Nota Program Better.Brighter!
Nota Program Better.Brighter ini merupakan ilmu yang telah didokumenkan untuk rujukan selepas menghadiri Program Better.Brighter (Tahap 3 dalam Sistem Better.Brighter). Nota ini diharap dapat menjadi sumber rujukan semasa melaksanakan Sistem Better.Brighter ini dalam tugas.
Pendahuluan
Kandungan
Pendahuluan
Apa itu Better.Brighter?
Bab 1: Empat Renungan
Bab 2: Ke Arah Better.Brighter - Gambaran Besar 1TNB
Satu Renungan - Building Trust and Relationship
Bab 3: Kenal Diri
Bab 4: Bagaimana Diri Beroperasi?
Bab 5: Cara Pandang
Bab 6: Perjalanan Malam - Penjagaan Hati (Raja)
Bab 7: Analisa Profail Diri D.i.S.C.
Kesimpulan ‘Building Trust and Relationship’
Satu Renungan - Building Capacity
Bab 8 : Apa itu Matlamat?
Bab 9: Building Capacity - Packaging Expertise
Kesimpulan ‘Building Capacity’
Satu Renungan – ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
Bab 10: Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence – COE)
Kesimpulan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
Bab 11: Perlaksanaan Packaging Expertise & Center of
Excellence
Bab 12: Pembentukan Passion
Bab 13: Masa – Satu Renungan
Bab 14: Susulan 125
Bab 15: Pilihan Di Tangan Saya?
Pendahuluan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Transformasi
1TNB bagi memastikan TNB terus relevan di mata pelanggannya serta pihak yang
berkepentingan. Untuk itu, TNB telah menetapkan sasaran seperti terkandung
dalam Domestic Dominance Regional Champion (DDRC). Manakala kayu ukur bagi
menentukan samada DDRC ini tercapai adalah seperti yang terkandung dalam 6 Key
Results Area (6KRA).
Kejayaan pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada
kesudian para anggota kerja TNB untuk
menyokong dan mendokong hasrat ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar
warga kerja TNB kelihatan tidak mampu melakukan semua ini disebabkan wujudnya
masalah ‘mind set’ anggota kerja TNB yang mudah berpuas hati dengan apa yang
mereka telah perolehi.
Sekiranya keadaan ini berleluasa, sudah pasti segala
perancangan TNB untuk mencapai segala hasrat yang ada dalam Transformasi 1TNB
ini tidak akan tercapai. Ini sudahnya
membawa ketidakupayaan TNB bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan
lalu membuatkan TNB tidak relevan lagi di mata mereka seperti yang dinyatakan
di atas.
Berdasarkan kepada keperluan ini, Pusat Pembangunan
Kepimpinan TNB telah menwujudkan satu program perubahan ‘mindset’ bertajuk
Better.Brighter. Program Better.Brighter akan menekankan soal-soal berikut;
‘Gambaran Besar’ mengenai perkara yang perlu diberi penekanan
dalam TNB di waktu ini.
Kaedah bagaimana untuk melaksana pencapaian ‘Gambaran Besar’
ini secara individu atau berpasukan.
Diyakini bilamana semua peringkat anggota kerja TNB itu
benar-benar memahami dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua soal ini, ianya
akan mempengaruhi ‘mindset’ mereka untuk lebih positif lalu memudahkan mereka
menyokong dan mendokong Transformasi 1TNB ini.
Apa itu Better.Brighter?
Ianya merupakan satu slogan yang sedang digunapakai dalam
TNB ketika ini. Slogan Better.Brighter ini merupakan janji TNB kepada pelanggan
dan anggota kerjanya.
Sudahnya, apa makna Better.Brighter itu sendiri? Ianya ialah seperti apa yang tertulis dalam rajah di bawah;
Dari keterangan dalam rajah di atas, ianya ingin menjadi kehidupan semua (pelanggan dan anggota kerja TNB) Better.Brighter dengan …
1) Memberi sinar kepada semua impian
2) Memberi harapan baru untuk hari esok
3) Dengan membekalkan tenaga
4) Kepada setiap orang, setiap hari.
Contoh kepada ‘memberi sinar kepada semua impian’ ialah
dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai anak-anak yang sedang belajar
dapat belajar dengan selesa bagi mencapai impian dalam pelajaran masing-masing.
Contoh kepada ‘memberi harapan baru untuk hari esok’ ialah
dengan asbab membekalkan tenaga elektrik, ramai pesakit-pesakit yang sedang
menjalani pembedahan di hospital mempunyai harapan untuk terus hidup.
Berdasarkan dua contoh di atas tentang impian dan harapan,
saya yakin anda dapat memikirkan contoh-contoh lain. Sudahnya, bukankah tugas
kita bersama TNB merupakan satu tugas yang sangat murni dan kija betul niatnya
kerana Tuhan , kita bakal mendapat keredahaanNya.
Berdasarkan kepada rajah di atas, bukankah setiap perenggan
dalam lagu ‘Sinar Menyinari’ ini menerangkan secara tersurat mahupun secara
tersirat makna kepada setiap ayat-ayat yang digariskan di dalam makna
Better.Brighter itu?
Jadi diharapkan, selepas ini, bilamana kita menyanyikan lagu
‘Sinar Menyinari’ ini sebenarnya kita sedang mengulangkaji makna Better.Brighter
itu sendiri. Moga-moga dengan kita sentiasa menyanyikan lagu ini, kita akan
mendapat tenaga baru bagi merealisasi makna Better.Brighter ini.
Baru-baru ini, kita lihat perkataan Better.Brighter itu telah
di tambah dengan perkataan Better.Brighter Together. Apa beza antara dua slogan
ini?
Sebenarnya, slogan Better.Brighter dipakai di luar TNB iaitu
semasa kita warga kerja TNB berhadapan dengan pelanggan TNB bagi mengingatkan
kita warga kerja agar menyampaikan makna Better.Brighter kepada pelanggan TNB.
Manakala slogan Better.Brighter Together dipakai di dalam TNB iaitu sesama
anggota kerja TNB bagi mengingatkan sesama kita betapa pentingnya kita menuju
kepada makna Better.Brighter itu bersama-sama.
Bab 1: Empat Renungan
Better.Brighter menuntut perubahan dari semua anggota kerja
bagi membantu TNB mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan. Untuk
memudahkan anggota kerja TNB melalui satu perubahan, perkara asas yang perlu
ada di kalangan anggota kerja TNB ialah satu mindset atau cara pandang yang
bersesuaian.
Mindset ini sangat penting.
Mindset Positif, Hasil Positif.
Mindset Negatif, Hasil Negatif.
Satu perkara yang perlu kita fahami tentang mindset ini ialah
bilamana kita melihat satu perkara itu, lain orang, lain fahamnya. Sudahnya apa
yang difaham itu membentuk mindset seseorang itu.
Bagi mempengaruhi mindset ini agar ia mahu kepada perubahan,
ianya perlu bermula dengan seseorang itu sedar tentang maksud hidup beliau
dalam hidup ini. Maksud hidup ini bolehlah diterangkan berdasarkan rajah di
bawah;
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa hidup seorang
manusia di atas dunia ini adalah umpama seorang pengembara. Memandangkan hidup
beliau di atas mukabumi ini akan tamat satu masa nanti, maka semestinya hidup
beliau di atas muka bumi perlu bermatlamatkan untuk mencari Keredhaan Tuhannya
sebagai ‘passport’ untuk beliau hidup aman di alam-alam akan datang. (Sila
faham erti matlamat ini berdasarkan kefahaman agama masing-masing).
1) Tanda Orang Bijak
2) Niat
3) Hukum Memberi dan Menerima
4) Perubahan
Mari sama-sama kita menghayati empat renungan ini. Moga-moga
kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk menjadikan empat renungan kita ini
sebagai mindset kita.
1.1 Renungan Pertama: Tanda Orang Bijak
Bila di tanya tentang apakah tanda orang bijak itu, pasti
lain orang lain jawabnya. Perbezaan jawaban ini terletak kepada pengalaman dan
ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya. Soalnya adakah sesiapa yang
salah atau betul? Tidak! Kerana siapa kita untuk mempersoalkan jawaban
masing-masing kerana itu adalah pengalaman dan ilmu yang diperolehi
masing-masing dalam hidupnya!
Namun melalui program Better.Brighter ini, dibawa satu sudut
pandang tentang apakah tanda-tanda orang bijak itu. Ada tiga tanda orang bijak
iaitu;
1.1.1 Bolehkah saya melayani diri sendiri?
Maksud tanda pertama orang bijak ini ialah sekiranya kita
gagal, mampukah kita ketawa dan pujuk diri sendiri sambil berkata ini semua
pelajaran bagi kita. Sudahnya kita mampu bangun dan belajar dari kegagalan itu.
Sebaliknya, jika kita berjaya mencapai satu kejayaan, mampukah kita untuk
menangis sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan?
1.1.2 Bolehkah saya melayani orang lain?
Kita akan mampu melayani orang lain jika pada mulanya kita
mampu layani diri sendiri! Fikirkan. Amalan yang dianjurkan oleh program
Better.Brighter bagi mengamalkan tanda kedua orang bijak ini ialah dengan
mengamalkan ‘Salam Semut’.
Ahli Sains yang mengkaji kelompok semut ini telah merumuskan
bahawa amalan ‘salam’ yang dilakukan di kalangan semut ini adalah pencetus
kerjasama yang hebat di kalangan kelompok semut. Salahkah kita belajar dari
kelompok semut ini?
1.1.3 Bolehkah saya melayani idea baru?
Selalunya kita memilih untuk melayani sebarang idea. Pilihan
kita sangat kuat dipengauhi oleh siapa yang menyampaikan idea tersebut. Lagi
tinggi status orang tersebut, lagi sudi kita melayani idea yang disampaikan.
Fikirkan. Soalnya, perlukah begitu? Semestinya tidak!
Apa kata selepas ini, mari kita beri peluang kepada diri
sendiri agar cuba memahami apa yang disampaikan oleh orang yang menyampaikan
idea itu walaupun siapa juga beliau. Selepas kita memahaminya barulah kita
membuat keputusan samada untuk menerima atau menolaknya.
Jangan Terima, Jangan Tolak tetapi fikirkan samada idea ini
mampu membawa saya mencapai apa yang dihajati.
Pilihan Di Tangan Saya!
1.2 Renungan Kedua: Niat
Telah lama kita hidup. Apa yang kita faham tentang niat? Saya yakin lain orang lain erti mereka tentang niat. Tetapi dalam BB, niat diertikan sebagai;
NIAT + TINDAKAN = HASIL
Persamaan di atas bermaksud apa juga yang kita lakukan atas dunia ini semuanya bermula dengan niat. Sedar atau tidak sedar, faham atau tidak faham, semuanya bermula dengan niat. Niat menentukan corak tindakan kita. Mana mungkin tindakan kita berlawanan dengan niat kita! Fikirkan …
Sudahnya, dengan izin Tuhan, tindakan kita akan menghasilkan hasil yhang kita terima dalam hidup ini.
Seperkara lagi, berdasarkan persamaan di atas, dapat kita lihat dengan jelas bahawa kita mampu melihat niat kita di masa lepas dengan hanya melihat hasil yang kita terima sekarang. Siapa anda sekarang adalah sebenarnya niat anda di masa lalu!
Rumusannya, jika kita ingin hasil yang lebih baik di masa depan, perbetulkan niat kita!
Bila bercakap tentang niat, biasa kita dengar orang berkata, “Aku niat kerana Tuhan”. Apa yang anda faham tentang maksud ini. Sekali lagi, saya yakin, lain orang lain fahamnya. Soalnya adakah apa yang orang lain faham itu salah? Bagi BB semua jawaban itu betul kerana ianya melambangkan latarbelakang mereka sendiri.
Begitu juga BB, BB punya pandangannya tentang maksud niat kerana Tuhan ini. Bagi BB, ianya bermaksud;
Niat kerana Tuhan bermaksud kita berniat akan laksanakan segala aktiviti yang positif dengan terbaik tanda syukur kita kepada Tuhan yang telah dan akan memberi banyak nikmat yang tidak mampu kita balas.
Seperkara lagi, sebarang niat yang kita buat itu perlu dipastikan agar tindakan atau hasil kita itu nanti tidak melanggar perintah Tuhan dan tidak mengambil kepentingan orang lain. Jika ini kita perhatikan, dengan izin Tuhan, kita sentiasa dalam keredhaanNya.
Sekiranya, soal hubungan dengan Tuhan dan Manusia ini tidak diperhatikan, maka jadilah kita seperti golongan-golongan yang kita lihat dalam rajah di bawah;
Apa pun, jika kita benar-benar kita perhatikan dua perkara ini, maka mudahlah kita menjadi seorang yang berintegriti (cakap serupa bikin. bikin serupa cakap!) dan produktif atau berkat dalam hidup kita.
1.3 Renungan Ketiga: Hukum Memberi dan Menerima
Sudah lama kita hidup di atas mukabumi ini. Adakah kita
memahami Hukum Memberi dan Menerima ini? Jika kita memahaminya, adakah ini
telah menjadi amalan hidup kita?
Hukum ini secara asasnya menyatakan bahawa untuk menerima
sesuatu kita perlu memberi dahulu. Tidak mungkin kita boleh menerima sesuatu
sebelum kita memberi dahulu. Sebagai contoh, jika kita mahukan aman damai, kita
perlu beri sangka baik dahulu. Jika kita mahukan pengalaman dalam tugas, kita
perlu beri masa dan tenaga dalam tugas tersebut. Jika kita mahukan keredhaan
Tuhan, kita perlu menuruti perintah Tuhan dahulu.
Jika kita mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita, dengan
izin Tuhan, memang banyak kejayaan yang kita raih dalam hidup ini tidak kira
apa juga cabang hidup itu, baik dalam kerjaya, famili atau masyarakat. Cuba
semak diri sendiri, adakah sebelum ini kita berjaya mencapai apa yang kita
hajati? Jika ianya benar, sememangnya kita banyak memberi untuk mencapai apa
yang kita hajati baik dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit.
Hukum ini, kita sedar atau tidak, kita faham atau tidak,
tetap berlaku kepada diri kita. Itu sebab penting sangat kita memahaminya agar
kita tidak dimakan ‘sumpah’ hukum ini. Sudah ramai manusia kecundang dalam
hidup ini kerana cuai dengan hukum ini.
Satu perkara yang perlu kita jelas tentang hukum ini ialah
hukum ini tidak pernah lupa. Hukum ini tetap akan kita terima padahnya walaupun
masa telah berlalu. Mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun
depan kita akan terima padahnya. Mungkin juga keturunan kita yang akan menerima
balasannya atau mungkin kita akan terima di alam akhirat nanti. Apa pun kita
tetap akan menerima balasan akibat apa yang kita beri sebelumnya!
