sudi menuruti kata-kata pemimpinnya dengan
sungguh-sungguh seperti menuruti pemimpinnya dalam melaksana perancangan Pusat
Kecemerlangan (Center of Excellence).
10.6
Perlaksanaan COE pada peringkat Intelektual
Selepas Spiritual dan Emosional seseorang yang dipimpin itu
‘seronok’, barulah diri seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’ pula untuk
menuruti apa sahaja perancangan menjadi COE yang dikemukakan oleh pemimpinnya.
Secara amnya, perancangan yang terkandung dalam COE itu ialah
seperti rajah di bawah;
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa perancangan
COE ini terdiri darpada tiga borang utama iaitu;
Borang
Pembahagian Anggota Kerja
Borang
Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Borang
Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)
Berikut diterangkan secara terperinci perancangan COE
berdasarkan borang-borang di atas;
10.6.1 Borang Pembahagian Anggota Kerja
Borang ini digunakan untuk membahagi anggota kerja sesuatu
unit bisnes itu dalam melaksanakan perancangan COE ini nanti. Pembahagian
anggota kerja ini boleh dibuat berdasarkan kepada unit-unit yang ada dalam
sesuatu unit bisnes itu atau berdasarkan kepada inisiatif-inisiatif utama yang
mahu dilakukan di bawah inisiatif COE ini.
Bagi menwujudkan satu suasana ‘fun’ dalam perlaksanaan ini
nanti, setiap unit ini digelar sebagai satu ‘kementerian’ dan setiap
‘kementerian’ diterajui oleh ketua unit atau inisiatif tersebut yang digelar
sebagai ‘menteri’.
Setiap ‘kementerian’ pula disarankan untuk merancang dan
melaksanakan dua borang COE iaitu Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur dan Borang
Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.). Dalam membuat perancangan dan
perlaksanaan ini, semua anggota kerja diminta bermindsetkan bisnes dimana setiap
ketika dalam perancangan dan perlaksanaan ini mereka harus menitik beratkan
memberi impak maksima kepada pelanggan dan pada masa yang sama menekankan
penggunaan sumber pada tahap paling optima. Lagi besar jurang antara kepuasan
pelanggan dan penggunaan sumber, maka lagi tinggi keuntungan yang diperolehi.
Sila rujuk rajah di bawah;
10.6.2 Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Berdasarkan kepada borang di atas, langkah pertama ialah
menentukan produk/servis unit atau inisiatif utama anda. Kemudian tentukan
pelanggan yang menerima produk/servis itu. Kedua-dua penentuan ini merupakan
titik mula kepada mindset bisnes kerana apa makna menjadi seorang yang terlibat
di dalam bisnes jika kita tidak tahu apa produk/servis dan pelanggan kepada
produk/servis kita!
Langkah berikutnya ialah menentukan cadangan nilai yang mahu
diberikan kepada pelanggan menerusi produk/servis unit bisnes masing-masing.
Tetapi sebelum diterangkan mengenai kaedah penentuan cadangan nilai ini, apakah
yang difaham tentang Cadangan Nilai ini?
Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bilamana kita
melihat di satu tempat itu terdapat 5 gerai menjual goreng pisang, kelihatan
hanya satu sahaja gerai tersebut yang menjadi tumpuan pelanggan berbanding
gerai goreng pisang yang lain? Walhal kesemua gerai-gerai ini menjual
produk/servis yang sama?
Gerai goreng pisang yang menjadi tumpuan pelanggan itu mungkin
kerana goreng pisangnya lebih sedap, layanannya lebih mesra atau harganya lebih
murah. Faktor-faktor inilah yang dinamakan nilai yang dicadangkan melalui
produk/servisnya yang menyebabkan pelanggan tertarik untuk ke gerai goreng
pisang ini berbanding gerai-gerai goreng pisang yang lain.
