.

.
---------------------------------- Ditadbir oleh miorazliatsssabasic.blogspot.com ----------------------------------

Wednesday, December 30, 2015

Apa itu Sistem Better.Brighter!

Apa itu Sistem Better.Brighter!

Situasi

TNB sedang berdepan dengan berbagai cabaran agar ianya kekal relevan di dalam industri pembekalan elektrik di dalam dan di luar negara. Faktor utama yang memungkinkan TNB terus kekal relevan ialah dengan memastikan para pelanggan TNB benar-benar yakin dengan jenama TNB untuk memenuhi keperluan mereka.


Kerumitan

Salah satu kerumitan utama bagi memastikan pelanggan terus yakin dengan jenama TNB ialah tidak wujudnya satu kaedah yang mudah, sistematik dan praktikal yang boleh digunakan oleh seseorang pemimpin bagi satu unit bisnes dalam TNB itu dalam memimpin anggota kerjanya untuk mentransformasi unit bisnesnya bagi mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan untuk unit bisnesnya.


Impak

Ketidakwujudan kaedah memimpin ini bakal meninggalkan kesan negatif kepada perkhidmatan yang diberikan oleh unit bisnes itu kepada pelanggannya. Ini membawa kepada hilang keyakinan pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh unit bisnes itu.


Syor

Bagi membantu menangani cabaran ini, maka pihak Leadership Development Center telah menwujudkan satu sistem kepimpinan yang boleh digunapakai oleh setiap pemimpin yang memimpin sesuatu unit bisnes dalam TNB. Sistem ini mudah, bersistematik dan praktikal dan sesuai dengan iklim TNB itu sendiri. Terdapat 7 langkah utama dalam Sistem Better.Brighter ini seperti dibawah; 




Dari rajah di atas, dapat dilihat bahawa Sistem Better.Brighter bukan semata-mata satu seminar sahaja tetapi sistem ini menggunapakai konsep 70:20:10 yang bermakna ...




10% sumber diperuntukkan untuk melaksanakan penerangan di dalam kelas

20% sumber digunakan untuk melaksanakan perbincangan dan bimbingan oleh IM

70% sumber digunakan untuk melaksanakan aktiviti yang dibincang di dalam kelas (10%) dan bersama IM (20%).

Nota: Sumber melingkupi soal tenaga, kewangan dan masa.

Diyakini, konsep 70:20:10  ini merupakan pendekatan yang diperlukan dewasa ini dalam melaksana sesuatu pelan transformasi agar pelaburan yang dibuat dalam melaksanakan sistem ini bagi sesuatu unit bisnes itu benar-benar berbaloi.

Penerapan konsep 70:20:10 ini ialah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah;




Harus diingatkan juga bahawa segala aktiviti di dalam Sistem Better.Brighter ini bukan semata-mata satu ‘Business As Usual’ atau satu ‘Flavour of the Month’ tetapi segala aktiviti yang dilaksanakan itu adalah merupakan satu perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kepuasan pelanggan sesuatu unit bisnes dalam TNB itu sendiri.


Tindakan Yang Diperlukan

Bagi memastikan sistem ini mendatangkan hasil yang diingini, perkara-perkara dibawah ini perlu ditekankan;

1) Para pemimpin unit bisnes mesti komited untuk memimpin, menyokong dan memantau sendiri segala perlaksanaan aktiviti Sistem Better.Brighter dalam Unit Bisnesnya. Tugas ini sesekali tidak boleh ditugaskan kepada anggota kerja lain.

2) Setiap anggota kerja Unit Bisnes itu mesti komited untuk mengikuti sistem ini tanpa pengecualian bagi menwujudkan kefahaman yang sama tentang apa yang perlu dilaksanakan.

3) Aktiviti Sistem Better.Brighter mesti dilakukan sebaik sahaja tamat menghadiri Program Better.Brighter (4 hari 3 malam) dan terus dilaksanakan secara berterusan.

Pengalaman menunjukkan, kegagalan untuk komited kepada tiga perkara di atas bakal menyaksikan kegagalan unit bisnes itu mencapai matlamat yang telah ditetapkan.


Faedah

Faedah utama yang diperolehi dari pengamalan Sistem Better.Brighter di dalam sesuatu Unit Bisnes itu ialah;

1) Memahami segala inisiatif TNB dan pertalian antara inisiatif-inisiatif ini dalam bahasa yang mudah.

2) Penwujudan Pelan Strategik Unit Bisnes yang mudah dan praktikal menerusi penggunaan ‘Business Model Canvas’.

3) Penwujudan ‘Building Trust and Relationship’ dengan satu kaedah Kenal Diri bernama ‘Stick Person’ dan ‘D.i.S.C.’.

4) Penwujudan ‘Building Capacity’ dengan satu kaedah yang praktikal bernama  ‘Packaging Expertise’.

5) Penwujudan ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ dengan satu kaedah yang praktikal bernama ‘Center of Excellence’.

6) Pemantauan berterusan terhadap aktiviti Sistem Better.Brighter selepas tamat menghadiri program
Better.Brighter (4 hari 3 malam).

Ringkasnya, faedah yang boleh diperolehi melalui pengamalan Sistem Better.Brighter ini boleh digambarkan seperti rajah yang tertera di bawah;




Untuk keterangan lanjut atau bagi tujuan perlaksanaan Sistem ini di dalam Unit Bisnes, sila hubungi Mior Azli Mior Md Isa, Pusat Pembangunan Kepimpinan TNB di talian 019-224-5079. 

No comments:

Post a Comment