Sebagai contoh, dalam program Better.Brighter, kita telah
dipertontonkan video cerita Dr. Prajak Arunthong. Cerita ini mengesahkan
bagaimana seorang peniaga makanan telah membantu seorang budak untuk membeli
ubat untuk ibu budak tersebut yang sedang sakit. Budi peniaga makanan itu telah
dibalas Tuhan 30 tahun kemudiannya apabila peniaga itu sendiri sakit dan kita
dapat saksikan bahawa orang tua itu telah dibantu sendiri oleh seorang doktor
yang mana doktor itu merupakan budak yang ditolong oleh peniaga tersebut untuk
membeli ubat untuk ibunya satu ketika dahulu.
Ini membuktikan bahawa hukum ini ‘tidak lupa’ untuk bertindak
di dalam kehidupan kita walaupun ianya mengambil masa yang lama. Moga-moga
cerita peniaga dan doktor ini menjadi pedoman bagi kita untuk menitikberat hukum
ini di dalam kehidupan kita sendiri.
Dalam usaha kita di TNB untuk mentransformasi TNB ini agar
mencapai hajat bersama kita iaitu DDRC, sangat penting kita memerhatikan hukum
ini dalam segenap tindak tanduk kita semasa bertugas. Jika kita benar-benar
mahu mencapai DDRC tersebut, inilah satu mindset yang perlu kita pegang dan
dengan izin Tuhan, ini bakal membawa kita laju mencapai DDRC itu.
Moga-moga selepas ini kita diberi kesedaran dan kekuatan
untuk mengamalkan hukum ini di dalam hidup kita.
1.4 Renungan Keempat: Perubahan
Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud hadis
yang berbunyi;
“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada
ganjarannya (bagi kamu).”
(Hadis dilapurkan oleh Bukhari
dan Muslim).
Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini
tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!
Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita
simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik
akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak
berubah.
Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah
bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di
bawah ini;
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah, tetapi mereka tidak nampak
keperluan mengapa perlu berubah
dan tidak tahu bagaimana berubah.”
Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah kita
perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya berubah.
Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka susah
untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan kepada
dua persoalan di atas. Fikirkan …
Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini.
Sudahnya itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakukan perubahan, ada
yang lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam
melaksanakan perubahan!
Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih
peka dengan soal ini bilamana kita mengingati cerita ‘katak rebus’. Cerita
katak rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu
air yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut
walau air itu bakal membunuhnya.
Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air
itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak
itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?
Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila
datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan disebabkan
keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan tersebut, kita
sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada kehancuran kita.
Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin menyeronokkan.
Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita
renungkan. Semua orang merasakan
perubahan itu payah! Dalam kata lain … Bukan anda seorang sahaja yang merasakan
perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga terlaksana
perubahan itu!
Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada
diri. Adakah Aku ingin Berubah?
Hidup adalah satu permainan tentang perubahan. Tidak wujud berdiam
diri dalam dunia ini. Tidak wujud berdiam diri dalam hidup ini. Aku tidak boleh
berdiam diri selamanya! Aku samada bergerak ke depan atau ke belakang. Jika aku
tidak berminat untuk bergerak ke depan, Aku semestinya sedang bergerak ke
belakang! Aku akan berubah kerana itu tanggungjawab aku. Bukan tanggungjawab
orang lain mengubah aku!
Itulah dia empat renungan yang perlu kita benar-benar hayati
yang bakal memudahkan kita berdepan dan melaksana perubahan. Empat Renungan ini
bilamana menjadi mindset kita, ianya bakal menghindarkan diri kita terkena
‘Penyakit Bangau’.
Saya rasa, anda masih ingat cerita Bangau Oh Bangau yang
selalu kita dengar semasa kita kecil-kecil dahulu. Kalau diperhatikan kata-kata
dalam cerita itu, bangau suka sangat memberi alasan. Bila ditanya mengapa
engkau kurus, jawab bangau, macam mana dia tak kurus sebab ikan tak mahu
timbul. Bukankah ini alasan namanya?
Sudahnya jika dilihat dalam cerita selanjutnya, semua terkena
‘Penyakit Bangau’. Semua suka memberi alasan! Tetapi tidak kepada ular. Bila di
tanya kepada ular, mengapa engkau makan katak? Dijawab ular, itu makanan aku!
Ular dalam cerita ini tidak memberi alasan tetapi sebaliknya
berterus terang memberitahu apa yang perlu dilakukan agar dirinya tidak lapar!
Ular merupakan contoh terbaik dalam hidup ini bagi mereka yang sentiasa
bertanggungjawab (responsible) dan mampu dipertanggungjawabkan (accountable) di
dalam kehidupan ini tanpa asyik suka menyalahkan orang lain!
Hindarkan diri menjadi Bangau!
Satu syor, berikut apa kata kita halakan mindset baru ini
(berdasarkan empat renungan) bagi mencapai apa yang telah ditetapkan di dalam
TNB ini. Namun ini mesti bermula dengan memahami dahulu apa yang penting di
dalam TNB ini seperti yang terkandung di dalam 'Gambaran Besar 1TNB'.
Bab 2: Ke Arah Better.Brighter - Gambaran Besar 1TNB
Berikut mari kita sama-sama fahami maksud ‘Gambaran Besar
1TNB’ ini dalam bahasa yang mudah. Bila kita bercakap dalam bahasa yang mudah,
maka mudah kita fahami dan sudahnya mudah wujud niat untuk menyokong dan
mendokong cerita yang terkandung dalam ‘Gambaran Besar 1TNB’ ini.
2.1 Perkara 1: Anggota Kerja TNB
Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB
untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana
ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup
membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …
Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan
yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu.
Soalnya apa matlamat TNB itu?
2.2 Perkara 2: Domestic Dominance Regional
Champion (DDRC)
DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB
tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?
Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar
segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB.
Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya
TNB harus mempunyai mindset bisnes.
Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada
pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes
pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini
sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti kedudukan
TNB tergugat.
Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang
kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara
dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi
tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara
bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan.
Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini
ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara
Afrika.
Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB terus
relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan anggota
kerja TNB khususnya. Atas sebab itu,
anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut
cabaran DDRC ini.
Kesan Penjualan aset
EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.
Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang
sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah
mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam
atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan
calang-calang kemampuannya.
Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan
anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada
cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak
akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam Negara jika kita di
dalam TNB ini terus alpa.
Reimagining TNB
Atas sebab itu, TNB perlu segera menjadi ‘BIG, FAST, SMART’
agar mampu bersaing dengan para pesaingnya!
Itulah sebabnya mengapa segala inisiatif TNB masakini seperti
inisitaitf ‘Value Unlocking Program’ (VUP), Pencarian Future CEO, ‘Merger and
Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat di beri perhatian dan disokong
dalam usaha menjadikan TNB ‘BIG, FAST, SMART’ secepat mungkin!
Untuk mencapai DDRC, ianya adalah umpama satu peperangan. Ini
adalah kerana bukan TNB sahaja ingin mencapai apa yang terkandung dalam DDRC
malah banyak lagi syarikat yang mahu mencapainya. Sudahnya TNB mesti
‘berperang’ dengan syarikat lain bagi mencapainya.
Untuk pergi ‘berperang’, anggota kerja TNB perlukan kepada
‘senjata’. ‘Senjata’ anggota kerja TNB itu adalah seperti yang terkandung dalam
‘Vibrant Workforce Productivity Revolution’.
2.3 Perkara 3: Vibrant Workforce Productivity
Revolution (VWPR)
Apakah yang terkandung di dalam VWPR itu?
Terdapat dua komponen utama di dalam VWPR ini.
Pertama ialah Vibrant Workforce. Tanda anggota kerja TNB
‘vibrant’ ialah anggota kerja TNB perlu mempunyai dua kualiti utama.
Kualiti Pertama, hubungan sesama anggota kerja TNB serta
pelanggan dan pihak yang berkepentingan perlu berada pada tahap yang terbaik
lalu menimbulkan saling mempercayai antara mereka. Inilah yang dinamakan
sebagai ‘Building Trust and Relationship’
Kualiti Kedua, sebagai tanda anggota kerja TNB itu vibrant
ialah ilmu, kemahiran, pengalaman dan kompetensi setiap mereka baik secara
individu maupun secara berpasukan adalah pada tahap terbaik. Itulah maksudnya
‘Building Capacity’
Bilamana ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building
Capacity’ ada di kalangan anggota kerja TNB, ianya juga bakal memudahkan mereka
membina prestasi tugas yang lebih baik (‘Buiding Performance’) dan menwujudkan
pertumbuhan di dalam usaha mereka (‘Building Growth’)
Apabila anggota kerja TNB mampu ‘Buiding Performance’ dan
‘Building Growth’, ini menandakan pencapaian ‘Productivity Revolution’. ‘Productivity
Revolution’ ini pula merupakan komponen kedua di dalam VWPR.
Rajah di bawah adalah ringkasan kepada penerangan VWPR di
atas.
Itulah dia ‘senjata’ anggota kerja TNB untuk pergi
‘berperang’ bagi mencapai DDRC. Disamping ‘senjata’, anggota kerja TNB juga
memerlukan satu slogan perang bagi memastikan semangat mereka pada tahap yang
tinggi. Seruan perang TNB ialah ‘Transformasi 1TNB’.
2.4 Perkara 4: Transformasi 1TNB
Dalam bahasa mudah, Transformasi 1TNB bermakna ‘Satu TNB mahu
berubah!’. Selagi seseorang anggota kerja TNB itu ‘dibayar gaji’ oleh TNB, maka
beliau termasuk dalam golongan yang mahu berubah ini. Maksud akhir kepada
Transformasi 1TNB ialah seperti rajah di bawah.
Maksud gambaran rajah di atas ialah;
TNB Untung, Anggota Kerja TNB Untung
Anggota Kerja TNB Untung, TNB Untung
2.5 Perkara 5: 5 + 1 KRA
Apa itu KRA? KRA ialah Key Result Area (Bidang Keberhasilan
Utama). 5 + 1 KRA telah dikenalpasti
sebagai kayu ukur untuk menentukan samada TNB telah menghampiri atau mencapai Domestic Dominance, Regional Champion.
Asalnya 5 KRA dikenalpasti kemudian 1 lagi KRA mengenai SEBS
ditambah. Untuk itu terdapat 5+1 KRA untuk program Transformasi 1TNB.
KRA1 Enhance Regulatory Management (Menambahbaik Hubungan
Dengan Pihak Kawalselia)
KRA2 Exceed Customer
Expectation (Melangkaui Kehendak Pelanggan)
KRA3 Drive
Operational Cost Efficiency (Menggurus Kos Dan Operasi Secara Efisien)
KRA4 Grow Profitable
New Business (Meluas Bisnes Baru)
KRA5 Oragnization Transformation
(Transformasi Organisasi)
KRA6 SESB Turnaround
(Memperkukuh SESB)
2.5.1 KRA1 - Menambahbaik Hubungan Dengan Pihak
Kawalselia
KRA ini diwujudkan untuk mengambil kira pihak2 berkepentingan
yang menentukan kewujudan (keputusan tentang hidup mati) operasi Regulated
Business TNB. Regulated Business TNB adalah Generation Transmission
Distribution (GTD) yg mempunyai tanggungjawab untuk pembekalan tenaga elektrik
di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Pihak berkepentingan ini adalah Suruhanjaya Tenaga, KeTTHA
(Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Ahli-ahli Politik/Wakil
Rakyat.
Sasaran untuk KRA1 ini adalah …
1. Mengekalkan TNB sebagai VIU (Vertical Integrated Unit).
TNB kekal menjadi satu entiti GTD dan tidak dipecah-pecahkan.
2. Kapasiti penjanaan oleh TNB >60%. Contohnya kapasiti
pasaran penjanaan sekarang adalah 16,900MW (Stesen Janakuasa TNB + IPP). TNB
ingin menguasai 10,140MW (60%) atau lebih.
3. FCPT - Fuel Cost Pass Through (Perlepas Kos Bahan Api).
Kos operasi TNB tidak terkesan dengan naik turun harga bahan api.
2.5.2 KRA2 - Melangkaui Kehendak Pelanggan
Terdapat 8.6 juta pelanggan TNB - domestik dan komersial.
Jika pelanggan TNB puashati dan suka pada TNB, mereka akan menyokong TNB untuk
mencapai aspirasinya.
Sasaran untuk KRA2 ini adalah …
1. Menambahbaik ‘customer touchpoint’ (titik hubungan) supaya
lebih cekap dan mesra. Adalah
disasarkan:
a. Supply Connection Period dalam tempoh 7hari atau kurang.
b. Menambahbaik Pusat Khidmat Pelanggan dan Customer Channel (saluran
untuk pelanggan berhubung)
c. Projek SMART Meter.
2. CSI (Customer Satisfaction Index) disasarkan 8.0
2.5.3 KRA3 - Mengurus Kos Dan Operasi Secara Berkesan
TNB mempunyai 110 Billion nilai aset. Aset TNB ini perlu
diuruskan dengan baik terutamanya dengan kos yang efisien agar produktiviti
anggota kerja TNB meningkat dan keuntungan TNB bertambah.
Sasaran untuk KRA3 ini adalah …
1. Mengoptimumkan Pengurusan Aset. Memfokuskan pada C-P-R
(Cost-Performance-Risk)
2. Mengoptimumkan CAPEX (projek) & Mengurangkan OPEX (Kos
Operasi)
3. Kearah Sistem Perolehan (Procurement) yang terbaik
2.5.4 KRA4 - Meluaskan Bisnes Baru
Memfokus kepada ‘Non Regulated Business’ (bukan GTD)
contohnya bisnes anak-anak syarikat sedia ada seperti REMACO, MTM, TSG, TCI.
Juga meningkatkan pertumbuhan bisnes antarabangsa dengan memfokus di Asia
Tenggara, Timur Tengah juga Afrika.
Sasaran untuk KRA4 ini adalah 15%-30% dari pendapatan
Kumpulan TNB adalah dari bisnes-bisnes tidak dikawal selia dan bisnes luar
negara menjelang tahun 2025.
2.5.5 KRA5 - Transformasi Organisasi
Terdapat 36 ribu anggota kerja TNB. Anggota kerja adalah
kunci kepada Program Transformasi 1TNB. TNB perlu menghasilkan pemimpin untuk
menjadi agen perubahan untuk mencapai aspirasi DDRC.
Sasaran untuk KRA5 ini adalah …
1. Setiap anggota kerja memahami, menyokong, fokus dan
mengambil tindakan untuk mencapai aspirasi DDRC - Program Transformasi Wave1,
Wave2 dan Program Better.Brighter ini sendiri.
2. Menghasilkan Pemimpin di setiap lapisan. Program 7Habits
& TNB Future CEO.