Seorang ahli perniagaan yang bijak sudah pasti cuba
mengenalpasti apakah nilai yang wujud dalam produk/servis yang dimahukan oleh
pelanggannya. Seterusnya beliau berusaha untuk mengukur pencapaian nilai ini
dan berusaha untuk membina nilai ini dalam produk/servisnya.
Bagi mencapai hajat ini, kita boleh menggunakan alat
pembinaan cadangan nilai seperti dibawah;
Langkah pertama dalam menggunakan alat ini ialah dengan
menentukan ketakutan (fear) yang ada dalam diri pelanggan bila mereka berdepan
dengan produk/servis yang ditawarkan oleh kita itu. Sila rujuk rajah di bawah;
Kesemua kenyataan di dalam ruangan ketakutan (fear) ini
berunsur negatif. Seterusnya tukar kenyataan negatif ini kepada kenyataan
positif dan letakkannya dalam ruangan keperluan (needs). Sila buat penambahan
apa keperluan lain yang dinyatakan oleh pelanggan mengenai produk/servis kita
itu. Sila rujuk rajah di bawah;
Soalnya mengapa untuk mengetahui keperluan kita harus mulakan
dengan mengenalpasti ketakutan? Tidak bolehkah kita terus bertanya kepada
pelanggan tentang soal keperluan mereka?
Secara psikologinya, susah untuk kita menentukan keperluan
kita tentang sesuatu perkara itu tetapi lebih mudah untuk kita menentukan
ketakutan kita tentang sesuatu itu. Sudahnya untuk mengetahui keperluan, lebih
mudah sebenarnya kita kenalpasti dahulu ketakutan kita tentang sesuatu perkara
itu dan kemudainnya positifkan ketakutan tersebut lalu menghasilkan keperluan
kita tentang sesuatu perkara itu.
Selepas menentukan keperluan, langkah berikutnya ialah untuk
menentukan apakah kehendak (wants) pelanggan menerusi produk/servis kita itu.
Apakah perbezaan antara Keperluan (Needs) dan Kehendak
(Wants)? Keperluan ialah perkara-perkara yang pelanggan pasti mahukan menerusi
produk/servis kita. Kegagalan menyediakan perkara-perkara menyebabkan pelanggan
itu tidak menggunakan produk/servis kita. Sebaliknya Kehendak (Wants) ialah
perkara-perkara yang tidak semestinya dimahukan oleh pelanggan . Kegagalan
meyediakan perkara-perkara ini tidak menyebabkan pelanggan itu tidak
menggunakan produk/servis kita.
Seterusnya, tentukan pula substitutes. Subtitutes merupakan semua
perkara-perkara yang kita fikir diperlukan atau dikehendaki oleh pelanggan kita
tetapi tidak dinyatakan oleh pelanggan. Sila rujuk rajah di bawah;
Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan Substitutes merupakan
‘bahan mentah’ untuk menentukan Cadangan Nilai. Dengan menggunakan kaedah
‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) terhadap Keperluan (Needs),
Kehendak (Wants) dan Subtitutes ini, kita mampu untuk menentukan Cadangan Nilai
produk/servis kita. Sila rujuk rajah di bawah;
Contoh ‘Pembinaan Perhubungan’ : Merujuk kepada rajah di
atas, kelihatan segala elemen di dalam Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan
Substitutes memerlukan ianya dibuat secara cepat dan tepat. Maka diputuskan
satu Cadangan Nilai yang boleh disyorkan ialah ‘Khidmat HR yang Cepat dan
Tepat’.
Selepas penentuan Cadangan Nilai, langkah berikutnya ialah
mengenalpasti kayu ukur bagi mengukur samada Cadangan Nilai itu telah tercapai
atau sebaliknya. Bagi tujuan ini, kita perlu merujuk terlebih dahulu kepada KPI-KPI
yang sedia ada dalam tugas kita. Tentukan KPI-KPI yang boleh digunakan untuk
mengukur pencapaian Cadangan Nilai tersebut. Sekiranya tidak ada KPI-KPI sedia
ada dapat digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai tersebut, semestinya kita
perlu mengenalpasti KPI-KPI baru bagi mengukur Cadangan Nilai tersebut.
