Q1: Apa itu Better.Brighter?
Ianya merupakan satu slogan yang sedang digunapakai dalam TNB ketika ini. Slogan Better.Brighter ini merupakan janji TNB kepada pelanggan dan anggota kerjanya. Apa yang dijanjikan ialah seperti yang dinyatakan dibawah;
Q2: Apa beza antara slogan Better.Brighter dan slogan Better.Brighter Together!
Dari segi makna slogan ini adalah sama tetapi yang berbezanya adalah di mana slogan ini digunakan. Slogan Better.Brighter digunakan di luar TNB iaitu antara TNB dan 'stakeholder' dan 'customer'. Manakala slogan Better.Brighter Together digunakan dalam TNB iaitu antara sesama anggota kerja TNB.
Q3: Adakah Sistem Better.Brighter ini hanya sesuai untuk golongan bukan eksekutif TNB sahaja?
Sebenarnya Sistem Better.Brighter ini sesuai untuk semua anggota kerja TNB. Malah untuk mendapat impak paling maksima dari Sistem Better.Brighter ini ialah dengan melibatkan semua peringkat dalam sesuatu unit bisnes TNB itu sama-sama menghadirinya dan mengamalkannya. Sistem Better.Brighter adalah Sistem Transformasi satu unit bisnes!
Q4: Mengapa Sistem Better.Brighter diwujudkan?
Masih teringat kata2 DS CEO semasa "soft launch"
LDC kira 2 1/2 tahun yang lalu bahawa antara tugas utama beliau bagi memastikan
TNB mampu capai matlamatnya (con: DDRC) ialah melahirkan sebanyak mungkin
peminpin yang berwibawa di segenap lapisan anggota kerja TNB.
.
Maka atas niat inilah DS CEO menubuhkan LDC. Slogan LDC yang
berbunyi 'Leadership at all levels' dengan jelas menumpukan kepada hasrat DS
CEO ini.
.
Semenjak kelahiran LDC ini, beberapa kajian dan perbincangan
telah dilakukan bagi melaksanakan hasrat DS CEO. Dari temubual di serata TNB
ramai pemimpin berbagai peringkat menyuarakan keinginan utk memperolehi satu
pendekatan memimpin yang asas dan yang mesra dengan suasana dalam TNB.
.
Kelihatan juga yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka2
yg telah menunjukkan prestasi baik dalam tugas namun setelah mereka bergelar
pemimpin, mereka kelihatan terkapai-kapai untuk memimpin. Maka tidak hairanlah
mengapa ramai antara mereka menginginkan bimbingan kepimpinan seperti yang
dinyatakan di perenggan di atas.
.
Bertolak dari sinilah, LDC telah membangunkan Sistem
Better.Brighter. Melalui sistem ini, satu pendekatan pembangunan kepimpinan
yang melibatkan semua peringkat anggota kerja dalam satu unit bisnes mampu
dilaksanakan. Sistem ini mudah, praktikal dan mesra dengan suasana TNB
sekarang.
.
Kenyataan diatas di sokong oleh ramai warga kerja TNB dari berbagai
peringkat yang menyetujui inilah formula yang diperlukan untuk
membangunkan kompetensi kepimpinan dalam diri mereka.
.
Apapun Sistem Better.Brighter ini hanya merupakan alat.
Sekiranya kita tidak menggunapakainya, mana mungkin kita mendapat hasil yang
diingini melaluinya.
.
Moga-moga Sistem Better.Brighter ini menjadi satu produk LDC
yang mampu bawa TNB menjadi lebih Better.Brighter!
Q5: Adakah apa yg disarankan oleh BB merupakan satu kerja
baru atau tambahan kerja?
Sesekali tidak!
.
Segala aktiviti yg disaran BB semata-mata satu cara pandang
baru ttg kerja kita yg memfokuskan kpd kepuasan pelanggan!
.
Sebenarnya segala aktiviti BB ini merupakan kerja kita sedia
ada tetapi apa yg dibuat BB hanyalah ingin memperbaiki komunikasi antara kita
semasa melaksana kerja kita ini.
.
Ini dilakukan dgn menekankan kefahaman ttg soal WHY kita
lakukan sesuatu tugas itu dan HOW kita lakukan tugas itu.
.
Bila HOW dan WHY ini jelas, dgn sendirinya komunikasi antara
kita bertambah baik.
.
Bila komunikasi antara kita bertambah baik, maka sikap kita
(Pengukuran Kirkpatrick level 3) dan hasil kerja kita (Pengukuran Kirkpatrick
level 4) bertambah baik!
No comments:
Post a Comment