3. Perlaksanaan Value Unlocking Program (VUP)
VUP terdiri daripada tiga inisiatif utama iaitu;
Unlocking Financial Value
Unlocking Customer Value
Unlocking People Value
Berdasarkan kepada tiga inisiatif di atas, selain mengemaskini
pengurusan kewangan TNB, ‘Unlocking Financial Value’ dicapai dengan
mengemaskini pengurusan pelanggan. Selanjutnya, selain mengemaskini pengurusan
pelanggan, ‘Unlocking Customer Value’ dicapai dengan mengemaskini pengurusan
sumber manusia.
Dibawah inisiatif ‘Unlocking People Value’, terdapat tiga
perkara utama perlu dilaksanakan iaitu,
Penyusunan Semula Struktur Organisasi
Penyusunan Semula Sistem Pembinaan Kompetensi
Penyusunan Semula Proses Kerja
Diharapkan, bila ketiga-ketiga inisiatif dibawah VUP ini
terlaksana, ianya bakal meningkatkan nilai TNB
itu sendiri.
2.5.6 KRA6 Memperkukuh SESB
Memfokus untuk menambahbaik Kawal Selia, Keselamatan Bekalan,
Perkhidmatan Pelanggan, Aliran Tunai dan Transformasi Organisasi.
Pencapaian 5 + 1 KRA bakal menyaksikan pencapaian DDRC. Bilamana
DDRC tercapai, anggota kerja TNB boleh berdiri dan melaungkan seruan ‘Unlock
the Talent, Unleash the Potential’ yang merupakan perkara ke 6 dalam Gambaran
Besar TNB ini.
2.6 Perkara 6: ‘Unlock the Talent, Unleash the
Potential’
Seruan ini sebenarnya berkait rapat dengan empat thrust yang
telah dinyatakan sebelum ini iaitu ‘Unlock the Talent’ berkait rapat dengan
dengan ‘Building Trust and Relationship’ dan ‘Building Capacity’. Manakala ‘Unleash
the Potential’ berkait rapat dengan ‘Building Performance’ dan ‘Building
Growth’
Untuk memudahkan mengingati seruan ini, disyorkan untuk
mengkaitkan seruan ini dengan video ‘Red Bull’ yang telah ditayangkan di dalam
program BB. Video ini mengesahkan cerita seorang penunggang motosikal yang
berjaya ‘melompat’ dan terjun dari satu bangunan dengan menunggang
motosikalnya.
Kemahiran penunggang motosikal ini adalah gambaran ‘Unlock
the Talent’ manakala kehebatan penunggang motosikal ini untuk ‘melompat’ dan
‘terjun’ dari bangunan itu pula adalah gambaran ‘Unleash the Potential’
2.7 Perkara 7 : Hasrat Better.Brighter
Selepas anggota kerja TNB melaksanakan perkara 1 hingga 6,
sedar atau tidak sedar, anggota kerja TNB sebenarnya telah mencapai segala 8 +
2 hasrat (8 hasrat asal ditambah 2
hasrat yang dimaklumkan pada awal tahun 2015) yang terkandung dalam slogan
Better.Brighter ini. Rujuk gambarajah dibawah …
2.8 Perkara 8: Konsep C.E.O.
Sebenarnya, 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini merupakan juga
‘corak hubungan’ yang mahu dibina oleh ‘Owner’ (tuanpunya) TNB ini dengan
‘Customer’ (Pelanggan) nya dan ‘Employee’ (Anggota Kerja) nya. Inilah
sebenarnya matlamat utama dalam konsep C.E.O. ini.
2.9 Perkara 9: Semangat Baru (Revitalizing)
Pencapaian 8 + 2 hasrat Better.Brighter ini juga bakal
membawa Semangat Baru (Revitalizing) kepada TNB dan anggota kerja TNB sendiri.
2.10 Perkara 10: Jenama (Brand) TNB
Kita perlu faham dan sedar bagaimana seseorang pelanggan itu mula
yakin dengan jenama TNB. Ianya boleh dijelaskan dengan mudah seperti persamaan
di bawah;
Pengalaman = Perasaan =
Keyakinan Pelanggan kepada Jenama TNB
Dari persamaan di atas, semuanya bermula dengan usaha bagi
meninggalkan pengalaman yang baik dalam diri pelanggan. Itulah sebabnya penting
anggota kerja TNB melaksanakan perkara 1 hingga 9 kerana ianya bakal
meninggalkan pengalaman yang baik di dalam diri pelanggan.
Bila wujud pengalaman ini, berikutnya akan wujud perasaan
yang baik dalam diri pelanggan kepada Jenama TNB. Perasaan ini sangat penting
kerana perasaan lebih kuat berbanding fikiran/logik dalam mempengaruhi diri pelanggan
dalam membuat keputusan untuk mengguna sesuatu produk atau servis yang ditawar
oleh jenama TNB.
Bila pelanggan sudi menggunakan produk atau servis yang
ditawarkan oelh jenama TNB, ini tanda mereka mempunyai keyakinan kepada jenama
TNB.
2.11 Perkara 11: Make a Difference
Jika anggota kerja TNB laksanakan perkara-perkara 1 hingga 10
ini, itulah cara anggota kerja TNB ‘Make a Difference’ dalam tugas mereka.
2.12 Perkara 12: Better.Brighter Together
Ini sudahnya bakal menjadikan anggota kerja TNB semua
Better.Brighter Together!
Nota: Perbezaan antara slogan Better.Brighter! dan
Better.Brighter Together! ialah slogan Better.Brighter! digunakan di luar TNB
manakala slogan Better.Brighter Together! digunakan sesama anggota kerja TNB
(dalam TNB).
2.13 Perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB
Selepas kita memahami Gambaran Besar 1TNB ini, persoalan
berikut yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana anggota kerja TNB harus
membuat perlaksanaan bagi merealisasi segala hajat yang terkandung di dalam
Gambaran Besar 1TNB ini?
Jelas sekali dari rajah di atas, bahawa pintu masuk
perlaksanaan Gambaran Besar 1TNB ini ialah dengan mengambil tindakan bagi
menwujudkan ‘Four Thrust’ (Building Trust & Relationship, Building
Capacity, Building Performance dan Building Growth) di dalam tugas anggota
kerja TNB. Dengan melaksana ‘Four Thrust’ ini, dengan sendirinya ianya juga
bakal membawa tercapainya perkara-perkara lain di dalam Gambaran Besar 1 TNB
itu.
Bila menyebut untuk mengambil tindakan terhadap ‘Four Thrust’
ini, semestinya anggota kerja TNB memerlukan satu kaedah dan alat bagi
melaksana setiap ‘Four Thrust’ ini. BB telah mengutarakan satu kaedah dan alat
yang khusus bagi menangani setiap ‘Thrust’ ini.
Tulisan di dalam nota ini akan membicarakan secara terperinci
kaedah dan penggunaan alat-alat ini bagi merealisasi setiap ‘thrust’ ini.
Diyakini, bila sesesorang anggota kerja TNB atau sekumpulan anggota kerja TNB
itu mampu melaksana kaedah dan alat ini, maka dengan sendirinya Gambaran Besar
1TNB ini bakal tercapai.
Jom kita susuri cerita kaedah dan alat ini dengan niat untuk
memahami dan mengamalkannya dalam tugas!
Satu Renungan - Building
Trust and Relationship
Bila menyebut tentang ‘Building Trust and Relationship’,
ramai di kalangan kita mampu memberi cadangan dan pandangan untuk bagaimana
membinanya. Namun, hasil yang kita perolehi berdasarkan cadangan dan pandangan
untuk membinanya itu tidak begitu memberangsangkan. Apakah perkara yang perlu
kita laksanakan?
Menurut pandangan program BB ini pula, untuk ‘Building Trust
and Relationship’, kita perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar
iaitu ‘Kenal Diri’ atau ‘Kenal Siapa Manusia’ itu dahulu.
Tanpa mengenali siapakah manusia itu terlebih dahulu, mana
mungkin kita mampu ‘Building Trust and Relationship’ kerana ‘Building Trust and
Relationship’ adalah soal menambahbaik interaksi antara anggota kerja.
Penambahbaikan ini tidak mungkin wujud jika tiada pengetahuan tentang siapakah
manusia dan bagaimana seseorang manusia itu beroperasi.
Bilamana pengetahuan ini diperolehi, barulah kesedaran akan wujud
bahawa manusia itu mempunyai persamaan dan perbezaan. Ini bakal membuka mata
kita untuk melihat manusia lain dari sudut pandang yang lebih positif. Bila
cara pandang terhadap manusia itu lebih positif, bukankah ini tanda ‘Building
Trust and Relationship’ terbentuk? Fikirkan sejenak …
Bab 3: Kenal Diri
3.1 Pendahuluan
Bila menyebut mengenali manusia itu, program BB bermula
dengan bertanyakan satu soalan pokok iaitu, bagaimana kita melihat manusia itu?
Kita melihat manusia itu sebagai ‘barang’ atau ‘orang’?
Menuruti kajian yang dilakukan oleh satu institut di Amerika Syarikat
bernama ‘Arbinger Institute’, kita melihat manusia sebagai ‘barang’ bilamana
kita melihat manusia itu sebagai;
1) Batu Loncatan
2) Batu Penghalang
3) Tidak Relevan
Sedar tidak sedar, pada ketika-ketika inilah kita melihat
manusia sebagai ‘barang’. Persoalan yang lebih penting, adakah kita melihat
orang yang kita sayangi atau rapat dengan kita sebegini? Yang jelasnya, bila
kita melihat manusia sebagai ‘barang’, memang sukar untuk kita ‘Building Trust
and Relationship’ sesama kita! Fikirkan sejenak …
Sebaliknya, kita melihat manusia sebagai ‘orang’ ketika kita
mampu hormati (respect) …
1) Fikiran mereka
2) Perasaan mereka
3) Pilihan mereka
4) Tindakan mereka
… walaupun ianya berbeza dengan kita kerana mana mungkin
ianya sama kerana kita sedar
latarbelakang kita berbeza. Persoalan yang lebih penting, adakah kita mampu
hormati (respect) fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang yang kita sayangi
atau rapat dengan kita? Yang jelasnya, bila kita melihat manusia sebagai
‘orang’, memang mudah untuk kita ‘Building Trust and Relationship’ sesama kita!
Fikirkan sejenak …
Semua kita sedar bahawa setiap manusia itu memang telah
dilahirkan berjaya. Buktinya, dari beratus juta sperma ayah kita yang cuba
bercantum dengan ovum ibu kita, hanya satu sperma sahaja yang berjaya bercantum
dan itulah kita.
Tetapi mengapa bila kita mula membesar dan dewasa di atas mukabumi
ini, kita mulai memandang rendah keupayaan diri sendiri? Ini berlaku kerana
kita tidak punya ilmu dan kesedaran tentang siapa kita.
3.2 Siapakah Manusia?
Manusia itu terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu;
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak
Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)
Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu;
Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan
Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;
Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat
Tindakan
Dalam mengenal diri,
kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian diri ini
dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini bekerjasama atau
beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam hidup kita ini.
Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan
satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita
tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian
diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).
Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh
menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah
tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia
namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …
Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau
beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.
3.3 Gambaran Seorang Manusia
Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor
kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet
telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;
Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan
bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar
berbanding bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan
KEMAMPUAN bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding
bahagian diri yang fizikal.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal
dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;
Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran) –
Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan)
– Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian)
– Umpama ‘Raja’
Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini,
kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh
Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding
Fikiran Sedar.
Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula
ialah dimana letaknya tubug badan kita.
Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti
berikut;
Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)
Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini,
perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;
Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’
Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini
semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.
Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri, Genie
dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’. Manakala
gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk cerita dalam
satu negeri.
Bab 4: Bagaimana Diri Beroperasi?
4.1 Pendahuluan
Selepas kita mengenali bahagian diri seorang manusia itu,
berikut mari kita lihat bagaimana ke empat-empat bahgian diri ini bekerjasama
atau beroperasi sebagai satu sistem untuk menghasilkan hasil dalam hidup
seseorang manusia itu baik untuk satu hasil yang positif atau negatif.
Penting untuk kita mengetahui bagaimana bahagian diri ini
bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem kerana ianya akan mampu
membantu kita untuk mengetahui dimanakah di dalam diri kita yang bermasalah
lalu menghalang kita mendapat hasil yang positif dalam hidup.
4.2 Operasi Diri Manusia
Berdasarkan rajah di atas, anda dapat lihat bahawa sebarang
idea yang masuk berjumpa dengan Menteri melalui deria-deria itu tidak positif
maupun negatif keadaannya.
Namun bila idea itu hadir bersama Menteri, Menteri anda akan
mula memikirkan (menganalisa atau merancang) idea tersebut. Analisa atau
perancangan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Raja untuk dibuat
pilihan/keputusan.
Menteri anda dikatakan berfungsi dengan baik sekiranya bagi
sebarang idea yang hadir pada Menteri, Menteri anda sentiasa bertanyakan soalan
berikut: “Adakah idea ini boleh bawa
capai hajat saya?”. Analisa atau
Perancangan yang dilaksanakan oleh Menteri anda bergantung kepada cara pandang
anda terhadap idea tersebut.
Bercakap mengenai cara pandang ini, adakah kita menyedari
cara pandang kita tentang kehidupan ini? Hakikatnya, jika betul cara pandang
kita tentang sesuatu perkara itu, maka sudahnya akan betulah analisa atau
perancangan kita. Atas sebab itu, prihatinlah dengan cara pandang anda!
Sebelum Raja membuat keputusan sama ada menerima atau menolak
idea tersebut, Raja memerlukan bukti-bukti bagi menyokong keputusannya.
(Bayangkan operasi dalam satu mesyuarat)
Bukti-bukti ini datang dari 4 sumber utama seperti berikut;
- Sumber dari idea
logik (Menteri)
- Sumber dari Ilham
atau Bisikan Malaikat
- Sumber dari nafsu
atau perasaan (Genie)
- Sumber dari
Bisikan Syaitan
Setiap masa, keempat-empat sumber ini berlumba-lumba untuk
mempengaruhi Raja. Sudahnya sumber yang paling kuat akan berjaya mempengaruhi
Raja. Selepas Raja membuat keputusan, Menteri akan melaksanakan dua kerja utama
seperti berikut;
Merancang dan memaklumkan segala arahan Raja kepada Rakyat
untuk mengambil tindakan lalu mengeluarkan Hasil. Rakyat akan hanya mengambil
tindakan sesuai dengan keputusan Raja.
Memaklumkan kepada Genie segala arahan Raja. Jika ini
dilaksanakan berkali-kali, arahan Raja ini akan diterima oleh Genie.
Satu idea yang disampaikan kepada Genie secara berkali-kali
ini akhirnya akan tinggal tetap di dalam Genie. Idea ini dipanggil TABIAT.