Nota: Sewajarnyalah KPI-KPI yang dipertanggungjawab kepada
diri kita itu mesti digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai. Sekiranya KPI-KPI
yang kita dipertanggungjawab kepada diri kita itu tidak dapat digunakan untuk
mengukur Cadangan Nilai, semestinyalah kita tidak patut memilih KPI tersebut
kerana tidak membantu mengukur Cadangan Nilai tersebut.
Selepas selesai melaksanakan keperluan dalam Borang Cadangan
Nilai dan Kayu Ukur ini, langkah berikutnya ialah untuk menentukan apakah
perkara yang perlu dilaksanakan di dalam pasukan bagi membina dan menyampaikan
Cadangan Nilai kepada pelanggan. Perancangan perlaksanaan perkara ini ialah
dengan menggunakan Borang Perlaksanaan
Cadangan Nilai (S.W.O.T.)
10.6.3 Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai
(S.W.O.T.)
Untuk mengenalpasti perkara atau projek yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan Cadangan Nilai, borang S.W.O.T.
digunakan. Sila rujuk rajah di bawah
Langkah pertama untuk menentukan perkara atau projek ini
ialah dengan menentukan apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan
kita dalam usaha untuk membina cadangan nilai. Bagi membantu mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan tersebut, gunakan kriteria seperti yang dinyatakan dalam
rajah di bawah;
Selepas mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, tentukan pula
apakah ancaman yang dihadapi oleh pasukan disebabkan oleh kekuatan dan
kelemahan itu tadi. Perlu dingatkan bahawa kekuatan dan kelemahan itu merupakan
SEBAB manakala ancaman itu pula adalah AKIBAT yang diterima. Perlu diingatkan
bahawa ancaman ini datang dari pelanggan disebabkan ketidakupayaan kita
menyampaikan cadangan nilai itu kepada mereka. Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan bahawa segala kekuatan, kelemahan dan
ancaman ini merupakan ‘bahan mentah’ dalam usaha untuk menentukan perkara atau
projek yang perlu dilaksanakan bagi mencapai cadangan nilai.
Berikutnya, berdasarkan ‘bahan mentah; ini, gunakanlah kaedah
‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) bagi menentukan perkara atau
projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, projek ‘semua anggota kerja
sumber manusia mendapat Sijil Program Better.Brighter pada 30hb Jun 2016’
berasal dari ‘Budaya Bangau’ (Kelemahan) Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan disini, semua perkara atau projek ini perlu
berada di dalam bidang kuasa kumpulan. Walaubagiamanapun, bagi perkara atau
projek yang di luar bidang kuasa pasukan yang mesti diaksanakan kerana tanpanya
pasti menggugat tugas pasukan, cukup dengan melaksanakan pengumpulan data yang
menunjukkan kegagalan perkara tersebut semasa didalam tugas yang menyebabkan
kerja terganggu. Data ini digunakan sebagai bukti kepada pihak pengurusan yang
lebih tinggi agar mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap perkara itu.
Sekiranya, pihak pengurusan atasan tidak mengambil tindakan
terhadap apa yang dibuktikan oleh data tersebut, disyorka agar pasukan terus
mengumpul data tersebut kerana data tersebut boleh dijadikan sebagai bukti
bilamana berlaku kejanggalan dalam tugas tersebut.