Tabiat adalah perkara yang kita lakukan tanpa memerlukan
campurtangan Menteri. Contoh tabiat ialah hisap rokok lepas makan, datang
lewat, berbelanja besar, tidak tinggal sembahyang, kuat membaca, membawa kereta
dan sebagainya.
Dari penerangan ini, boleh disimpulkan bahawa terdapat dua
kumpulan utama yang cuba mempengaruhi Raja.
Satu kumpulan cuba membawa kepada kehancuran manakala satu kumpulan lagi
cuba membawa kepada kebaikan.
Itu sebab mengapa penting sangat untuk menjaga Raja ini agar
tidak dikotori. Jika ianya kotor, sudah pasti ianya tidak mampu memimpin diri
ke arah kebaikan dan Raja mudah sangat dipengaruhi oleh kuasa-kuasa yang mahu
membawa negeri (diri) kepada kehancuran.
Bagaimanakah caranya untuk memelihara Raja agar tidak
dikotori? Mudah sahaja. Turuti Perintah Tuhan dan cara yang ditunjukkan oleh
pesuruhNya 24/7! Fikirkan …
Ringkasan dari rajah di atas ialah …
Fikiran + Perasaan + Pilihan/Keputusan + Tindakan
menghasilkan Hasil dalam kehidupan. Manakala William James, seorang pemikir
barat telah mendefinasikan sikap sebagai gabungan fikiran, perasaan,
pilihan/keputusan dan tindakan.
Sebagai contoh, apakah sikap anda terhadap kerja anda
sebenarnya bermakna apakah fikir anda terhadap kerja anda, apakah rasa anda
terhadap kerja anda, apakah keputusan anda terhadap kerja anda dan apakah
tindakan anda terhadap kerja anda.
Dari kenyataan di atas membuktikan Hasil bersamaan dengan
Sikap. Dalam kata lain, jika anda mahu Hasil yang baik maka Sikap anda terlebih
dulu perlu baik.
Cerita mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya!
Sekiranya dalam hidup ini, anda menerima hasil yang negatif,
tanyakan pada diri anda hasil negatif ini berpunca dari mana?
Berdasarkan dari rajah di atas, jelas kelihatan ianya
berpunca dari tindakan yang negatif. Tindakan yang negatif ini pula berpunca
dari keputusan negatif yang anda buat. Keputusan negatif ini banyak dipengaruhi
oleh rasa negatif dan fikir yang negatif.
Jadi jika anda mahu mengubah hasil yang negatif kepada
positif, jelas kelihatan dari rajah di atas, anda perlu mulakan dengan melayan
satu idea yang positif dan kemudiannya idea ini disalurkan melalui sistem
‘stick person’ ini. Satu masa ianya akan keluar sebagai satu hasil yang positif
di atas tapak tangan anda.
4.3 Penggunaan Konsep Stick Person
Sebenarnya ada banyak penggunaan konsep Stick Person ini. Antara
penggunaannya ialah seperti berikut;
1) Memahami
dengan mudah apa maknanya Kesedaran Diri.
Berdasarkan konsep Stick Person ini, kesedaran diri boleh
ditakrifkan seperti rajah dibawah;
Sekiranya seseorang itu memahami apa yang dimaksudkan dengan
kesedaran diri seperti yang dinyatakan di dalam rajah di atas, maka mudah
beliau bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dalam hidupnya.
Sebaliknya, dalam hidup ini beliau sentiasa akan menjadi mangsa keadaan dan
selalu suka menyalahkan orang lain (Budaya Bangau).
2) Membantu
melihat Manusia sebagai ‘Orang’
Berdasarkan konsep Stick Person ini, mudah bagi seseorang itu
‘nampak’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang lain. Bila kita mudah
‘nampak’ maka mudah kita menghargai mereka walaupun fikiran, perasaan, pilihan
dan tindakan mereka berbeza dengan diri kita sendiri kerana kita sedar kita
punya latarbelakang yang berbeza. Ini sudahya memudahkan kita melihat manusia
sebagai ‘orang’ dan bukan ‘barang’. Ini akhirnya bakal memudahkan kita membina
hubungan baik dan menwujudkan saling mempercayai di kalangan kita. (Building
Trust and Relationship)
3) Menganalisa
Hasil yang diterima atau Merancang Hasil yang mahu dicapai
Melalui konsep Stick Person ini juga mudah kita menganalisa
sebarang hasil yang telah diterima atau merancang sebarang hasil yang mahu
dicapai kerana melalui ilmu bagaimana operasi diri, kita mudah ‘nampak’ apa
yang terbina mahupun perlu dibina dalam diri sendiri. Bila kita ‘nampak’, ini
memudahkan memperbaiki diri untuk mendapat hasil yang diingini.
Bab 5: Cara Pandang
Cara pandang amat mempengaruhi hasil yang kita terima di
dalam hidup ini!
Ini adaah kerana cara pandang akan mempengaruhi niat kita.
Niat kita pula akan mempengaruhi tindakan kita. Dengan izin Tuhan, tindakan kita
inilah yang bakal menentukan hasil yang kita terima. (Rujuk rajah di bawah)
Sepertinya cerita orang 6 orang buta dengan seekor gajah di
dalam rajah di bawah ini, bukankah cara pandang setiap orang buta akhirnya
mempengaruhi hasil yang diterima oleh setiap daripada mereka?
Dalam hidup ini, kita perlu semak cara pandang kita terhadap
sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita. Silap cara pandang, dua negara
pun boleh berperang!
Ingatlah, perubahan pertama yang memungkinkan kita untuk terbang
tinggi adalah perubahan cara pandang.
Akhir sekali. Apakah cara pandang anda terhadap …
Pilihan Di Tangan Saya!
Bab 6: Perjalanan Malam
- Penjagaan Hati (Raja)
6.1 Pendahuluan
Hati yang di anggap sebagai Raja di dalam diri (negeri) seorang
manusia ini perlu diberi perhatian istimewa agar ianya tidak dikotori. Sebelum
ini, kita sudah pun sedia maklum bahawa jika raja ini dikotori, maka raja ini
akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang cuba menghancur diri (negeri)
baik dari dalam atau luar diri.
6.2 Tujuan Kehidupan
Permulaan untuk memperbaiki hati kita ialah dengan mengenalpasti
dahulu apakah tujuan Tuhan lahirkan kita di atas mukabumi.
Berdasarkan rajah di bawah dapat dilihat dengan jelas bahawa hidup
kita di atas mukabumi memang umpama satu pengembaraan dan tujuan utama seorang
manusia itu dilahirkan adalah untuk mencapai keredhaan Tuhan agar hidup kita di
alam-alam akan datang sejahtera, bahagia dan kaya.
Jika dilihat hidup ini dengan lebih luas, (rujuk rajah di atas),
jelas hidup kita diatas dunia ini merupakan penentu untuk kita hidup sejahtera,
bahagia dan kaya di alam-alam akan datang.
Manusia yang bijak jelas bahawa sebagai pelaburan untuk alam
yang akan datang beliau
perlu perbanyakkan Tiga Perkara iaitu;
Manusia yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.
Harta yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.
Ilmu yang berguna untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat.
Soalnya, adakah kita perbanyakkan tiga perkara ini di dalam
hidup kita sendiri?
Manusia yang bijak juga sedar bahawa segala apa yang dipunyai
olehnya di atas dunia ini merupakan pinjaman dari Tuhannya. Disebabkan ianya
memahami hakikat ini, itulah didalam kehidupan ini;
Pertama, Setiap masa didalam hidupnya beliau akan membuat
sesuatu aktiviti yang diredhai Tuhannya sesempurna mungkin. Contoh aktiviti ini
ialah dalam berkeluarga, menuntut ilmu dan bekerja.
Kedua, bila bertemu susah seperti kesusahan di dalam
tugasnya, beliau akan menyerah dan memohon kepada Tuhannya kerana beliau sedar
susah itu memang datang dari Tuhannya dan semestinya jalan penyelesaiannya ada
bersama Tuhannya.
Ketiga, bila bertemu senang seperti menerima kesihatan yang
baik, hubungan yang baik sesama anggota kerja dalam tugasnya atau menerima
bonus dari tugasnya, beliau akan mengucapkan syukur dan memuji Tuhannya kerana
beliau sedar bahawa kesenangan itu semuanya milik Tuhannya.
Akibat seorang manusia itu melakukan tiga perkara di atas di
sepanjang kehidupannya, maka hatinya akan kian aman. Jika hati kita selalu
tidak aman, apa kata kita amalkan tiga perkara ini di dalam hidup kita?
6.3 Kenapa perlu Solat?
Cara paling asas untuk menjaga hati (raja) ini ialah dengan
melaksanakan solat (bagi yang beragama Islam) atau meditasi (bagi yang beragama
lain). Bilamana nilai solat/meditasi kita bertambah baik, maka bertambah
baiklah keadaan hati (raja) kita.
Hidup kita sentiasa terdedah kepada masalah dan cabaran.
Dalam banyak perkara, kita selalu mengharapkan kepada orang lain untuk membantu
kita. Dan dalam banyak perkara, orang lain tiada masa untuk membantu kerana
kesebokan mereka sendiri. Disamping itu, kita sedar hidup seorang manusia itu
sentiasa dibawah godaan bisikan syaitan menyebabkan hidupnya sentiasa hura
hara.
Jika perkara ini tidak ditadbir, maka hati kita akan pilih
untuk melakukan perkara yang bakal merosakkan diri sendiri. Namun, Tuhan sangat
sayang kepada manusia. Itulah di dalam satu-satu hari itu, Tuhan telah menyediakan
masa untuk kita mengadu hal dan memohon pertolonganNnya.
Masa-masa tersebut ialah ketika solat wajib maupun solat
sunat. (Bagi yang bukan muslim, mohon pandang penerangan ini berdasarkan
kepercayaan masing-masing). Sudah lama kita mengetahui keutamaan solat itu,
namun adakah kita sedar bahawa …
Inilah amalan pertama yang akan di hisab Tuhan di Mahsyar
kelak. Baik Solat kita di dunia ini, selamat kita di Mahsyar kelak. Tidak baik
Solat kita di dunia ini, mudarat kita di Mahsyar kelak.
Tingginya nilai Solat ini hinggakan ini merupakan
satu-satunya ibadah yang mana Rasulullah s.a.w. pergi naik ke langit untuk
terima terus dari Allah s.w.t.
Solat Tiang Agama! Tiada Solat, runtuhlah agama dalam diri
kita!
Solat Berjemaah merupakan satu ubat yang paling mujarab
untuk membina Semangat Kerja Berpasukan!
Usaha menambahbaik Solat ini bukannya boleh dibuat dalam masa
yang singkat. Ianya memerlukan satu kesedaran dan usaha yang berterusan di
sepanjang kehidupan ini. Solat yang dilaksanakan dengan baik mampu membina
berkat (produktiviti) dalam hidup!
Moga selepas ini kita perbanyakan doa kepada Tuhan agar
diberi kekuatan untuk memelihara solat/meditasi kita dengan lebih baik.
6.4 Ibadah
Moga selepas ini keadaan hati kita makin jernih dan kita
lebih positif dalam cara fikir dan tindakan kita terutamanya
semasa kita bersama Tenaga Nasional Berhad dalam melaksanakan Gambaran Besar
1TNB itu (rujuk rajah dibawah).
Sedarlah Jika Niat, Perlaksanaan dan Natijah Gambaran Besar
1TNB ini menuruti Hukum Tuhan, bukankah ini juga merupakan satu ibadah?
Fikirkan …
Sebenarnya semua aktiviti yang baik itu adalah merupakan satu
ibadah sekiranya aktiviti yang baik itu menuruti kriteria-kriteria berikut;
·
Niat
Betul (untuk amal perintah Allah S.W.T.)
·
Perkara
Sah (menuruti peraturan yang ditetapkan)
·
Perlaksanaan
Betul (menuruti tertib yang ditetapkan)
·
Laksana
Penuh Optimum
·
Tidak
Meninggalkan Ibadah Wajib
·
Natijah
Betul – syukur, bayar hutang, zakat, sedekah
Atas sebab itu, mari kita niatkan mulai sekarang, bagi apa
sahaja perkara baik yang bakal kita laksanakan
di atas dunia ini, mari kita buat dengan terbaik untuk perkara baik itu tetapi kerana
Dia tanda syukur kita pada Dia!
Ingatlah! Sebenarnya tiada istilah ‘Rehat’ di atas mukabumi
ini kerana ‘Rehat’ hanya dicapai bila keseluruhan pengembaraan kita di atas
dunia ini mendapat Keredhaan Tuhan.
Akhir kata sebagai satu renungan, apa makna kehidupan di
dunia ini kepada kita? Teliti kata-kata dalam puisi di muka surat berikut dan
moga-moga kita mendapat menafaat darinya dalam menyedari tujuan hidup ini…
Akhirnya semua hanyalah sebuah cerita
Dicipta cukup sempurna
Bagi melengkapi putaran
Menjadi ujian bagi sebahagian
Namun banyak hati tercedera
Banyak jiwa yang terseksa
Kerana buta mata hatinya
Melihat agenda Sang Maha Kuasa
Akhirnya menjadi sekutu syaitan durjana
Merosak hubungan sesama
Sudahlah jatuh ditimpa tangga
Hati sempit jiwa merana
Amatilah hati sedalamnya
Adakah cahaya Tuhan menyuluh petunjukNya
Membuat hati gementar bila menyebut namaNya
Membuahkan akhlak mulia
Apabila waktu memanggil pulang
Segalanya akan menjadi sesalan
Gara-gara kau gagal melihatkan
Itu semua hanyalah sebuah cerita Tuhan
Bab 7: Analisa Profail
Diri D.i.S.C.
7.1 Pendahuluan
Selepas kita mengenali diri melalui konsep stick person,
dapat kita rumuskan bahawa seorang manusia itu memang hebat dan binaan diri
semua manusia itu asasnya sama. Namun, apakah yang membuatkan setiap manusia
itu unik atau berbeza antara satu sama lain?
Keunikan setiap manusia itu terletak pada ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang diperolehinya dalam hidup lalu membentuk tingkah-laku diri
masing-masing. Tingkah-laku inilah yang memberi keunikan atau perbezaaan antara
setiap manusia itu. Fikirkan …
Jika dilihat dari segi pembangunan seorang manusia, beliau
akan mengalami tiga fasa utama dalam kehidupannya sebelum beliau dewasa.
Ketiga-tiga fasa itu ialah seperti rajah di bawah;
Berdasarkan kepada rajah di atas, juga disyorkan bagaimana
harus kita melayani setiap manusia pada setiap fasa agar manusia itu mampu
menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman yang baik agar membentuk tingkah-laku
yang baik dalam diri manusia itu.