Bagi membantu pasukan menentukan perkara atau projek yang
benar-benar mampu membina cadangan nilai tersebut, gunakanlah maklumat seperti
di dalam rajah di bawah sebagai pedoman dalam menentukan perkara atau projek
tesebut;
Akhir sekali, bagi memastikan setiap perkara atau projek itu
meneruti amalan ISO, disyorkan mengkategori setiap perkara dan projek
berdasarkan panduan seperti yang dinyatakan dalam rajah dibawah;
Kesimpulan Center of Excellence
Bagi ‘’Building Performance’ dan ‘Building Growth’, program
BB mengesyorkan agar sesuatu unit bisnes itu berusaha menjadikan unit bisnes
tersebut menjadi ‘Center of Excellence’ (COE).
Secara keseluruhannya, perlaksanaan COE (yang melibatkan
spiritual, emosional, intelektual dan fizikal) boleh dirumuskan seperti tertera
dalam rakah di bawah;
Satu persoalan, selepas mengenali kaedah COE ini, apakah
perbezaan antara pendekatan COE dan kaedah sedia ada yang diamalkan dalam tugas
sekarang?
Sekiranya terdapat lebih banyak perkara positif tentang kaedah
COE ini berbanding kaedah sedia ada, maka mungkin ini sebab yang diperlukan
untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas. Soalan berikut yang perlu kita
pertimbangkan ialah bagaimana untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas.
Dari pengalaman, antara kaedah pengamalan COE yang boleh
dipertimbangkan dalam tugas ialah seperti berikut;
Jadikan COE
kaedah tentukan KPI
Raikan
Kejayaan Capai COE
Ceritakan
selalu ‘Why’ dan ‘How’ COE
Ingatkan
Kumpulan – Apa yang orang pandang pada kita?
Projek COE -
Kadar Segera - Semangat Tinggi
Projek COE –
Berterusan - Keyakinan Diri
Projek COE -
Mesyuarat Bulanan Unit - Perlaksanaan Sistematik
Kemajuan
Projek COE – Dihebahkan - Sokongan Berterusan
Nota:
Perhatikan. Lagi kuat ‘WHY’ anda mahukan Projek anda, Lagi mudah ‘How’ laksana
Projek anda!
Bab 10:
Perlaksanaan Packaging Expertise & COE.
11.1 Pendahuluan
Sehingga ketika ini, kita telah berjaya menetapkan matlamat
(Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) yang perlu dicapai
dalam tugas. Berikutnya kita perlu merancang perlaksanaan kedua-dua perkara
ini.
Untuk itu, kita akan menggunakan satu alat bernama P.D.C.A.
yang bermaksud Plan Do Check Action. Gambaran P.D.C.A. ini ialah seperti rajah
di bawah;
Dari rajah di atas, telah dinyatakan dengan jelas tentang apa
aktiviti yang perlu dilakukan di dalam setiap kuadran P.D.C.A. ini. Dapat
disaksikan dari rajah di atas juga bahawa bagi melaksanakan aktiviti dalam PLAN
dan CHECK, kita akan menggunakan satu alat yang sama iaitu borang 5W + 1H
(What, Why, Where, When, Who dan How). Manakala dalam kuadran DO dan ACTION,
kita akan menggunakan satu jadual masa yang sama juga. Mari kita susuli setiap
kuadran P.D.C.A. ini.
Dalam kuadran ini, kita akan menghuraikan matlamat atau
projek kita dengan lebih terperinci dengan menyatakan What, Why, Where, When, Who tentang matlamat
atau projek itu. Di dalam kuadran ini juga kita menghuraikan dengan terpeirinci
aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan (How) bagi merealisasi matlamat atau
projek tersebut.
Perlu diingatkan disini bahawa untuk setiap matllamat atau
projek itu diperuntukkan satu borang 5W + 1H. Kekeliruan akan timbul jika
menggunakan satu borang untuk lebih dari satu matlamat atau
projek.
11.3
DO
Di dalam kuadran ini, kita akan tetapkan masa dengan
terperinci bilakah sesuatu aktiviti yang disenaraikan (HOW) dalam borang 5W +
1H itu perlu dilaksanakan.
Perlu diingatkan disini bahawa diperuntukkan satu borang
untuk satu bulan sahaja. Pertindanan aktiviti akan berlaku jika digunakan lebih
dari satu borang untuk satu bulan itu.
11.4
CHECK
Di dalam kuadran ini pula, penyemakan samada wujud jurang
antara aktiviti yang telah dirancang (Kuadran PLAN) dengan aktiviti yang telah
dilaksanakan (Kuadran DO). Sekiranya wujud jurang, maka tentukan aktiviti
selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi merapat jurang tersebut. Senaraikan
aktiviti yang telah dikenalpasti ini ke dalam ruangan HOW, borang 5W + 1H ini.
Bagi aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti di dalam
borang 5W + 1H (kuadran CHECK), tetapkan masa untuk laksanakan aktiviti ini di
dalam jadual waktu kuadran ACTION ini.
Sebenarnya, borang 5W + 1H yang digunakan di dalam kuadran
PLAN dan CHECK serta borang Jadual Waktu di dalam kuadran DO dan ACTION itu
merupakan borang yang sama.
Apa yang berlaku disini ialah susulan telah dilaksanakan pada CHECK dan ACTION bagi
aktiviti matlamat atau projek yang telah dirancang dan dilaksanakan pada
kuadran PLAN dan DO.
Susulan-susulan ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada
keperluan iaitu samada secara mingguan, bulanan atau sela masa yang bersesuaian.
11.6 Kesimpulan Perancangan dan Perancangan Perlaksanaan Matlamat atau Projek
Perancangan dan perancangan perlaksanaan bagi sebarang
matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) itu boleh disimpulkan
seperti di bawah;
Bab 12: Pembentukan
Passion
12.1
Apa itu Passion atau ‘Nyala Rasa’?
Orang yang ada passion ini sebenarnya ibarat orang yang sudah
jatuh cinta terhadap matlamat atau projek yang beliau perlu capai. Orang yang
ada passion ini sebenarnya benar-benar serius, benar-benar penuh emosi dan
laksanakan apa yang patut dilaksanakan tanpa bertangguh. Pernahkah kita
mengalami saat-saat sebegini di dalam kehidupan kita sebelum ini?
Sekiranya kita pernah mengalami saat-saat sebegini sebelum
ini, bukankah mudah untuk kita mencapai apa yang dihajati?
Ramai orang membicarakan soal passion ini dan ramai juga
orang mengesyorkan agar punya passion dalam apa yang dilaksanakan. Mudah
bercakap agar punya passion di dalam tugas tetapi adakah kita jelas-sejelasnya
bagaimana mahu membentuk passion dalam diri?
12.2 Bagaimana ‘Passion’ Terbentuk?
Bagi memahami
bagaimana passion itu terbentuk, sila rujuk rajah dibawah;
Berdasarkan rajah di atas, disyorkan agar mengambil tindakan
dengan segera sebaik sahaja kita menetapkan matlamat atau projek itu. Bila ini
dilakukan, di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat (merujuk kepada
Packaging Expertise) atau projek (merujuk kepada Center of Excellence) itu
nanti, kita bakal melihat perkara baru atau cara pandang baru yang positif tentang
matlamat atau projek kita itu.
Perkara baru dan cara pandang baru ini tidak mungkin akan
perolehi jika tidak memulakan langkah bertindak. Bilamana kita berterusan
mengambil tindakan, lama kelamaan perkara baru dan cara pandang yang kita temui
di sepanjang perjalanan menuju pencapai matlamat atau projek itu bakal menimbulkan
‘suka’ (bahasa fikiran sedar atau ‘menteri’).
Bilamana ‘suka’ ada dalam diri kita, sudah semestinya kita
tidak akan berhenti atau berpatah balik. ‘Suka’ akan membuatkan kita terus
mengambil tindakan. Ini bakal membawa kita bertemu dengan lebih banyak lagi
perkara baru dan cara pandang baru positif tentang matlamat atau projek kita
itu.