Berdasarkan kepada gambarajah stick person di atas,
tingkah-laku itu letaknya di dalam Fikiran Separuh Sedar (Genie). Hebatnya
manusia pada ketika ini ialah manusia mampu mengetahui apakah tingkah laku yang
disimpan di dalam Fikiran Separuh Sedar (Genie) ini.
7.2 Analisa Profail Diri D.I.S.C.
Manusia telah menwujudkan satu kaedah yang diberi nama
Analisa Profail Diri (Self Profiling Analysis). Sebenarnya terdapat berbagai
jenis Analisa Profail Diri dengan setiap analisa ini mempunyai tujuan khusus
dalam melihat tingkah laku manusia.
Bagi program Better.Brighter, telah dipilih satu Analisa
Profail Diri bernama D.i.S.C. bermaksud
Dominance-Influence-Compliance-Steadiness. Analisa ini telah dipelopori oleh
seorang ahli psikologi bernama Dr William Marston. Doktor ini mempunyai
berbagai kelebihan. Antaranya ialah beliau juga merupakan pereka ‘Lie Detector
Machine’ dan pereka watak ‘Wonder Woman’.
Analisa Profai Diri D.i.S.C. ini telah dibangunkan
berdasarkan kepada kajian keberangkalian ke atas satu kelompok manusia yang
besar mengenai tingkah-laku seseorang manusia itu bila berdepan dengan sesuatu
situasi atau pengalaman.
Lapuran ini menerangkan latarbelakang tingkah laku beliau.
(Contoh lapuran ialah seperti rajah di atas). Barang diingat, lapuran ini
dikeluarkan berdasarkan kepada input yang telah diberi oleh beliau sendiri dan
bukan merupakan satu tekaan semata-mata. Darjah ketepatan analisa D.i.S.C. ini
adalah sekitar 87% dan dalam darjah ketepatan ini, ianya sudah cukup baik untuk
memberi gambaran tingkah-laku seseorang itu.
Berdasarkan dari lapuran ini, kemudiannya dapat ditentukan
apakah tingkahlaku seseorang itu. Berdasarkan Analisa Profail Diri D.I.S.C.
ini, manusia itu diklasifikasi kepada empat kumpulan tingkahlaku yang nyata
iaitu Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness.
Berdasarkan lapuran di atas juga, seseorang itu dikatakan
mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang tinggi jika
‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di atas ‘garisan tengah melintang’
dalam lapuran D.i.S.C.nya. Sebaliknya beliau dikatakan mempunyai Dominance,
Influence, Compliance dan Steadiness yang rendah jika ‘titik’ dalam lapuran
beliau itu berada di bawah ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran
D.i.S.C.nya.
7.3 Ciri-ciri Tingkahlaku berdasarkan D.I.S.C.
Ciri-ciri bagi setiap tingkahlaku ini ialah seperti rajah-rajah
yang tertera di bawah;
Seterusnya bila kita selidiki empat jenis tingkahlaku ini
dengan lebih mendalam, dapat kita lihat satu kesamaan antara jenis-jenis
tingkah laku ini seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah ini,
Sebagai contoh, dari rajah di atas, seseorang yang mempunyai
tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi di dapati mempunyai tingkah laku yang sama
dengan seseorang yang mempunyai tingkah laku ‘Steadiness’ yang rendah.
7.4 Penentuan Tingkahlaku tanpa lapuran D.I.S.C.
Kadangkala, usaha untuk mengetahui tingkah laku seseorang itu
tidak dapat dilaksanakan kerana kita tdak mempunyai lapuran ‘D.i.S..C. beliau.
Untuk itu, kita juga sebenarnya boleh mengagak tingkah lakunya berdasarkan
pemerhatian kita kepada tingkahlakunya. Dibawah disenaraikan pula, tingkahlaku
yang boleh kita perhatikan pada setiap jenis tingkah laku;
7.5 Cara Penggunaan Analisa Profail Diri
D.i.S.C.
Sebenarnya Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini boleh digunakan
untuk banyak tujuan bagi memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, Analisa
Profail Diri D.i.S.C. boleh menjadi ‘pisau dengan dua mata’ jika salah
digunakan.
Adalah merupakan satu kesilapan besar bilamana kita
menganggap lapuran D.i.S.C. diri ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah
lagi lantas menyebabkan kita mahu berubah. Sebaliknya, Analisa Profail Diri
D.i.S.C. ini perlu dijadikan ‘guide’ untuk menambahbaik kehidupan amnya dan menambahbahbaik
prestasi diri dalam melaksanakan tugas dalam TNB. Antara penggunaan Analisa
Profail Diri D.i.S.C. ialah seperti berikut;
1.
Sebagai
‘guide’ untuk mencapai matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya
tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk mencapai matlamat kita perlu
punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam
diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ dalam menjalani
kehidupan.
2.
Sebagai
‘guide untuk memimpin pasukan
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya
tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk memimpin pasukan kita perlu
punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam
diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ semasa memimpin
pasukan.
3.
Sebagai
‘guide’ untuk melaksanakan tugas.
Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati diri kita punya
tingkah laku ‘Influence’ yang rendah tetapi untuk melayani pelanggan, kita
perlu punya tingkah laku ‘Influence’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran
dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Influence’ semasa melayani
pelanggan.
7.6 Analisa Profail Kumpulan D.i.S.C.
Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini juga boleh digunakan untuk
mengenalpasti profail kumpulan. Caranya ialan seperti berikut;
Langkah 1: Jumlahkan D,I,S dan C yang tinggi sahaja
dalam satu kumpulan seperti rajah di bawah;
Langkah 2: Bentuk carta seperti di bawah untuk mengetahui
profail kumpulan
Langkah 3: Plot graf profail kumpulan bagi membantu
melaksanakan analisa profail kumpulan seperti dibawah;
Hasil daripada graf profail kumpulan ini, dapat kita gunakan
untuk melihat samada profail kumpulan sedia ada itu bersesuaian dengan profail
tugas kumpulan yang perlu dilaksanakan. Jika berlaku ketidaksesuaian, maka akan
timbul kesedaran dalam kumpulan tersebut untuk ‘calibrate’ tingkahlaku dalam
kumpulan agar tugas kumpulan itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Kesimpulan 'Building Trust and Relationship’
Untuk ‘Building Trust
and Relationship’, program Better.Brighter telah mengesyorkan ianya perlu
bermula dengan kenal diri. Dan bagi tujuan untuk kenal diri, dua alat utama
telah digunakan iaitu Stick Person dan
Analisa Profail Diri D.i.S.C. Melalui kedua-dua alat ini, dapat kita
lihat bahawa setiap manusia itu mempunyai binaan yang sama, mempunyai potensi
yang besar dan unik dari segi tingkahlakunya.
Berteraskan kepada kefahaman ini, maka mudah untuk kita mulai
hormati (respect) setiap manusia itu tidak kira apa juga latarbelakangnya. Ini
semestinya langkah pertama untuk membina hubungan yang baik antara satu sama
lain dan seterusnya menwujudkan saling mempercayai antara satu sama lain.
(Building Trust and Relationship)
Kesimpulan kepada
‘Building Trust and Relationship’ ialah seperti rajah dibawah;
Berdasarkan rajah di atas, satu amalan yang sangat dianjurkan
agar hasrat dalam rajah di atas terbina ialah salam semut. Mari mulai sekarang,
semasa kita ber ‘salam semut’ dengan seseorang itu, mari kita hormati fikirannya,
perasaannya, pilihannya dan tindakannya walaupun ianya berbeza dengan kita
kerana kita sedar latarbelakang kita berbeza.
Dengan izin Tuhan, ini bakal menimbulkan semangat ‘Building
Trust and Relationship’!
Satu Renungan - Building Capacity'
Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Capacity’, kita
perlu bermula dengan satu perkara yang sangat dasar iaitu mengenalpasti apakah
ilmu, kemahiran atau pengalaman yang mahu kita bina dalam diri sendiri dengan
tujuan untuk meningkatkan nilai diri dalam pasaran.
Dengan mengenalpasti berusaha membina segala ilmu, kemahiran
atau pengalaman ini, bukankah sudahnya ianya juga menguntungkan TNB?
Seperkara lagi, bayangkan, bilamana setiap anggota kerja TNB
itu berusaha ke arah ini, bukankah ini semua akan membantu ‘Building Capacity’?
Bukankah juga usaha ini sebenarnya di dalam kawalan kita? Fikirkan …
Bagi tujuan ‘Building Capacity’, penumpuan akan diberikan di
dalam mengenalpasti matlamat dan seterusnya mengenalpasti kaedah terbaik untuk
mencapai matlamat yang telah dikenlpasti itu.
Bab 8 : Apa itu
Matlamat?
8.1 Bagaimana Mengoptima Penggunaan Diri?
Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person
dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;
1) Diri kita
mempunyai binaan yang sama (semua manusia mempunyai intelektual, emosional,
spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita kehebatan yang sama (keupayaan
intelektual, emosional, spiritual dan fizikal). – digambarkan dalam Konsep
Stick Person.
2) Namun
kita semua juga adalah unik kerana kita punya tingkah laku yang berbeza.
Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan faktor genetik dan pendedahan
kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. – Dinyatakan
dalam Profail Diri D.I.S.C.
Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting
perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah
bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang
hebat ini.
Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan
sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini
(intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat itu.
Fikirkan …
8.2 Matlamat membantu mengoptima Penggunaan Diri
Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara
yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diri dalam keadaan
terurus kerana kesemua sumber diri difokuskan kepada satu perkara yang sama
(matlamat).
Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan bekerjasama
bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran sumber’!
Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri),
Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai
matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka
tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau
bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu
sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!
8.3 Roda Kehidupan
Di dalam program Better.Brighter dinyatakan bahawa seseorang
manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;
Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan
pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili - Soal hubungan
dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.
Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima
penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang
hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini,
program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati
atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak
kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’
untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut. Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula
dengan menetapkan matlamat.
Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari di
dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setiap jari itu pula di
beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.
Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada
pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan diri di dalam setiap cabang hidup
itu. (Silaq rujuk rajah di atas).
Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu,
sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita
sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan diri itu bersegi-segi, sudah
semestinya diri tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.
Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar
menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan
titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan
semuanya bermula dengan diri jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk
setiap cabang kehidupan ini.
Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di
dalam tugas bersama TNB.
8.4 Matlamat bersama TNB
Agar benar-benar mengoptima diri dalam tugas, semestinya kita
perlu mempunyai matlamat dalam tugas bersama TNB ini. Program Better.Brighter
menekankan agar kita mempunyai matlamat dalam tugas baik secara individu
mahupun secara berpasukan.
Rajah di atas menunjukkan bahawa matlamat secara individu di
dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’.
Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ ini, kita juga sebenarnya
telah membantu mencapai Building Capacity.
Rajah di atas juga menunjukkan bahawa matlamat secara
berpasukan di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Center of
Excellence’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Center of Excellence’ ini, kita
juga sebenarnya telah membantu mencapai Building Performance dan Building
Growth.
Selepas menetapkan matlamat secara peribadi mahupun secara
berpasukan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’ dan ‘Center of Excellence’
ini, kita juga sebenarnya telah jelas soal ‘Why’ apa yang kita mahukan di dalam
tugas kita. Bagi menjelaskan pula soal ‘How’ untuk mencapai matlamat-matlamat
ini, kaedah perlaksanaan ‘PDCA’ digunapakai.
Tegasnya, bila soal ‘Why’ dan ‘How’ matlamat kita di dalam
tugas sudah jelas, ini bakal memudahkan kita melaksana perubahan dan seterusnya
mencapai apa yang terkandung di dalam Transformasi 1TNB iaitu, Saya Untung, TNB
Untung!, TNB Untung Saya Untung’!
Rajah keseluruhan ‘Why’ dan ‘How’ matlamat diri dan
berpasukan ini ialah seperti rajah di bawah;
Berikut kita akan melihat satu persatu dengan terperinci apa
itu;
Perancangan Matlamat
Diri – Packaging Expertise
Perancangan Matlamat Pasukan – Center of Excellence
Perancangan Perlaksanaan Matlamat – PDCA
Bab 9: Building Capacity - Packaging Expertise
9.1 Pendahuluan
Apakah yang kita perolehi dari kerja kita bersama TNB? Jika
kita katakan kita semata-mata mahu untuk mendapat gaji, itu sebenarnya tidak
perlu dipertikaikan kerana jika kita tidak diberi gaji, sudah pasti kita tidak datang
bertugas di TNB ini.
Jadi selain dari gaji, apa kah yang kita boleh perolehi
melalui tugas kita?
Jika difikirkan dalam-dalam, sebenarnya kita boleh membina
ilmu, skill dan pengalaman melalui tugas kita. Terlalu banyak peluang yang
dihidangkan oleh tugas kita bagi meningkatkan nilai diri kita ini (ilmu, skill
dan pengalaman).
Hidup kita sementara dan singkat, rugi sangat jika kita
tidak bina ini semua dalam hidup kita. Kita perlu bersemuka dengan kenyataan
bahawa sebenarnya kita punya tiga pilihan seperti rajah berikut;
Pilihan pertama ialah mengenalpasti apa ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang bersama TNB.
Pilihan kedua ialah jika tidak nampak apa ilmu, kemahiran dan
pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang, kita boleh
membina ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang kerja lain dalam TNB ini.
Lambat laun bila pengurusan nampak ilmu,
skill dan pengalaman dalam bidang itu, maka mereka akan menawarkan kerja itu
kepada kita.
Pilihan ketiga, jika kita tidak nampak ada sebarang ilmu, kemahiran
dan pengalaman yang boleh kita bina untuk diri sendiri dalam TNB ini, disyorkan
binalah ilmu, skill dan pengalaman dalam satu bidang di luar TNB. Bila sampai
masanya ada merasakan anda sudah punya ilmu, skill dan pengalaman tersebut,
tinggalkanlah TNB ini!
Jangan buang masa anda!
9.2 Rangkakerja ‘Packaging Expertise’
Dari rajah di atas, selepas mengenalpasti apa yang mahu
dicapai, mulakan usaha untuk mengumpul segala ilmu, kemahiran dan rangkaian
kenalan dalam apa yang mahu dicapai itu. Rangkaian kenalan ini sebenarnya akan
memudahkan dan mempercepatkan kita memperolehi ilmu, kemahiran dan pengalaman.
Setelah anda mengumpul ilmu, kemahiran dan pengalaman ini,
maka langkah seterusnya ialah kita perlu bentuk ilmu, kemahiran dan pengalaman
ini kepada salah satu bentuk berikut;
1.
Pengiktirafan
(Sijil)
2.
Produk
3.
Perkhidmatan
4.
Perunding
5.
Seminar
Pembentukan ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada 5 jenis
bentuk inilah yang dinamakan sebagai ‘Packaging Expertise’. Maksud mudahnya
ialah bagaimana kita ‘bungkus’ segala ilmu, kemahiran dan pengalaman kita ke
dalam salah satu 5 bentuk yang memudahkan orang lain nampak nilai ilmu,
kemahiran dan pengalaman yang ada di tangan kita. Lagi tinggi nilai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dibentuk
ini, lagi tinggi nilai diri kita di dalam pasaran!.
‘Packaging Expertise’ ini sudahnya memudahkan kita untuk mendapat
pangkat yang lebih tinggi atau wang yang lebih banyak. Pangkat dan wang ini digunakan
untuk menyelesaikan hutang dan tanggunjawab di dalam hidup ini. Sekiranya ada
lebih, apa kata kita gunakan untuk ‘memberi’ agar kita akan ‘menerima’ lebih
banyak lagi kebaikan di dalam hidup ini. (Hukum Memberi dan Menerima).
Sekiranya ini yang dilakukan di dalam kerja iaitu dengan
memasang niat dari mula lagi untuk memberi yang terbaik bagi mencapai tujuan
ini tetapi kerana Tuhan tanda syukur anda kepada Tuhan di atas nikmat yang
diberiNya, bukankah ini membawa kita sentiasa di dalam keredhaanNya?
9.3 Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat
S.W.O.T.
Berdasarkan rajah di atas, berikut diterangkan langkah demi
langkah kaedah penetapan matlamat di tempat kerja yang dilaksanakan oleh
‘Azam’;
1. Azam menyenaraikan
segala kekuatan dan kelebihan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Strength’.
2. Azam
menyenaraikan segala kelemahan dan kekurangan beliau dalam kerja di dalam
kuadran ‘Weaknesess’
Bagi Azam menyenaraikan perkara 1 dan 2 di atas, Azam perlu mengambilkira 2 perkara berikut. Pertama, berdasarkan pengalaman masa lalu, Azam perlu beri masa antara 2 hingga 4 minggu bagi menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau. Ini adalah agar tidak ada ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang terlepas pandang. Kedua, Azam perlu meminta tolong sahabat beliau dalam menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau kerana sahabat beliau lebih nampak ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang ada pada beliau.
Selepas Azam berjaya menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau ini, buat pertama kali di dalam hidupnya, Azam jelas dengan baik buruk beliau di dalam tugas. Ini sudah tentu menimbulkan keinginan dan gambaran jelas perkara apa yang perlu ditambahbaik di dalam tugas beliau.
3. Senaraikan segala ‘Threat’ yang dialami oleh Azam didalam kuadran ‘Threat’.
Berdasarkan kepada senarai ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ ini, (dua perkara ini berada di dalam diri Azam), maka datang ‘Threat’ atau ancaman dari luar diri Azam disebabkan kewujudan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ di dalam diri Azam. Perlu diingatkan disini, setiap ‘Threat’ yang disenaraikan oleh Azam di dalam kuadran ‘Threat’ mestilah mampu ditunjukkan kaitannya dengan salah satu atau gabungan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang disenaraikan terdahulu.
Selepas mengisi ke tiga-tiga kuadran terdahulu (kuadran Strength, Weaknesess dan Threat), pada ketika ini, Azam sudah mendapat gambaran latarbelakang beliau di dalam kerjanya sendiri. Berpandukan latarbelakang ini, Azam perlu …
4. Menyenaraikan segala matlamat yang mahu dicapai di kuadran ‘Opportunities’ berpandukan senarai yang terkandung di dalam kuadran Strength, Weaknesess dan Threat.
Sebagai contoh, disebabkan Azam tidak mahir menggunakan perisian ‘powerpoint’ (maklumat dari kuadran ‘weaknesess’, maka Azam memasang matlamat untuk memahirkan diri di dalam menggunakan perisian ‘powerpoint (disenaraikan di dalam kuadran ‘opportunities’
Namun matlamat seumpama ini (memahirkan diri di dalam powerpoint) tidak jelas. Tidak jelas disini bermakna matlamat ini tidak mempunyai tanda pencapaian dan tarikh pencapaian yang nyata. Maka matlamat yang jelas mempunyai dua kriteria iaitu;
a. Tanda pencapaian. Ianya bermaksud matlamat itu perlu dinyatakan di dalam salah satu 5 bentuk yang dinyatakan iaitu pengiktirafan (sijil), produk, servis, perundingan atau modul seminar. Tanda pencapaian ini tidak boleh dibuat dalam pencapaian pangkat atau anugerah kerana walaubagaimana bagus kita sekali pun, belum tentu TNB mahu berikan kepada kita. (Perhatian: Tanda pencapaian di dalam salah satu 5 bentuk ini adalah didalam kawalan kita).
b. Tarikh pencapaian. Tanpa menyatakan tarikh pencapaian yang nyata, maka fikiran kita akan mudah terjebak ke dalam tarikan zon selesa. Tarikh yang nyata menyediakan satu tekanan positif bagi kita serius untuk mencapai matlamat tersebut.
Sudahnya satu contoh matlamat yang jelas (seperti di dalam rajah SWOT di atas) ialah ‘Menyiapkan modul asas dan cara guna 5S (Tanda Pencapaian: Modul siap) pada 29 hb Jun 2016 (Tarikh pencapaian).
Bagi menguji samada matlamat ini benar-benar dimahukan Azam, maka Azam harus mengajukan soalan-soalan berikut terhadap matlamat yang telah dikenalpasti;
i. Adakah matlamat ini bakal mengurangkan atau menghapuskan antara ancaman yang tersenarai dalam kuadran ‘threat’? (Ujian untuk logik-menteri)
ii. Adakah matlamat ini tidak melanggar perintah Tuhan dan mengambil hak orang lain? (Ujian untuk spiritual- raja)
iii. Adakah matlamat ini membuatkan anda benar-benar bahagia atau gembira jika mencapainya? (Ujian untuk emosi-genie)
iv. Adakah anda mempunyai kesihatan dan wang ringgit untuk mencapai matlamat ini? (Ujian untuk fizikal-rakyat)
Bilamana logik, emosi, spiritual dan fizikal Azam seiya
sekata atau berpadu mahukan matlamat ini, keadaan ini dikatakan sebagai Azam sedang
meraikan kehidupannya!
Kesimpulan 'Building Capacity'
Berdasarkan rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa
bilamana kita semua di dalam TNB ini melaksanakan Packaging Expertise untuk
diri kita sendiri, maka dengan sendirinya makna ‘Building Capacity’ ini akan
tercapai.
Apapun, penting sangat sebaik sahaja pulang daripada program
Better.Brighter ini, kita semua mesti laksanakan apa yang disarankan di dalam
rajah di atas agar kita tidak ‘sejuk’. Rugi besar jika ini tidak di ambil
tindakan bagi meningkatkan nilai diri dalam pasaran.
Apapun, satu perkara perlu sangat diambil perhatian. Apakah SEBAB kita sendiri (hal logik -
Menteri) yang MENYEBABKAN kita mahu
laksana Packaging Expertise? Perlu difahami, lain orang lain SEBAB nya. Ianya tidak mungkin sama!
Juga, SEBAB ini
mesti cukup kuat hingga mampu menyentuh emosi (Genie) dan spiritual (Raja) diri
kita sendiri. Jika SEBAB ini tidak
cukup kuat, memang kita tidak punya kekuatan yang diperlukan untuk capai
Packaging Expertise kita akibat tarikan zon selesa! Fikirkan ...
Sebenarnya kepentingan melaksanakan ‘packaging expertise’
untuk diri sendiri pernah disuarakan oleh Steve Jobs seperti kata-katanya
dibawah ini.
Sedarilah! Dalam kerjaya, kita punya dua pilihan. Pertama
melihat kerja semata-mata hanya mahu mengejar pangkat. Kedua melihat kerja
sebagai peluang untuk meningkat ilmu, kemahiran dan pengalaman.
Dari rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa dengan peredaran
masa, peluang naik pangkat itu sebenarnya kian kecil. Sekiranya kita menumpu
semata-mata kepada mengejar pangkat, sudah pasti kita senang terkena penyakit
‘Scarcity Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kekurangan diri)
Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada soal mempertingkatkan
ilmu, kemahiran dan pengalaman, jelas dari rajah di atas bahawa peluang ini
sebenarnya bertambah besar dengan peredaran masa. Ini sudahnya memudahkan untuk
mengamalkan ‘Abundant Mentality’ (Satu cara fikir yang selalu merasa kelebihan
diri)
Sedarilah! Usaha untuk melaksana ‘packaging expertise’ ini
umpama satu larian marathon iaitu usaha ini perlu dibuat secara berterusan
dengan ‘steady’ iaitu bukan laju atau perlahan. Usaha ini tidak boleh dilakukan
dengan tergesa-gesa seperti larian 100 meter kerana ianya bakal memudahkan kita
tersungkur (cepat patah semangat) dalam melaksanakannya. Rujuk rajah di bawah.
Akhir sekali, renungi kata-kata di bawah ini. Jika kita harus
gantungkan kata-kata ini di dinding, lakukan! Kerana kata-kata ini sangat
penting untuk mengingatkan kita agar berusaha membina ‘Packaging Expertise’
dalam diri!
Satu Renungan - Building Performance dan Building Growth
Menurut pandangan program BB, untuk ‘Building Performance’
dan ‘Building Growth’, kita perlu memastikan aktiviti-aktiviti bagi pembinaan
dua ‘thrust’ ini mestilah di dalam kawalan anggota kerja TNB itu sendiri dan
perlu melibatkan semua anggota kerja itu.
Untuk itu, disyorkan agar anggota kerja TNB sama-sama
merancang dan berusaha untuk menjadikan unit bisnes masing-masing sebagai pusat
kecemerlangan atau ‘Center of Excellence’ (COE). Bukankah nanti bila unit
bisnes mereka menjadi COE, dengan sendirinya
‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ tercapai? Inilah caranya
yang berada di dalam kawalan anggota kerja
bagi membantu TNB mencapai ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’
Aktiviti-aktiviti COE ini sebenarnya makin mudah dilaksanakan
jika setiap anggota kerja telah mula mengusahakan ‘Building Trust and
Relationship’ dan ‘Building Capacity’ dalam kehidupan mereka.
Bab 10: Building Performance & Building Growth - Center of Excellence
10.1 Pendahuluan
Kita katakan sebelum ini bahawa untuk menetapkan matlamat
peribadi diri dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Packaging Expertise,
maka penetapan matlamat secara berpasukan dalam tugas ialah dengan menggunakan
kaedah Center of Excellence (COE). Sebenarnya juga COE ini juga adalah
pendekatan untuk 'Building Performance' dan 'Building Growth'.
10.2 Apa itu Center of Excellence (COE)?
Secara asasnya, COE bermaksud saya dan pasukan saya (pasukan
bersamaan dengan unit atau unit bisnes) berusaha untuk menjadikan pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan (COE). Tanda bahawa pasukan kami menjadi Pusat
Kecemerlangan ialah bilamana SIKAP dan HASIL pasukan kami melebihi dari
piawaian yang ditetapkan. Ini sudahnya menjadikan pasukan kami menjadi sumber
rujukan kepada orang lain bagi mencapai tahap Pusat Kecemerlangan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bilamana pasukan kami
menjadi Pusat Kecemerlangan, secara langsung mahupun tidak langsung membuatkan
pasukan kami mampu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ di dalam tugas
kami.
‘Building Performance’ dalam tugas kami bermaksud kami mampu
untuk mengekalkan prestasi kerja berdasarkan piawaian usaha perniagaan yang
ditetapkan. Manakala ‘Building Growth’ bermaksud kami mampu mengadakan pertumbuhan
di dalam sektor usaha bisnes pasukan kami.
10.3 Bagaimana untuk mencapai tahap COE ini?
Jika diperhalusi amalan COE ini, ianya merupakan apa yang
kita lakukan dalam tugas kita sekarang. Inilah sebenarnya kerja harian kita.
Namun, dalam banyak perkara kita lihat anggota kerja TNB tidak mampu untuk
menwujudkan sikap ‘passionate’ dalam tugas mereka. Tahap terbaik yang mampu
dicapai kebanyakan anggota kerja hanyalah tahap ‘compliance’ dalam tugas
mereka.
Berdasarkan kepada rajah di atas, dapat dilihat bahawa resepi
kejayaan COE ini ialah dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh terhadap
seseorang anggota kerja itu. Wujud satu kaedah khusus bagi mempengaruhi
seseorang anggota kerja itu pada tahap intelektual, emosional dan spiritualnya
lalu mengakibatkan beliau bertindak sungguh-sungguh dalam tugasnya yang
sudahnya bakal membawa tercapai hasil kerja yang diingini.
Berikut, mari kita fahami setiap kaedah-kaedah khusus bagi
mempangaruhi anggota kerja itu di tahap intelektual, emosional dan
spiritualnya.
10.4 Perlaksanaan COE pada peringkat Spiritual
Bila bercakap mengenai spiritual, kita bercakap tentang soal
apakah pilihan atau niat hati. Pada peringkat ini, disyorkan agar para pemimpin
sesuatu pasukan menggalakkan anggota kerjanya memasang niat untuk memberi dan
gotong royong dalam melaksanakan tugas mereka.
Kenapa memberi dan gotong royong?
Selalu kita lihat anggota kerja dalam tugasnya hanya sentiasa
melaksanakan tugasnya berdasarkan apa yang disuruh oleh ketuanya sahaja. Jarang
sekali mereka punya keinginan untuk melakukan kerja melebihi apa yang disuruh.
Sudahnya, mentaliti sebegini akan membuatkan anggota kerja itu menjadi bosan
dengan kerjanya lalu menghasilkan hasil kerja yang ala kadar sahaja.
Bagi menangani isu ini, bilamana seseorang anggota kerja itu
mula mempunyai niat untuk memberi dalam
tugasnya, dengan serta merta dunia pekerjaannya menjadi lebih luas dan rasa
bertanggungjawab mula timbul dalam dirinya.
Dengan niat memberi, mereka juga mulai sedar bahawa mereka
mahu memberi yang terbaik untuk TNB tetapi kerana Tuhannya tanda syukur atas
nikmat yang Tuhan telah berikan kepadanya. Ini sudah tentu membuatkan mereka
tidak berkira di dalam tugasnya kerana mereka sedar bilamana mereka memberi,
mereka pasti akan menerima kembali dari Tuhannya.
Hanyanya mereka menyerahkan kepada Tuhannya untuk apa yang
bakal diterimanya. Mereka sedar apa yang bakal diterima itu mungkin datang
melalui TNB atau di luar TNB. Mereka memahami hakikat ini kerana mereka sedar
segalanya milik Tuhan dan terpulang kepada Tuhan untuk memberi mereka dalam
bentuk yang ditetapkan Tuhannya.
Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi,
maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong.
Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk
melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.