Lama kelamaan, ‘suka’ di dalam diri itu bakal bertukar
menjadi perasaan ‘cinta’ (bahasa fikiran separuh sedar atau ‘genie’). Perasaan ‘cinta’
inilah yang dinamakan sebagai ‘passion’. Bila ‘passion sudah berada di dalam
diri, kita bakal melihat diri kita akan bertindak laju bagi mencapai matlamat
atau projek tersebut.
Jadi apakah rahsia untuk membentuk ‘passion’ di dalam diri?
Mudah sahaja! Mulakan ambil tindakan! Benarlah kata-kata pujangga barat iaitu, “Don’t worry that you are not strong enough
before you begin. It is in the journey that God makes you strong!” atau
dalam kata lain, “Jangan khuatir jika
anda tidak kuat semasa anda baru bermula. Di dalam perjalanan itu nanti Tuhan
akan membuatkan anda kuat!”
Beritahu berkali-kali kepada diri sendiri bahawa kita mampu
capai apa sahaja yang kita mahukan! Bersemukalah dengan ketakutan atau ‘FEAR’ yang dihadapi kerana ‘FEAR’ itu bermakna ‘False Evidence Appear Real’!
Bab 13: Masa – Satu Renungan
13.1 Pendahuluan
Bila kita sebut soal masa, sedarilah masa kita di atas dunia
ini kian lama kian singkat. Jika kita bertangguh untuk melaksanakan apa yang
kita hajati seperti matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of
Excellence), semestinya kita akan lebih tertekan untuk mencapainya kerana masa
kita kian singkat.
13.2 Kaedah Menimbulkan Kesedaran Tentang Masa
Bagi menimbulkan kesedaran tentang soal masa ini,
sebaik-baiknya kita muhassabah diri sendiri tentang masa dengan bertanya kan
pada diri sendiri terhadap empat soalan berikut.
Katakan, jika anda mesti tinggalkan dunia ini (meninggal
dunia) dalam masa 15 minit dari sekarang, apakah jawapan anda kepada
soalan-soalan berikut;
Soalan pertama sebenarnya berkaitan dengan soal adakah kita
jelas dengan apakah perkara penting di dalam hidup kita ini. Perkara penting
ini sudahnya menjadi amalan utama kita dalam kehidupan ini. Semestinya perkara
penting di dalam hidup kita itu sahajalah yang menjadi wasiat atau pesanan kita
kepada mereka yang kita tinggalkan. Persoalannya jika kita tidak jelas atau
tidak tahu apa yang penting di dalam kehidupan ini, kita akan hanya
mensia-siakan masa di dalam kehidupan ini.
Soalan kedua pula sebenarnya mahu melihat mutu perhubungan
kita dengan orang lain. Semestinya orang yang punya hubungan yang rapat dengan
kita sahaja benar-benar rela untuk menghantar kita ke tanah perkuburan sebagai tanda
penghormatan terakhir mereka kepada kita. Kenapa soal perhubungan dengan orang
lain ini penting bila kita bercakap tentang masa? Lagi baik hubungan yang kita
jalin dengan orang lain, bukankah lagi singkat masa yang diperlukan untuk
melaksana sebarang tugas itu? Sudahnya bukankah perhubungan baik itu amat
kritikal bagi melaksanakan kerja dalam masa yang paling optima? Perhubungan
Baik – Hasil Baik. Perhubungan Buruk – Hasil Buruk!
Soalan ketiga pula membicarakan adakah di dalam hdup ini kita
sentiasa bersedia membuat persediaan untuk meninggalkan dunia ini baik dari
soal fikiran, perasaan, spiritual atau fizikal? Bukan itu sahaja adakah kita
telah membuat persedaan untuk meninggalkan bekal secukupnya kepada mereka
terutamanya orang yang kita sayangi? Orang yang punya fikiran sebegini sudah
tentu tidak akan membuang masa untuk berusaha kerana beliau sedar beliau boleh
dipanggil Tuhannya bila-bila masa sahaja.