Bagi memudahkan anggota kerja mengingati niat memberi dan
gotong royong ini, maka disyorkan menampal wajah pelakun tersohor filem Tamil
bernama MGR. Bukankah MGR itu singkatan dari perkataan Memberi dan Gotong
Royong?
Jika kita mengkaji riwayat hidup MGR ini, kita dapati beliau
bukan sahaja merupakan seorang pelakun yang hebat, malah kisah hidupnya diluar
filem ialah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri negeri Tamil
Nadu iaitu sebuah negeri di selatan
India.
Sesuatu yang menarik tentang MGR ini ialah baik dalam filem
mahupun di luar filem, beliau sangat
mengutamakan memberi dan bila memberi, beliau sering kali mengajak orang lain
untuk sama-sama bergotong royong untuk menberi.
Jadi bukan semata-mata satu kebetulan kita menggunakan wajah
MGR untuk mengingati konsep memberi dan gotong royong ini. Malah kita boleh
menjadikan beliau sebagai idola bilamana bercakap tentang konsep memberi dan
gotong royong ini. Walaubagaimana nama MGR sebenarnya ialah Marudur Gopalamenon Ramachandran.
10.5 Perlaksanaan COE pada peringkat Emosional
Bila bercakap mengenai emosional, kita bercakap tentang soal
apakah para pemimpin perlu lakukan untuk menyentuh emosi yang dipimpin agar
timbul keinginan untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti ‘Center of
Excellence’ ini. Barang diingat, dalam banyak perkara, yang dipimpin akan hanya
kisah untuk melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini bilamana mereka
mula melihat pemimpin mereka mula kisah dengan diri mereka.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin?
Dalam program ini, ditekankan agar pemimpin melaksanakan apa
yang dinamakan sebagai empat AM iaitu, SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM.
SALAM bermaksud pemimpin akan sentiasa mengutamakan memberi
ucapan selamat atau salam kepada yang dipimpin. Contoh aktiviti SALAM ialah
salam semut, memberi salam atau mengucapkan ‘Selamat Pagi’.
TAAM bermaksud pemimpin sentiasa memberi makan atau belanja
makan mereka yang dipimpinnya. Sebut pasal makan, manusia itu tidak kira apa
juga bangsanya, akan cepat ‘lembut’ bila dibelanja makan. Perhatikan keadaan
sekeliling anda. Pasti anda sedar akan hakikat ini.
IKRAM bermaksud pemimpin memberi layanan kepada yang
dipimpin. Contoh layanan ialah sungguh-sungguh mendengar kata-kata yang
dipimpin, melawat pimpinannya yang
sakit, mengutamakan yang dipimpin bilamana ada majlis keraian dan sebagainya.
KALAM bermaksud pemimpin berkomunikasi dengan penuh hikmah
dan hemah dengan yang dipimpinnya. KALAM disini juga bermaksud pemimpin selalau
berdoa untuk kesejahteraan yang dipimpinnya.
Empat perkara ini perlu dilakukan oleh pemimpin bukan dengan
nada terpaksa tetapi lakukanlah
bersahaja dengan hati yang rela dan ikhlas.
Apapun memang jelas, senang kita bercakap untuk melaksanakan
perkara-perkara ini tetapi ianya sangat memerlukan kita mengenepikan ego diri.
Apapun, bayangkan bagaimana emosional yang dipimpin bila
selalu menerima SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM daripada pemimpinnya. Sudah pasti
yang dipimpin merasakan pemimpinnya prihatin dengan diri beliau. Bila ini
berlaku, sudah pasti yang dipimpin sudi menuruti kata-kata pemimpinnya dengan
sungguh-sungguh seperti menuruti pemimpinnya dalam melaksana perancangan Pusat
Kecemerlangan (Center of Excellence).
10.6
Perlaksanaan COE pada peringkat Intelektual
Selepas Spiritual dan Emosional seseorang yang dipimpin itu
‘seronok’, barulah diri seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’ pula untuk
menuruti apa sahaja perancangan menjadi COE yang dikemukakan oleh pemimpinnya.
Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa perancangan
COE ini terdiri darpada tiga borang utama iaitu;
Borang
Pembahagian Anggota Kerja
Borang
Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Borang
Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)
Berikut diterangkan secara terperinci perancangan COE
berdasarkan borang-borang di atas;
10.6.1 Borang Pembahagian Anggota Kerja
Borang ini digunakan untuk membahagi anggota kerja sesuatu
unit bisnes itu dalam melaksanakan perancangan COE ini nanti. Pembahagian
anggota kerja ini boleh dibuat berdasarkan kepada unit-unit yang ada dalam
sesuatu unit bisnes itu atau berdasarkan kepada inisiatif-inisiatif utama yang
mahu dilakukan di bawah inisiatif COE ini.
Bagi menwujudkan satu suasana ‘fun’ dalam perlaksanaan ini
nanti, setiap unit ini digelar sebagai satu ‘kementerian’ dan setiap
‘kementerian’ diterajui oleh ketua unit atau inisiatif tersebut yang digelar
sebagai ‘menteri’.
10.6.2 Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Berdasarkan kepada borang di atas, langkah pertama ialah
menentukan produk/servis unit atau inisiatif utama anda. Kemudian tentukan
pelanggan yang menerima produk/servis itu. Kedua-dua penentuan ini merupakan
titik mula kepada mindset bisnes kerana apa makna menjadi seorang yang terlibat
di dalam bisnes jika kita tidak tahu apa produk/servis dan pelanggan kepada
produk/servis kita!
Langkah berikutnya ialah menentukan cadangan nilai yang mahu
diberikan kepada pelanggan menerusi produk/servis unit bisnes masing-masing.
Tetapi sebelum diterangkan mengenai kaedah penentuan cadangan nilai ini, apakah
yang difaham tentang Cadangan Nilai ini?
Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bilamana kita
melihat di satu tempat itu terdapat 5 gerai menjual goreng pisang, kelihatan
hanya satu sahaja gerai tersebut yang menjadi tumpuan pelanggan berbanding
gerai goreng pisang yang lain? Walhal kesemua gerai-gerai ini menjual
produk/servis yang sama?
Gerai goreng pisang yang menjadi tumpuan pelanggan itu mungkin
kerana goreng pisangnya lebih sedap, layanannya lebih mesra atau harganya lebih
murah. Faktor-faktor inilah yang dinamakan nilai yang dicadangkan melalui
produk/servisnya yang menyebabkan pelanggan tertarik untuk ke gerai goreng
pisang ini berbanding gerai-gerai goreng pisang yang lain.
Seorang ahli perniagaan yang bijak sudah pasti cuba
mengenalpasti apakah nilai yang wujud dalam produk/servis yang dimahukan oleh
pelanggannya. Seterusnya beliau berusaha untuk mengukur pencapaian nilai ini
dan berusaha untuk membina nilai ini dalam produk/servisnya.
Bagi mencapai hajat ini, kita boleh menggunakan alat
pembinaan cadangan nilai seperti dibawah;
Langkah pertama dalam menggunakan alat ini ialah dengan
menentukan ketakutan (fear) yang ada dalam diri pelanggan bila mereka berdepan
dengan produk/servis yang ditawarkan oleh kita itu. Sila rujuk rajah di bawah;
Kesemua kenyataan di dalam ruangan ketakutan (fear) ini
berunsur negatif. Seterusnya tukar kenyataan negatif ini kepada kenyataan
positif dan letakkannya dalam ruangan keperluan (needs). Sila buat penambahan
apa keperluan lain yang dinyatakan oleh pelanggan mengenai produk/servis kita
itu. Sila rujuk rajah di bawah;
Soalnya mengapa untuk mengetahui keperluan kita harus mulakan
dengan mengenalpasti ketakutan? Tidak bolehkah kita terus bertanya kepada
pelanggan tentang soal keperluan mereka?
Secara psikologinya, susah untuk kita menentukan keperluan
kita tentang sesuatu perkara itu tetapi lebih mudah untuk kita menentukan
ketakutan kita tentang sesuatu itu. Sudahnya untuk mengetahui keperluan, lebih
mudah sebenarnya kita kenalpasti dahulu ketakutan kita tentang sesuatu perkara
itu dan kemudainnya positifkan ketakutan tersebut lalu menghasilkan keperluan
kita tentang sesuatu perkara itu.
Selepas menentukan keperluan, langkah berikutnya ialah untuk
menentukan apakah kehendak (wants) pelanggan menerusi produk/servis kita itu.
Apakah perbezaan antara Keperluan (Needs) dan Kehendak
(Wants)? Keperluan ialah perkara-perkara yang pelanggan pasti mahukan menerusi
produk/servis kita. Kegagalan menyediakan perkara-perkara menyebabkan pelanggan
itu tidak menggunakan produk/servis kita. Sebaliknya Kehendak (Wants) ialah
perkara-perkara yang tidak semestinya dimahukan oleh pelanggan . Kegagalan
meyediakan perkara-perkara ini tidak menyebabkan pelanggan itu tidak
menggunakan produk/servis kita.
Seterusnya, tentukan pula substitutes. Subtitutes merupakan semua
perkara-perkara yang kita fikir diperlukan atau dikehendaki oleh pelanggan kita
tetapi tidak dinyatakan oleh pelanggan. Sila rujuk rajah di bawah;
Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan Substitutes merupakan
‘bahan mentah’ untuk menentukan Cadangan Nilai. Dengan menggunakan kaedah
‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) terhadap Keperluan (Needs),
Kehendak (Wants) dan Subtitutes ini, kita mampu untuk menentukan Cadangan Nilai
produk/servis kita. Sila rujuk rajah di bawah;
Contoh ‘Pembinaan Perhubungan’ : Merujuk kepada rajah di
atas, kelihatan segala elemen di dalam Keperluan (Needs), Kehendak (Wants) dan
Substitutes memerlukan ianya dibuat secara cepat dan tepat. Maka diputuskan
satu Cadangan Nilai yang boleh disyorkan ialah ‘Khidmat HR yang Cepat dan
Tepat’.
Selepas penentuan Cadangan Nilai, langkah berikutnya ialah
mengenalpasti kayu ukur bagi mengukur samada Cadangan Nilai itu telah tercapai
atau sebaliknya. Bagi tujuan ini, kita perlu merujuk terlebih dahulu kepada KPI-KPI
yang sedia ada dalam tugas kita. Tentukan KPI-KPI yang boleh digunakan untuk
mengukur pencapaian Cadangan Nilai tersebut. Sekiranya tidak ada KPI-KPI sedia
ada dapat digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai tersebut, semestinya kita
perlu mengenalpasti KPI-KPI baru bagi mengukur Cadangan Nilai tersebut.
Nota: Sewajarnyalah KPI-KPI yang dipertanggungjawab kepada
diri kita itu mesti digunakan untuk mengukur Cadangan Nilai. Sekiranya KPI-KPI
yang kita dipertanggungjawab kepada diri kita itu tidak dapat digunakan untuk
mengukur Cadangan Nilai, semestinyalah kita tidak patut memilih KPI tersebut
kerana tidak membantu mengukur Cadangan Nilai tersebut.
Selepas selesai melaksanakan keperluan dalam Borang Cadangan
Nilai dan Kayu Ukur ini, langkah berikutnya ialah untuk menentukan apakah
perkara yang perlu dilaksanakan di dalam pasukan bagi membina dan menyampaikan
Cadangan Nilai kepada pelanggan. Perancangan perlaksanaan perkara ini ialah
dengan menggunakan Borang Perlaksanaan
Cadangan Nilai (S.W.O.T.)
10.6.3 Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai
(S.W.O.T.)
Untuk mengenalpasti perkara atau projek yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan perlaksanaan Cadangan Nilai, borang S.W.O.T.
digunakan. Sila rujuk rajah di bawah
Langkah pertama untuk menentukan perkara atau projek ini
ialah dengan menentukan apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan
kita dalam usaha untuk membina cadangan nilai. Bagi membantu mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan tersebut, gunakan kriteria seperti yang dinyatakan dalam
rajah di bawah;
Selepas mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, tentukan pula
apakah ancaman yang dihadapi oleh pasukan disebabkan oleh kekuatan dan
kelemahan itu tadi. Perlu dingatkan bahawa kekuatan dan kelemahan itu merupakan
SEBAB manakala ancaman itu pula adalah AKIBAT yang diterima. Perlu diingatkan
bahawa ancaman ini datang dari pelanggan disebabkan ketidakupayaan kita
menyampaikan cadangan nilai itu kepada mereka. Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan bahawa segala kekuatan, kelemahan dan
ancaman ini merupakan ‘bahan mentah’ dalam usaha untuk menentukan perkara atau
projek yang perlu dilaksanakan bagi mencapai cadangan nilai.
Berikutnya, berdasarkan ‘bahan mentah; ini, gunakanlah kaedah
‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) bagi menentukan perkara atau
projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, projek ‘semua anggota kerja
sumber manusia mendapat Sijil Program Better.Brighter pada 30hb Jun 2016’
berasal dari ‘Budaya Bangau’ (Kelemahan) Sila rujuk rajah di bawah;
Perlu diingatkan disini, semua perkara atau projek ini perlu
berada di dalam bidang kuasa kumpulan. Walaubagiamanapun, bagi perkara atau
projek yang di luar bidang kuasa pasukan yang mesti diaksanakan kerana tanpanya
pasti menggugat tugas pasukan, cukup dengan melaksanakan pengumpulan data yang
menunjukkan kegagalan perkara tersebut semasa didalam tugas yang menyebabkan
kerja terganggu. Data ini digunakan sebagai bukti kepada pihak pengurusan yang
lebih tinggi agar mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap perkara itu.
Sekiranya, pihak pengurusan atasan tidak mengambil tindakan
terhadap apa yang dibuktikan oleh data tersebut, disyorka agar pasukan terus
mengumpul data tersebut kerana data tersebut boleh dijadikan sebagai bukti
bilamana berlaku kejanggalan dalam tugas tersebut.
Bagi membantu pasukan menentukan perkara atau projek yang
benar-benar mampu membina cadangan nilai tersebut, gunakanlah maklumat seperti
di dalam rajah di bawah sebagai pedoman dalam menentukan perkara atau projek
tesebut;
Akhir sekali, bagi memastikan setiap perkara atau projek itu
meneruti amalan ISO, disyorkan mengkategori setiap perkara dan projek
berdasarkan panduan seperti yang dinyatakan dalam rajah dibawah;
Kesimpulan Center of Excellence
Bagi ‘’Building Performance’ dan ‘Building Growth’, program
BB mengesyorkan agar sesuatu unit bisnes itu berusaha menjadikan unit bisnes
tersebut menjadi ‘Center of Excellence’ (COE).
Secara keseluruhannya, perlaksanaan COE (yang melibatkan
spiritual, emosional, intelektual dan fizikal) boleh dirumuskan seperti tertera
dalam rakah di bawah;
Satu persoalan, selepas mengenali kaedah COE ini, apakah
perbezaan antara pendekatan COE dan kaedah sedia ada yang diamalkan dalam tugas
sekarang?
Sekiranya terdapat lebih banyak perkara positif tentang kaedah
COE ini berbanding kaedah sedia ada, maka mungkin ini sebab yang diperlukan
untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas. Soalan berikut yang perlu kita
pertimbangkan ialah bagaimana untuk mengamal kaedah COE ini di dalam tugas.
Dari pengalaman, antara kaedah pengamalan COE yang boleh
dipertimbangkan dalam tugas ialah seperti berikut;
Tool Box
Talk
Morning Talk
Sessi Teh
Tarik
Sessi Friday
Sharing
Retreat COE
Jadikan COE
kaedah tentukan KPI
Raikan
Kejayaan Capai COE
Ceritakan
selalu ‘Why’ dan ‘How’ COE
Utamakan
‘Memberi’
Saling
Sokong Menyokong!
Ingatkan
Kumpulan – Apa yang orang pandang pada kita?
Projek COE -
Kadar Segera - Semangat Tinggi
Projek COE –
Berterusan - Keyakinan Diri
Projek COE -
Mesyuarat Bulanan Unit - Perlaksanaan Sistematik
Kemajuan
Projek COE – Dihebahkan - Sokongan Berterusan
Nota:
Perhatikan. Lagi kuat ‘WHY’ anda mahukan Projek anda, Lagi mudah ‘How’ laksana
Projek anda!
Bab 10:
Perlaksanaan Packaging Expertise & COE.
11.1 Pendahuluan
Sehingga ketika ini, kita telah berjaya menetapkan matlamat
(Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) yang perlu dicapai
dalam tugas. Berikutnya kita perlu merancang perlaksanaan kedua-dua perkara
ini.
Untuk itu, kita akan menggunakan satu alat bernama P.D.C.A.
yang bermaksud Plan Do Check Action. Gambaran P.D.C.A. ini ialah seperti rajah
di bawah;
Dari rajah di atas, telah dinyatakan dengan jelas tentang apa
aktiviti yang perlu dilakukan di dalam setiap kuadran P.D.C.A. ini. Dapat
disaksikan dari rajah di atas juga bahawa bagi melaksanakan aktiviti dalam PLAN
dan CHECK, kita akan menggunakan satu alat yang sama iaitu borang 5W + 1H
(What, Why, Where, When, Who dan How). Manakala dalam kuadran DO dan ACTION,
kita akan menggunakan satu jadual masa yang sama juga. Mari kita susuli setiap
kuadran P.D.C.A. ini.
11.2
PLAN
Dalam kuadran ini, kita akan menghuraikan matlamat atau
projek kita dengan lebih terperinci dengan menyatakan What, Why, Where, When, Who tentang matlamat
atau projek itu. Di dalam kuadran ini juga kita menghuraikan dengan terpeirinci
aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan (How) bagi merealisasi matlamat atau
projek tersebut.
Perlu diingatkan disini bahawa untuk setiap matllamat atau
projek itu diperuntukkan satu borang 5W + 1H. Kekeliruan akan timbul jika
menggunakan satu borang untuk lebih dari satu matlamat atau
projek.
11.3
DO
Di dalam kuadran ini, kita akan tetapkan masa dengan
terperinci bilakah sesuatu aktiviti yang disenaraikan (HOW) dalam borang 5W +
1H itu perlu dilaksanakan.
Perlu diingatkan disini bahawa diperuntukkan satu borang
untuk satu bulan sahaja. Pertindanan aktiviti akan berlaku jika digunakan lebih
dari satu borang untuk satu bulan itu.
11.4
CHECK
Di dalam kuadran ini pula, penyemakan samada wujud jurang
antara aktiviti yang telah dirancang (Kuadran PLAN) dengan aktiviti yang telah
dilaksanakan (Kuadran DO). Sekiranya wujud jurang, maka tentukan aktiviti
selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi merapat jurang tersebut. Senaraikan
aktiviti yang telah dikenalpasti ini ke dalam ruangan HOW, borang 5W + 1H ini.
11.5
ACTION
Bagi aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti di dalam
borang 5W + 1H (kuadran CHECK), tetapkan masa untuk laksanakan aktiviti ini di
dalam jadual waktu kuadran ACTION ini.
Sebenarnya, borang 5W + 1H yang digunakan di dalam kuadran
PLAN dan CHECK serta borang Jadual Waktu di dalam kuadran DO dan ACTION itu
merupakan borang yang sama.
Apa yang berlaku disini ialah susulan telah dilaksanakan pada CHECK dan ACTION bagi
aktiviti matlamat atau projek yang telah dirancang dan dilaksanakan pada
kuadran PLAN dan DO.
11.6 Kesimpulan Perancangan dan Perancangan Perlaksanaan Matlamat atau Projek
Perancangan dan perancangan perlaksanaan bagi sebarang
matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) itu boleh disimpulkan
seperti di bawah;
Bab 12: Pembentukan
Passion
12.1
Apa itu Passion atau ‘Nyala Rasa’?
Orang yang ada passion ini sebenarnya ibarat orang yang sudah
jatuh cinta terhadap matlamat atau projek yang beliau perlu capai. Orang yang
ada passion ini sebenarnya benar-benar serius, benar-benar penuh emosi dan
laksanakan apa yang patut dilaksanakan tanpa bertangguh. Pernahkah kita
mengalami saat-saat sebegini di dalam kehidupan kita sebelum ini?
Sekiranya kita pernah mengalami saat-saat sebegini sebelum
ini, bukankah mudah untuk kita mencapai apa yang dihajati?
Ramai orang membicarakan soal passion ini dan ramai juga
orang mengesyorkan agar punya passion dalam apa yang dilaksanakan. Mudah
bercakap agar punya passion di dalam tugas tetapi adakah kita jelas-sejelasnya
bagaimana mahu membentuk passion dalam diri?
12.2 Bagaimana ‘Passion’ Terbentuk?
Bagi memahami
bagaimana passion itu terbentuk, sila rujuk rajah dibawah;
Berdasarkan rajah di atas, disyorkan agar mengambil tindakan
dengan segera sebaik sahaja kita menetapkan matlamat atau projek itu. Bila ini
dilakukan, di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat (merujuk kepada
Packaging Expertise) atau projek (merujuk kepada Center of Excellence) itu
nanti, kita bakal melihat perkara baru atau cara pandang baru yang positif tentang
matlamat atau projek kita itu.
Perkara baru dan cara pandang baru ini tidak mungkin akan
perolehi jika tidak memulakan langkah bertindak. Bilamana kita berterusan
mengambil tindakan, lama kelamaan perkara baru dan cara pandang yang kita temui
di sepanjang perjalanan menuju pencapai matlamat atau projek itu bakal menimbulkan
‘suka’ (bahasa fikiran sedar atau ‘menteri’).
Bilamana ‘suka’ ada dalam diri kita, sudah semestinya kita
tidak akan berhenti atau berpatah balik. ‘Suka’ akan membuatkan kita terus
mengambil tindakan. Ini bakal membawa kita bertemu dengan lebih banyak lagi
perkara baru dan cara pandang baru positif tentang matlamat atau projek kita
itu.
Lama kelamaan, ‘suka’ di dalam diri itu bakal bertukar
menjadi perasaan ‘cinta’ (bahasa fikiran separuh sedar atau ‘genie’). Perasaan ‘cinta’
inilah yang dinamakan sebagai ‘passion’. Bila ‘passion sudah berada di dalam
diri, kita bakal melihat diri kita akan bertindak laju bagi mencapai matlamat
atau projek tersebut.
Jadi apakah rahsia untuk membentuk ‘passion’ di dalam diri?
Mudah sahaja! Mulakan ambil tindakan! Benarlah kata-kata pujangga barat iaitu, “Don’t worry that you are not strong enough
before you begin. It is in the journey that God makes you strong!” atau
dalam kata lain, “Jangan khuatir jika
anda tidak kuat semasa anda baru bermula. Di dalam perjalanan itu nanti Tuhan
akan membuatkan anda kuat!”
Beritahu berkali-kali kepada diri sendiri bahawa kita mampu
capai apa sahaja yang kita mahukan! Bersemukalah dengan ketakutan atau ‘FEAR’ yang dihadapi kerana ‘FEAR’ itu bermakna ‘False Evidence Appear Real’!
Bab 13: Masa – Satu Renungan
13.1 Pendahuluan
Bila kita sebut soal masa, sedarilah masa kita di atas dunia
ini kian lama kian singkat. Jika kita bertangguh untuk melaksanakan apa yang
kita hajati seperti matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of
Excellence), semestinya kita akan lebih tertekan untuk mencapainya kerana masa
kita kian singkat.
13.2 Kaedah Menimbulkan Kesedaran Tentang Masa
Bagi menimbulkan kesedaran tentang soal masa ini,
sebaik-baiknya kita muhassabah diri sendiri tentang masa dengan bertanya kan
pada diri sendiri terhadap empat soalan berikut.
Katakan, jika anda mesti tinggalkan dunia ini (meninggal
dunia) dalam masa 15 minit dari sekarang, apakah jawapan anda kepada
soalan-soalan berikut;
Soalan pertama sebenarnya berkaitan dengan soal adakah kita
jelas dengan apakah perkara penting di dalam hidup kita ini. Perkara penting
ini sudahnya menjadi amalan utama kita dalam kehidupan ini. Semestinya perkara
penting di dalam hidup kita itu sahajalah yang menjadi wasiat atau pesanan kita
kepada mereka yang kita tinggalkan. Persoalannya jika kita tidak jelas atau
tidak tahu apa yang penting di dalam kehidupan ini, kita akan hanya
mensia-siakan masa di dalam kehidupan ini.
Soalan kedua pula sebenarnya mahu melihat mutu perhubungan
kita dengan orang lain. Semestinya orang yang punya hubungan yang rapat dengan
kita sahaja benar-benar rela untuk menghantar kita ke tanah perkuburan sebagai tanda
penghormatan terakhir mereka kepada kita. Kenapa soal perhubungan dengan orang
lain ini penting bila kita bercakap tentang masa? Lagi baik hubungan yang kita
jalin dengan orang lain, bukankah lagi singkat masa yang diperlukan untuk
melaksana sebarang tugas itu? Sudahnya bukankah perhubungan baik itu amat
kritikal bagi melaksanakan kerja dalam masa yang paling optima? Perhubungan
Baik – Hasil Baik. Perhubungan Buruk – Hasil Buruk!
Soalan ketiga pula membicarakan adakah di dalam hdup ini kita
sentiasa bersedia membuat persediaan untuk meninggalkan dunia ini baik dari
soal fikiran, perasaan, spiritual atau fizikal? Bukan itu sahaja adakah kita
telah membuat persedaan untuk meninggalkan bekal secukupnya kepada mereka
terutamanya orang yang kita sayangi? Orang yang punya fikiran sebegini sudah
tentu tidak akan membuang masa untuk berusaha kerana beliau sedar beliau boleh
dipanggil Tuhannya bila-bila masa sahaja.
Soalan keempat ini pula membicarakan tentang bagaimanakah
corak perasaan diri sendiri di dalam kehidupan ini. Jika kita lihat tentang
tiga soalan pertama, bukankah tiga soalan pertama ini adalah cerita keseluruhan
kehidupan kita sendiri? Semestinya perasaan yang timbul semasa menjawab tiga
soalan pertama itu melambangkan pula perasaan yang dominan di dalam kehidupan
kita juga. Perasaan ini pula melambangkan samada kita serius dengan kehidupan
atau sebaliknya. Seorang yang serius dengan kehidupan semestinya tidak akan
mebuang masa!
Akhir kata, ingati kata-kata seorang pujangga barat. Kata
beliau, “How we spend our days is, of
course, how we spend our lives!” Fikirkan …
Bab 14: Susulan
Ringkasan aktiviti susulan kepada idea-idea yang ada dalam
program Better.Brighter ini ialah seperti dinyatakan di bawah ini;
Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas sebenarnya merupakan
tuntutan kepada kita untuk melaksanakan perubahan. Bila bercakap tentang perubahan ini pula,
kita perlu jelas tentang dua perkara iaitu MENGAPA (WHY) perlu berubah dan BAGAIMANA
(HOW) perlu berubah.
Sebelum ini, ada dinyatakan di awal nota Program
Better.Brighter ini bahawa …
“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu
berubah,
tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu
berubah
dan tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”
Kenapa
begitu?
Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka
dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY
yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY
yang kuat dan ada WHY yang lemah.
Kajian menunjukkan mereka-mereka yang berubah ini punya WHY
untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.
Bukan itu sahaja, mereka yang mampu berubah ini selalunya
punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa begitu? Sebab WHY
mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.
Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang
sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sehingga menimbulkan
perasaan tidak selesa selagi matlamat atau projek itu tidak dicapai.
Tidak keterlaluan dikatakan, dalam melaksana perubahan,
terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat
kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk melaksana
perubahan agar kita tidak buang masa!
Apa pun …
Why yang Kuat + How
yang Mantap = Perubahan Terhebat!
Akhir kata, adakah WHY
anda cukup kuat hingga mampu laksana apa sahaja HOW anda?
Moga kita mampu berubah
dan berjaya mencapai apa sahaja matlamat atau projek kita.
Bab 15: Pilihan Di Tangan Saya?
Diakhir nota program Better.Brighter ini, apa kata kita
renungi kata-kata di dalam rajah di bawah;
Disamping itu, sedarilah bahawa idea-idea di dalam program
Better.Brighter ini tidak boleh mengubah diri kita melainkan kita sendiri
sanggup menggunakan idea-idea ini di dalam usaha mencapai matlamat atau projek
masing-masing.
Hanya anda saja tahu ‘anak kunci’ kepada mengapa anda
terdesak untuk mengambil TINDAKAN.
Lain orang lain ‘anak kunci’nya!
Sebelum nota ini ditamatkan, apa kata kita sama-sama renungi
Puisi Better.Brighter di bawah ini.
Moga-moga kita diberi kekuatan dan kemudahan untuk
mengamalkan idea-idea di dalam nota program Better.Brighter ini.
Akhir kata, Ingatilah! Satu hari, kita semua akan tinggal
hanya sebagai satu memori untuk orang lain. Maka mari kita beri yang terbaik
agar kita semua menjadi satu memori yang terbaik! Janji Program Better.Brighter ini akan tetap setia dengan anda, Alumni Program Better.Brighter ...
Better.Brighter Together!
Ikhlas dari
Mior Azli Mior Md Isa
Blog: miorazliatsssabasic.blogspot.com
Facebook: Mior Azli
Email: miorami@tnb.com.my
Facebook: Mior Azli
Email: miorami@tnb.com.my
No Phone: 019-2245-079
No comments:
Post a Comment