Soalan keempat ini pula membicarakan tentang bagaimanakah
corak perasaan diri sendiri di dalam kehidupan ini. Jika kita lihat tentang
tiga soalan pertama, bukankah tiga soalan pertama ini adalah cerita keseluruhan
kehidupan kita sendiri? Semestinya perasaan yang timbul semasa menjawab tiga
soalan pertama itu melambangkan pula perasaan yang dominan di dalam kehidupan
kita juga. Perasaan ini pula melambangkan samada kita serius dengan kehidupan
atau sebaliknya. Seorang yang serius dengan kehidupan semestinya tidak akan
mebuang masa!
Akhir kata, ingati kata-kata seorang pujangga barat. Kata
beliau, “How we spend our days is, of
course, how we spend our lives!” Fikirkan …
Bab 14: Susulan
Ringkasan aktiviti susulan kepada idea-idea yang ada dalam
program Better.Brighter ini ialah seperti dinyatakan di bawah ini;
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas sebenarnya merupakan
tuntutan kepada kita untuk melaksanakan perubahan. Bila bercakap tentang perubahan ini pula,
kita perlu jelas tentang dua perkara iaitu MENGAPA (WHY) perlu berubah dan BAGAIMANA
(HOW) perlu berubah.
Sebelum ini, ada dinyatakan di awal nota Program
Better.Brighter ini bahawa …
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah,
tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu
berubah
dan tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”
Kenapa
begitu?
Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka
dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY
yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY
yang kuat dan ada WHY yang lemah.
Kajian menunjukkan mereka-mereka yang berubah ini punya WHY
untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.
Bukan itu sahaja, mereka yang mampu berubah ini selalunya
punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa begitu? Sebab WHY
mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.
Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang
sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sehingga menimbulkan
perasaan tidak selesa selagi matlamat atau projek itu tidak dicapai.
Tidak keterlaluan dikatakan, dalam melaksana perubahan,
terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat
kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk melaksana
perubahan agar kita tidak buang masa!
Apa pun …
Why yang Kuat + How
yang Mantap = Perubahan Terhebat!
Akhir kata, adakah WHY
anda cukup kuat hingga mampu laksana apa sahaja HOW anda?
Moga kita mampu berubah
dan berjaya mencapai apa sahaja matlamat atau projek kita.
Bab 15: Pilihan Di Tangan Saya?
Diakhir nota program Better.Brighter ini, apa kata kita
renungi kata-kata di dalam rajah di bawah;
Disamping itu, sedarilah bahawa idea-idea di dalam program
Better.Brighter ini tidak boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri
sanggup menggunakan idea-idea ini di dalam usaha mencapai matlamat atau projek
masing-masing.
Hanya anda saja tahu ‘anak kunci’ kepada mengapa anda
terdesak untuk mengambil TINDAKAN.
Lain orang lain ‘anak kunci’nya!
Sebelum nota ini ditamatkan, apa kata kita sama-sama renungi
Puisi Better.Brighter di bawah ini.
Moga-moga kita diberi kekuatan dan kemudahan untuk
mengamalkan idea-idea di dalam nota program Better.Brighter ini.
Akhir kata, Ingatilah! Satu hari, kita semua akan tinggal
hanya sebagai satu memori untuk orang lain. Maka mari kita beri yang terbaik
agar kita semua menjadi satu memori yang terbaik! Janji Program Better.Brighter ini akan tetap setia dengan anda, Alumni Program Better.Brighter ...
Better.Brighter Together!
Ikhlas dari
Mior Azli Mior Md Isa
Blog: miorazliatsssabasic.blogspot.com
Facebook: Mior Azli
Email: miorami@tnb.com.my
No Phone: 019-2245-079